September 12, 2013

Siapakah Pemenang Peraduan JAWAB & CIPTA ANIS MASholidays?

Minggu ini Team Anis mulai dilanda kesibukan. Bukan sahaja kerana deadline majalah baharu yang bakal tiba tetapi untuk membuat persediaan bagi satu majlis penyampaian hadiah bagi peraduan yang dianjurkan oleh Majalah Anis sepanjang tahun 2012 dan 2013 iaitu:
1. Sayembara Cerpen Anis Jun 2012/Mei 2013
2. Peraduan JAWAB & CIPTA ANIS MASholidays yang berlangsung mulai Februari hingga Mei 2013. 

Peraduan yang kedua ini mencatatkan hadiah yang agak lumayan khususnya daripada MASholidays iaitu 2 tiket ke Beijing (Johan), 2 tiket ke Kemboja (Naib Johan) dan 2 tiket ke Bangkok (Ketiga). Begitu juga tempat seterusnya yang secara keseluruhan berjumlah RM20,000.00.

Alhamdulillah, penyertaan yang pihak kami terima amat memberangsangkan. Malah paling tidak disangka ramai peserta yang menghantar borang penyertaan dengan hiasan kreativiti yang unik. Masya-Allah, tidak terfikir oleh kami untuk mendapat sambutan sebegini rupa. 

Setelah berbulan-bulan berlalu, akhirnya pihak Team Anis dapat menemukan satu tarikh yang sesuai yang mana dapat dihadiri bersama wakil daripada MASholidays untuk sama-sama mencari dan memilih siapakah pemenang yang bertuah itu. 

22 Ogos lalu jawapan yang pasti itu sudah ditemui. Dan mulai minggu ini Team Anis sudah mula menelefon dan menghantar surat jemputan kepara para pemenang yang terpilih. Insya-Allah satu majlis Forum Menjengah Kecantikan Hakiki bersempena penyampaian hadiah Sayembara Anis/Asuh dan Peraduan Jawab & Cipta ANIS MASholidays akan diadakan pada 5 Oktober 2013 ini bertempat di Akademi Malaysia Airlines, Kelana Jaya.

Kepada anda semua, terima kasih kerana menyertai peraduan ini dan sekiranya terpilih sebagai pemenang tahniah kami ucapkan. Namun yang tidak berjaya jangan berputus asa, insya-Allah kami akan berusaha untuk mengadakan pelbagai lagi peraduan menarik sebagai menghargai sokongan anda yang tidak berbelah bahagi kepada penerbitan Majalah Anis selama ini. Jika anda ada sebarang cadangan mengenai bentuk peraduan yang menarik silalah emelkan kepada saya: shimahabdulrahman@gmail.com atau ke: majalahanis@yahoo.com.

Saringan pusingan pertama, Team Anis menyemak kesemua jawapan para peserta.
22 Ogos lalu Team Anis dan MASholidays bersama-sama memilih para pemenang. 

Slogan yang terbaik dikenal pasti dan ditulis di whiteboard.

Kreatif - mungkin itu yang diperkatakan Tn. Hj Wan Azmin Wan Dollah, Pengarah Jab. Penerbitan Majalah. 

Penyertaan yang terpanjang! Sayang tiada kategori untuk ini. 

Antara AJK yang terlibat dalam pemilihan para pemenang Peraduan JAWAB & CIPTA ANIS MASholidays.

Antara kreativiti para peserta. 




6 comments:

Nor Hanom Taib said...

Salam,
mengenai Pertandingan Sayembara Menulis Cerpen Anis saya ada beberapa kemusykilan:
1.Bila akan diumumkankeputusannya? 2.Saya dengar-dengar akan ada majlis pengumumannya pada 29 Sept ini,finalis tidak dijemput ke?
3.Tiada sijil penyertaan kepada finalis ke?

Syukran.

zarina said...

harap menang huhu, nasib baik tiada kategori jawapan yang perlu menghias secara kreatif.. memang tak kreatif dan hantar biasa je

Norhashimah Abdul Rahman said...

Sdri Nor Hanom, kesemua pemenang telah dihubungi dan diberi surat jemputan menghadiri majlis penyampaian hadiah iaitu pada 5 hb Oktober 2013 ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cik Puan Khalidah atau saya sendiri di talian 03-61421614.

Kepada Sdri Zarina pula, keputusan untuk memilih para pemenang adalah berdasarkan jawapan terbaik dan slogan menarik. Kreativiti itu sebagai nilai tambah sahaja.

Norhashimah Abdul Rahman said...

Keputusannya akan diumumkan pada program Forum Anis pada 5 hb Oktober 2013 nanti.Pemenang utama sudah dihubungi dan menerima surat jemputan.

Sementara itu untuk pemenang saguhati pihak kami akan mengepos sijil dan hadiah masing-masing iaitu selepas terlaksananya program tersebut.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menyertai Sayembara ini.

nurain said...

Kalau belum dapat panggilan telefon, maksudnya dah tak menang lah ye Peraduan Jawab & Cipta ni? atau masih ada peluang dapat hadiah saguhati.
Majlis penyampaian hadiah nanti untuk pemenang hadiah utama saja ke?

Nor Hanom Taib said...

Terima kasih puan atas penjelasan...
Saya tidak terima apa-apa panggilan telefon atau surat,memang saya tidak terpilih sebagai pemenang cuma kalau ada sijil penyertaan kan ada kenangan...apa pun terima kasih Anis!

Wanita - Permata Yang Tidak Ternilai

Ada satu peristiwa cukup menjentik hati saya ketika berpeluang ke Beijing hujung tahun 2012. Hari terakhir di sana, Allah izinkan saya dan ...