November 02, 2012

Dua-dua Perlu Ambil Tahu!



Dalam satu kuliah Maghrib yang saya hadiri, penceramah membacakan satu soalan daripada  para hadirin. Daripada soalan itu dapat diarak ia ditulis oleh seorang remaja perempuan. Soalannya berbunyi; “Ustaz, apakah nama-nama ‘darah’ yang perlu saya ketahui, kerana bakal suami saya berkata jika mahu mendirikan rumahtangga saya perlu tahu.”

Muqaddimah jawapan daripada penceramah itu, walaupun ringkas dan menggelikan hati, tetapi turut menjentik hati semua termasuk kaum lelaki. “Kalau bab darah ini bukan orang perempuan sahaja wajib tahu, tetapi orang lelaki yang bakal jadi suami pun perlu ambil tahu. Nanti kalau isteri atau anak perempuan kita cuti memanjang, tidaklah kita tak tahu. Orang perempuan pula elok belajar sebelum berumah tangga lagi. Ini tidak, sudah nak pencen barulah nak belajar. Waktu itu tak guna dah, sebab setitik darah pun tidak ada ...” ujarnya bergurau sambil disambut ketawa mak cik-mak cik di belakang tabir.

Pesan penceramah itu lagi, ”Menjadi satu kewajipan buat suami untuk mengajar isteri dan anak-anak mengenai hukum-hakam agama. Sekiranya para suami tidak berkemampuan untuk mengajar, mereka tidak boleh menegah sekiranya isteri mahu keluar rumah mencari ilmu. Malah mereka patut menggalakkan isteri-isteri belajar ilmu fardu ain dan ilmu berkaitan hal-hal rumah tangga. Namun buat si isteri, walaupun sudah dapat lesen besar daripada suami, ada adab-adab yang perlu dititikberatkan sepanjang kita menghadiri majlis ilmu.”

Sempena Maal Hijrah 1434 yang bakal menjelang, mari kita tekadkan azam untuk menjadi seorang pencinta ilmu. Rebutlah 13 Keistimewaan Penuntut Ilmu yang dipaparkan dalam ruangan Fokus Utama ANIS kali ini. Hanya dengan suluhan ilmu kita berupaya keluar daripada zon ‘kejahilan’. Apabila kita sudah ‘tahu’, baharulah terbit rasa ‘mahu’ dan seterusnya kita ‘mampu’ untuk melaksanakan amal dalam kehidupan.

Semoga kisah penghijrahan Yatt Hamzah dan Diana Amir (Tetamu Anis) yang bersulamkan keyakinan yang dipupuk menerusi majlis ilmu menjadi inspirasi buat kita semua. Selain paparan Eksklusif mengenai Usrah Fitrah dan Kumpulan Al-Mawleed, Tinta Wardina turut menyingkap keindahan berusrah.
Selamat berhijrah. Moga-moga hari ini dan hari-hari seterusnya jauh lebih baik daripada hari-hari semalam.

No comments:

Wanita - Permata Yang Tidak Ternilai

Ada satu peristiwa cukup menjentik hati saya ketika berpeluang ke Beijing hujung tahun 2012. Hari terakhir di sana, Allah izinkan saya dan ...