September 26, 2012

Saling bekerjasama dalam pasukan ANIS


Bertemu kembali. Waktu sudah menunjukkan jam 6.30 petang. Ofis GISB sudah mula lengang. Ramai yang mula pulang ke rumah. Tinggal beberapa staf yang mungkin mahu menyudahkan tugasan masing-masing. Namun bekerja dalam media tidak mengenal masa. 
Malam ini sahaja Team Anis (wartawan dan jurufoto) akan membuat satu tinjauan khas untuk satu majlis ilmu di tengah ibu kota. Kami doakan semoga usaha mereka sukses dan mendapat liputan yang dikehendaki untuk menyokong isu Fokus Utama ANIS November nanti. 

Kerjasama 
Dalam melaksanakan kerja dalam misi memenuhi deadline kerjasama pasukan amatlah penting. Baik wartawan, jurufoto, Editor termasuk artis DTP perlu saling bekerjasama untuk menyiapkan setiap isu yang bakal disiarkan dalam majalah tersebut.



Sepertimana yang saya janjikan semalam saya akan meng'upload' foto-foto koleksi kenangan Team ANIS beberapa tahun yang lalu. Apabila dikenangkan semula, pasti senyuman terukir kembali di bibir kerana setiap sesi membuahkan pengalaman baharu. Terima kasih kepada semua insan yang  terlibat sepanjang penerbitan Majalah ANIS selama ini. 


Foto 1:

Kenangan selepas sesi fotografi Cover ANIS yang menampilkan tiga wanita kuat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) sempena isu zakat dalam Majalah ANIS yang lalu. Mereka terdiri daripada (tengah duduk) Hajah Ruziah (Pengurus Besar Akademi LZS (AZAS), (kanan duduk) Hajah Adibah (kini Timbalan Pengarah Bhgn. Agihan LZS dan Normala (bertudung biru), dari Bhgn Komunikasi Korporat LZS.












Foto 2


Sesi fotografi untuk Cover ANIS - Sharifah Nur, Pengacara TV9 dilaksanakan di rumah Puan Zaiton Alias, (bertudung merah) pemilik Butik ID Perempuan di Bukit Damansara. Sesi penggambaran yang sangat mudah kerana segala kelengkapan busana tersedia di sini. Dekorasi rumah ala Inggeris dan Nusantara juga memudahkan kami memilih sudut yang menarik. 

Add caption
Foto 3

Di rumah Puan Zaiton Alias lagi, sesi fotografi ANIS yang menampilkan Arni Nazira sebagai cover, turut diiringi wartawan-wartawan pelatih dari APIUM. Walaupun menjalani latihan hanya beberapa bulan di GISB, Faizal dan Mira, pelajar jurusan agama ini beroleh banyak pengalaman, khususnya dalam penerbitan majalah. Di harap pengalaman yang mereka perolehi di sini tidak disia-siakan dan dapat dimanfaatkan walaupun mereka kini sudah bergelar pendidik. 








September 25, 2012

ANIS Oktober in the making 2012

Team  ANIS bergambar bersama setelah selesai sesi fotografi untuk isu Oktober 2012.
Dr. Ezani Farhana Md. Monoto iaitu Juara rancangan MasterChef Malaysia menjadi pilihan cover kami untuk isu ANIS November 2012. Sesi fotografi ini dilaksanakan pada bulan Ramadan lalu ... . Kalau diikutkan memanglah penat tetapi itu bukan alasan. Mujurlah props yang kami gunakan hanya sayur-sayuran dan buah-buahan segar, jadi tidaklah tercicir air liur (alamak, macam anak-anak pula).

Pagi itu wartawan, Hajidah dan jurufoto, Anis Suhaili sempat membeli sayur-sayuran tersebut di pasar raya berdekatan. Begitu juga papan pemotong dan penapis keluli. Periuk dipinjam daripada salah seorang staf, ini semua gara-gara nak cepat kejar deadline. Jurumekap ANIS iaitu Kak Intan Azlina (kanan sekali) telah datang awal untuk menata rias wajah Dr. Ezani.

