May 05, 2010

Kita tidak memiliki apa-apa kecuali sekeping hati

Hari ini sekian lama saya membiarkan sawang memenuhi laman blog saya ini, saya ingin membersihkannya kembali dengan sebuah catatan. Catatan rasa yang saya petik dari sebuah nota sahabat. Semoga renungan ini akan melekat di hati saya sampai bila-bila.

Kita tak memiliki apa-apa. Akal kita, idea kita, kreativiti kita, kemahiran, keahlian dan kepakaran kita - semuanya pelaburan untuk menegak hak Allah dalam diri, keluarga & masyarakat.
Bukan untuk Allah, bahkan Allah sekali-kali tidak bertambah Maha Kaya-NYA dengan pelaburan kita itu. Allah juga tidak perlu menunggu kita menjadi hamba yang baik untuk melayani kita dengan baik kerana sememangnya Dia-lah Yang Maha Baik, Yang Maha Penyantun.

Untuk apa kita menegakkan hak Allah? Untuk melepaskan diri dari azab yang pedih:

"Mahukah Kami tunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang dapat melepaskanmu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, kamu berjuang fi sabilillah dengan harta dan jiwa kamu, maka sesungguhnya mereka itulah orang-rang yang beruntung sekiranya mereka mengetahui.."(Al Quran),

Sesuai persaksian dan perjanjian kita padaNya. "Sungguh Kau Ya Rabb, adalah Tuhan kami, dan kami ini hambaMu.."
Apa milik sebenarnya kita? Hati kita. Jiwa kita, ruh kita seikhlas, sesuci dan secinta mungkin demi pertemuan semula dengan-Nya. Allahu akhbar...

No comments:

Catatan 17.10.2018

Pagi ini saya ada temujanji di Jabatan X-Ray, Hospital Selayang. Alhamdulillah, anakanda Syamil tolong hantarkan saya di si...