Melangkah Ke Alam Baru


Terasa baru semalam mendengar suara Maryam mengacah-ngacah, anak dara kami yang akan mencecah usia 7 tahun tahun depan sudah semakin dewasa rupanya. Memimpin tangan comelnya mengingatkan pada diri sendiri 30 tahun yang lalu. Masih basah dalam memori, jari-jemari ini digenggam erat oleh emak. Dalam pagi yang dingin diri dimandikan dengan air panas. Kemudian saya di bawa ke alam persekolahan menaiki basikal. Itulah hari pertama saya melangkah ke alam sekolah.
Terasa begitu cepat masa beredar. Saya yang dulu anak hingusan, yang takut-takut malah merembaskan air mata tatkala bertentang wajah teman-teman baru sudah melangkah jauh ke alam dewasa. Tapi kini saya pula bertukar tempat. Kini saya pula yang memimpin erat jari-jemari comel ini. Bezanya anak-anak alaf 21 ini. Berani dan cekal terbayang di wajah masing-masing biarpun suasana dihadapi terlalu baru. Malah kami ibubapa cukup terhibur dan terkekek-kekek menyaksi bakat spontan murid-murid tahun I tahun 2009, SK Seksyen 7 Kota Damansara. Tahniah buat guru-guru yang menghidupkan suasana. Kepadamu para guru kami ibu bapa damba harapan, didiklah putera dan puteri kami menjadi bunga bangsa kebanggaan negara!

Comments

abunyer said…
1969 saya darjah satu. dalam kelas nasib baik tak nangis. 75% rakan sebaya nangis. mungkin ayah saya garang... jadi dia tinggalkan ajer saya kat sekolah... hu hu hu... dan satu lagi... semua pakai seluar pendek. perempuannya pakai skirt!

Popular Posts