Konsep Fokus
Untuk memenuhi konsep, kami mencari lokasi yang sesuai. Alhamdulillah, Armnet Integrated (Ruang) sudi menaja showroomnya yang meriah dengan pelbagai warna. Dalam keributan memburu 'deadline' yang perlu disudahkan sebelum cuti Aidilfitri (selama seminggu) bermula 18 hb Ogos lalu.
Pelbagai 'angle' lain turut diambil dengan latar baju dan lokasi yang berbeza. Namun selepas pilih punya pilih, Cover Dr. Ezani sedang memasak menjadi pilihan. Ini sesuai dengan tema Fokus ANIS kali ini iaitu SIHAT ITU ASET.

Kalau anda mahu lihat foto-foto sesi fotografi ANIS sebelum ini, esok saya akan upload. Sabar ya... .





Apa isu menarik Anis edisi oktober 2012


Assalamualaikum...

Kepada pembaca Anis yang dikasihi, majalah Anis telah pun berada di pasaran untuk edisi terkini. Fokus artikel utama majalah Anis kali ini adalah berkenaan 'Sihat itu Aset'.

Mari kita lihat majalah Anis di bawah ini untuk santapan jiwa.
Dapatkan di kedai berhampiran anda

Ini nota catatan editorial majalah Anis. Kali ini saya menulis berkenaan "Apabila Melanggar Sunnatullah...mahu tahu berkenaan dengan apa?

Sila ke kedai berhampiran untuk mengetahuinya...

"Simboliknya, amalkan sifat bersederhana dalam soal makan dan minum"


Mengapa 'lelaki suka berjenaka' dan mengapa 'wanita lebih serius' pada muka surat 80 dalam ruangan 'Adam vs Hawa'
Muka surat 60 ruangan Sketsarumahtangga bertajuk "Masih belum faham rupaya...oleh Hj  Bad www.sketsarumahtangga.blogspot.com
Muka surat 90 ruangan Tanya Doktor oleh Dr. Zubaidi  Hj Ahmad Klik di sini berkenaan "Bolehkah Wanita Hamil Berurut?"

Kepada pembaca majalah Anis sekalian, anda di alu-alukan menghantar cadangan/idea berkenaan kandungan majalah Anis ke laman peminat majalah Anis di facebook atau ke majalahanis@yahoo.com.

Semoga majalah Anis menjadi wadah bacaan bermanfaat anda.



September 23, 2012

Bukan Bandar Seribu Kenangan...

Kalau anda tanyakan pada saya, bandar apakah yang paling menarik di dunia? Saya tidak ragu-ragu menjawabnya, ia adalah Kuala Kangsar. Ia bukan sahaja dikenali sebagai Bandar Diraja tetapi secara peribadi ia adalah kota seribu kenangan. Mengapa saya katakan begitu? KK - singkatan Kuala Kangsar bukan sahaja dianugerahkan Allah suatu pemandangan yang cukup menarik, dengan aliran sungai yang lemah gemalai memberi nadi kehidupan sejak zaman berzaman, di situ berhimpunnya budaya penduduk setempat yang memiliki keunikan tersendiri. Kuala Kangsar banyak berjasa dalam hidup saya. Di sini saya dilahirkan dan menimba ilmu dari universiti kehidupan dalam ruang awal proses kedewasaan hidup saya. Maka atas sebab itulah terlalu banyak kenangan berputar dan berpusar pada kota yang kini semakin diterjah arus pembangunan. Kini hampir dua dekad menjadi warga kota, kota KK akan tetap saya kunjungi. Biarpun hanya setahun sekali kala Aidilfitri menjenguk lagi dalam kamus diri. Insya-Allah, inilah janji saya, selagi ada hayat dikandung badan akan saya perturunkan pada pewaris generasi saya bahawa di sinilah kehidupan ibu mereka bermula. Harapan saya agar mereka menjadi anak-anak akan terus mengingati akar budaya mereka di samping kental mengekalkan jati diri biar sehebat mana ancaman dan dugaan menjengah zaman. Wahai anak-anakku, ingatlah kota KK bukan sekadar bandar seribu kenangan...

Wanita - Permata Yang Tidak Ternilai

Ada satu peristiwa cukup menjentik hati saya ketika berpeluang ke Beijing hujung tahun 2012. Hari terakhir di sana, Allah izinkan saya dan ...