November 14, 2012

Apa Isi Kandungan ANIS Disember 2012?

Jangan lupa dapatkannya di pasaran sekarang

KANDUNGAN MENARIK ANIS DISEMBER 2012:

EKSKLUSIF 10 muka surat Zakat Menjana Ekonomi Ummah!
Ikuti kisah-kisah mereka yang dahulunya menerima bantuan zakat kini terus bangun meningkatkan taraf hidup mereka sehingga mampu pula membayar zakat.



1.      Fokus Utama ms: 16
Al-Siahah fi al-Islam: Misi Pelancongan Islam
Umat terdahulu melihat bahawa al-Siahah atau melancong sebagai suatu bentuk yang menyeksakan (menyusahkan) diri, meletihkan jasmani serta memaksa (memenatkan) pemikiran. Maka Islam menukar atau menghapuskan pemikiran  tersebut daripada minda manusia dan menjadikan ia sebagai satu bentuk ibadah yang tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana percutian boleh menjadi ibadah dan persiapan-persiapan yang perlu dilakukan, ikuti Fokus ANIS bulan ini.

2.      Interviu Fokus ms: 20
Utamakan Ziarah 3 Masjid Utama
Allah SWT sendiri memerintahkan hamba-hamba-Nya agar berjalan di atas muka bumi ciptaan-Nya sambil mengambil pengajaran dan iktibar di sebalik setiap peristiwa yang berlaku. Namun, tahukah kita percutian bagaimana yang dianjurkan oleh Islam? Ketahuinya dalam Interviu Fokus yang akan dikupas oleh Timbalan Pengerusi Yayasan Al-Ijabah, Ustaz Muhammad Abdullah.

3.      Tetamu Anis ms: 33
Siti Nordiana & Yani Bachtiar: Bercuti, Terapi Diri & Keluarga
Walaupun pernah menempuh kehidupan yang sukar sebelum ini, namun Yani Bachtiar dan Siti Nordiana Alias tetap mengutamakan anak-anak di samping tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Apa yang pasti, kedua-dua ibu ini berkongsi minat yang sama iaitu gemar melancong. Ikuti perjalanan hidup mereka dalam ruangan Tetamu Anis pada muka surat 33.

4.      Tanya Doktor ms: 14
Bahaya Bateri Kecil Litium Kepada Bayi Dan Kanak-kanak
Pada masa kini banyak permainan kanak-kanak yang menggunakan bateri litium malah ia amat mudah didapati. Justeru, kebanyakan ibu bapa akan membelinya untuk anak-anak mereka. Malangnya, ramai ibu bapa di Malaysia tidak menyedari bateri ini boleh membahayakan kanak-kanak. Walaupun hanya bersaiz kecil, bateri seakan butang baju ini boleh mencederakan saluran esofagus dalam beberapa jam sahaja. Oleh itu, Dr. Zubaidi Ahmad akan mengulas mengenainya dalam ruangan Tanya Doktor.

5.      Imej Muslimah ms: 74
Ingin Pakai Baju Sendat?
‘Menjaga badan’ sebenarnya tidak menyalahi ajaran agama yang menggalakkan kita menjaga nikmat kesempurnaan anggota dan kesihatan badan. Sebaiknya ia hendaklah diniatkan untuk melakukan ibadah dengan lebih sempurna. Walau bagaimanapun, kita perlu memilih pakaian yang hendak dikenakan. Setiap pakaian yang menampakkan lekuk badan sama ada ketat atau melekat adalah dilarang. Oleh itu, dapatkan tip kekal langsing daripada Pn. Suraya Daud, Perunding Imej, SD Image.

6.      Fikah Wanita ms: 44
Majlis Pertunangan Mewah
Pada masa kini kita dapat lihat majlis pertunangan diadakan dengan penuh meriah malah ada di antaranya menyediakan ruang pelamin untuk majlis menyarung cincin. Malahan adakalanya dimeriahkan dengan sesi fotografi bukan sahaja anggota keluarga tetapi sesama pasangan yang belum sah menjadi suami isteri. Apakah hukumnya dan adakah ia menyalahi agama? Perkara ini akan dijawab oleh Ustazah Maznah Daud.
  
