September 26, 2012

Saling bekerjasama dalam pasukan ANIS


Bertemu kembali. Waktu sudah menunjukkan jam 6.30 petang. Ofis GISB sudah mula lengang. Ramai yang mula pulang ke rumah. Tinggal beberapa staf yang mungkin mahu menyudahkan tugasan masing-masing. Namun bekerja dalam media tidak mengenal masa. 
Malam ini sahaja Team Anis (wartawan dan jurufoto) akan membuat satu tinjauan khas untuk satu majlis ilmu di tengah ibu kota. Kami doakan semoga usaha mereka sukses dan mendapat liputan yang dikehendaki untuk menyokong isu Fokus Utama ANIS November nanti. 

Kerjasama 
Dalam melaksanakan kerja dalam misi memenuhi deadline kerjasama pasukan amatlah penting. Baik wartawan, jurufoto, Editor termasuk artis DTP perlu saling bekerjasama untuk menyiapkan setiap isu yang bakal disiarkan dalam majalah tersebut.



Sepertimana yang saya janjikan semalam saya akan meng'upload' foto-foto koleksi kenangan Team ANIS beberapa tahun yang lalu. Apabila dikenangkan semula, pasti senyuman terukir kembali di bibir kerana setiap sesi membuahkan pengalaman baharu. Terima kasih kepada semua insan yang  terlibat sepanjang penerbitan Majalah ANIS selama ini. 


Foto 1:

Kenangan selepas sesi fotografi Cover ANIS yang menampilkan tiga wanita kuat di Lembaga Zakat Selangor (LZS) sempena isu zakat dalam Majalah ANIS yang lalu. Mereka terdiri daripada (tengah duduk) Hajah Ruziah (Pengurus Besar Akademi LZS (AZAS), (kanan duduk) Hajah Adibah (kini Timbalan Pengarah Bhgn. Agihan LZS dan Normala (bertudung biru), dari Bhgn Komunikasi Korporat LZS.












Foto 2


Sesi fotografi untuk Cover ANIS - Sharifah Nur, Pengacara TV9 dilaksanakan di rumah Puan Zaiton Alias, (bertudung merah) pemilik Butik ID Perempuan di Bukit Damansara. Sesi penggambaran yang sangat mudah kerana segala kelengkapan busana tersedia di sini. Dekorasi rumah ala Inggeris dan Nusantara juga memudahkan kami memilih sudut yang menarik. 

Add caption
Foto 3

Di rumah Puan Zaiton Alias lagi, sesi fotografi ANIS yang menampilkan Arni Nazira sebagai cover, turut diiringi wartawan-wartawan pelatih dari APIUM. Walaupun menjalani latihan hanya beberapa bulan di GISB, Faizal dan Mira, pelajar jurusan agama ini beroleh banyak pengalaman, khususnya dalam penerbitan majalah. Di harap pengalaman yang mereka perolehi di sini tidak disia-siakan dan dapat dimanfaatkan walaupun mereka kini sudah bergelar pendidik. 








No comments:

Catatan 17.10.2018

Pagi ini saya ada temujanji di Jabatan X-Ray, Hospital Selayang. Alhamdulillah, anakanda Syamil tolong hantarkan saya di si...