November 05, 2012

Aduhai...

Pagi tadi terkocoh-kocoh saya hidupkan enjin kereta. Selepas menghantar beg pakaian Maryam di rumah jiran sebelah, saya masuk ke dalam kereta saya yang comel lote itu. Hmm, baru terperasan, angin di tayar belakang agak kempis.


Sebelum tiba di ofis, saya singgah sekejap di petrol pam berdekatan. Betul-betul berhenti di depan tiangnya, kebetulan tiada kereta lain. Alhamdulillah, rezeki saya, bisik hati. Selalunya stesen minyak ini penuh dengan kereta dan kenderaan lain di pagi hari.

Tapi baru saya terpesan satu perkara, 'hai ... mana getah paipnya?' Ternampak notis tertulis di situ, "Harap Maaf ... " Pelik pulak rasa hati, saya masuk sekejap ke dalam kedai serbanekanya untuk 'pam duit' yang dah kering di dompet.

Semasa membeli sedikit barang, saya cuba bertanya kepada kakitangan di kaunter, "Dik, pam angin tu bila ada semula?"
"Tak tahulah kak, ada orang curi punya ... haiyoo..." keluh si petugas dari negara Bangladesh itu sambil menggeleng.
"Oh ya ke?" saya terkejut.
"Bukan setakat itu, baldi kami di luar pun disapu kak," balas pula petugas wanita yang di sebelah.

Aduhai ... saya mengeluh di dalam hati. Ke mana pula saya mahu pergi pagi-pagi ini untuk mengisi angin. Seharian Ahad saya memang berehat habis ... maklumlah Sabtu lalu saya terpaksa menjadi 'penunggu' di pejabat bersama Artis DTP untuk siapkan kerja-kerja final Majalah Anis. Takut tak dapat capai 'deadline' ...  .
"Yang satu lagi itu pun dulu kena curi kah?" Saya cuba dapatkan kepastian. Saya memang perasan satu lagi batang paip itu sudah 'ghaib' beberapa lama dahulu. Tinggal yang sebatang itu sahaja. Kedua-dua petugas mengangguk lagi. Allahu akbar ... rupa-rupanya penangan si 'tangan panjang'.

Inilah akibatnya apabila tiada kesedaran sivik bertakhta di hati - tiada rasa hormat hak orang lain - tidak fikir susah orang lain, janji 'dapat duit segera'. Tetapi fikir-fikirlah rezeki yang bagaimana? Sudahlah menyusahkan orang lain itu satu kesalahan, ditambah lagi dengan dosa mencuri dan memakan rezeki yang batil. Nauzubillahi min zalik. Mohon dijauhkan Allah kita daripada perbuatan yang buruk begini.








4 comments:

Tetamu Istimewa said...

Salam ziarah. Saya berhasrat untuk menghantar cerpen ke majalah Anis. Adakah Puan mengendalikan ruangan tersebut?

jendelahati said...

Salam ziarah. Ya saya salah seorang penilai bagi ruangan cerpen sayembara Majalah ANIS 2012-2013.

Sila lihat terma dan syarat di dalam Majalah ANIS atau melalui facebook.

Emelkan ke cerpen tersebut ke Majalahanis@yahoo.com

Dr. Kamariah pernah menjadi wartawan Majalah ANIS. Sampaikan salam saya kepadanya.

Sekian.

evangelistaNiL said...

kalau saya nak hantar cerpen untuk majalah atau cerita blog saya boleh ?

jendelahati said...

Salam EvangelisNIL....

Cerpen boleh dihantar ke majalahanis@yahoo.com

Terima kasih kerana melawat blog saya..

Jangan lupa jadi rakan blog.

Sekian.

Wanita - Permata Yang Tidak Ternilai

Ada satu peristiwa cukup menjentik hati saya ketika berpeluang ke Beijing hujung tahun 2012. Hari terakhir di sana, Allah izinkan saya dan ...