7.      Jom Sihat ms: 88
Panduan Pemakanan Untuk Pesakit Diabetes
Sekali kita sudah disahkan menghidap diabetes, kita akan kekal dengannya sampai bila-bila. Apa yang boleh kita lakukan adalah melambatkan proses komplikasi penyakit tersebut. Kunci diet untuk penyakit diabetes ini adalah mengawal gula di dalam darah. Oleh itu, ketahui tiga prinsip asas mengawal diabetes dan empat kategori makanan yang perlu diberi perhatian oleh pesakit diabetes di ruangan Jom Sihat oleh Nur Hidayah Mokhtar, Perunding Diet.


8.Mukmin Lifestyle ms: 12
Bidaah Bulan Safar
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada penyakit yang berjangkit, tiada kesialan burung dan tiada mudarat pada bulan Safar...” (Riwayat Abu Dawud: 3911)
Hadis ini dengan jelas menentang fahaman jahiliah yang menyangkakan bulan tertentu seperti bulan Safar boleh membawa kemudaratan. Ini merupakan khurafat dan bidaah yang sepatutnya ditinggalkan oleh umat Islam sejak zaman dahulu lagi. Sebenarnya isu kepercayaan yang karut marut jika dibiarkan berleluasa, boleh membawa kepada banyak kecacatan dan kelemahan bagi akidah seseorang. Ikuti kupasan selanjutnya oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

9.Diet Rohani ms: 96
Amalan Zikir Pagi & Petang Yang Hebat
Apabila dapat menyambung kehidupan di hari yang baru, maka bersyukurlah kepada Allah dengan memuji serta mengagungkan kebesaran-Nya. Apabila diberi peluang untuk hidup lagi di dunia ini, maka bersyukurlah kepada-Nya dengan membina keazaman dan membulatkan niat untuk menjadikan seluruh saki baki kehidupan ke arah mencari keredhaan dan keampunan-Nya.
Ketahui zikir-zikir yang elok dibaca pada waktu dan petang. 

10. Kami Endah ms: 62
Berkorban demi satu amanah
Hati mana yang tidak luluh tatkala melihat isteri hanya mampu terlantar di atas katil. Lebih menyedihkan lagi apabila Fauziah tidak mampu memberikan sebarang respon. Sedar bahawa isteri merupakan anugerah terindah daripada Allah SWT saat melafazkan ijab dan kabul tiga tahun lalu, Abil tidak ragu-ragu untuk berhenti kerja kerana menganggap tugas menjaga isteri adalah amanah Allah SWT untuknya.
Namun, sebagai suami Abil tidak menafikan bahawa dirinya berada dalam keadaan tertekan terutama pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, berkat sokongan dan semangat yang tidak berbelah bahagi diberikan daripada kaum keluarga, beliau bangkit melawan tekanan, lebih-lebih lagi memikirkan amanah yang perlu dipikulnya. Ikuti kisah pengorbanan seorang suami terhadap isterinya yang terlantar sakit dalam ruangan Kami Endah.











3 comments:

Tetamu Istimewa said...

Salam, kalau dimasukkan sedikit tentang cerpen yang tersiar pada setiap bulan.-Sedakar cadangan.

jendelahati said...

Terima kasih atas cadangan saudara. Akan tetapi kalau nak tahu cerpen yang pernah tersiar sebelum ini sila lihat FB Majalah Anis - pihak kami siarkan karya setiap bulan (pemenang yang cerpennya tersiar layak untuk diadili sebagai pemenang Sayembara Anis 2012/2013). Pertandingan ini tiada tarikh tutup - masih berjalan untuk memberi peluang kepada semua.

Tetamu Istimewa said...

Terima kasih atas makluman. Saya sedang memurnikan hasil penulisan untuk dihantar menyertai pertandingan ini.

Perkhabaran ini sudah tentu membuka lebih ruang kepada penulis untuk menyertainya.

Catatan 17.10.2018

Pagi ini saya ada temujanji di Jabatan X-Ray, Hospital Selayang. Alhamdulillah, anakanda Syamil tolong hantarkan saya di si...