Senario hari ini menyaksikan
ramai golongan wanita menuntut hak kerana berasa hak mereka
diabaikan. Realitinya
ramai wanita dinafikan haknya oleh suami.
Oleh itu kepada para
suami, hendaklah memahami hak isteri sebagaimana anda mahu hakmu dipenuhi.
1. Pergaulan
yang baik - Imam At-Tabrani ketika mentakwilkan ayat ini mengemukakan beberapa
riwayat daripada sebahagian ulama yang mengatakan; “Dan mereka (wanita) mempunyai
hak untuk ditemani dengan baik dan dipergauli dengan cara yang makruf (baik)
oleh suami mereka, sebagaimana mereka berkewajipan mentaati suami dalam hal-hal
yang telah diwajibkan Allah ke atas mereka.”
2 .Tunaikan
nafkah - Ad-Dhahak pula menyatakan, “Apabila
mereka (wanita) taat kepada Allah dan taat kepada suami, maka
suami wajib memperlakukannya dengan baik dan tidak boleh menyakitinya
dan harus memberinya nafkah sesuai dengan kemampuannya.”
3 .Takut
dengan Allah - Ibnu Zaid pula menasihatkan, “Hendaklah mereka (para suami)
takut kepada Allah mengenai urusan mereka (para isteri)
sebagaimana para isteri harus takut kepada Allah mengenai urusan
suami.”
Sebuah madah dari
Ibnu Abbas juga elok dijadikan renungan bersama oleh para suami dan isteri.
Katanya, “Aku suka berhias untuk isteriku, sebagaimana aku
suka dia berhias untukku, kerana Allah yang Maha Tinggi sebutan-Nya
berfirman, “Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan
kewajipannya menurut cara yang makruf.”
Oleh itu jangan biarkan
nafsu menguasai dirimu untuk menzalimi isteri jika dia begitu mentaati perintah
baik suami.Kemuliaan suami yang diciptakan Allah lebih tinggi darjat dan lebih
berkuasa dari isteri hendaklah dipergunakan sebaik-baiknya kerana ia merupakan
satu amanah besar tanggung jawab yang berat yang tidak boleh diabaikan selaku
ketua keluarga .
Peringatan ini
terkandung dalam firman-Nya: “Kemudian jika dia mereka mentaatimu,
maka janganlah kamu mencari-cari jalah untuk menyusahkannya.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (An-Nisa: 34) Ibnu
Katsir ketika menghurai ayat ini, berkata, “Apabila seorang isteri
telah mentaati semua keinginan suami yang dibolehkan syariat,
tidak ada alasan bagi suami untuk menghukum isterinya setelah itu
dan dia tidak boleh memukul dan mengasingkannya.”
Justeru, wahai para
suami layani isterimu dengan sebaikbaik akhlak. Fahamilah tabiat
dan fitrah kejadian
mereka. Wanita itu asal kejadiannya diciptakan oleh Allah s.w.t. dari
tulang rusuk Nabi
Adam a..s. yang bengkok. Serba lemah dan keadaannya kurang dari segi akal dan
agamanya. Jadi lenturlah dengan penuh sopan dan bersabar supaya tulang yang
bengkok dapat ditegakkan perlahan-lahan dalam keadaan cantik. ✻
Anak soleh impian semua pasangan yang berkahwin |
Allah mencipta lelaki sebagai sandaran bagi wanita, sementara
wanita
pula sebagai penenang lelaki.
Apabila keduanya sudah melangkah ke
pintu gerbang perkahwinan, antara
masingmasing punya hak, sebagaimana mereka juga
punya kewajipan masing-masing.
No comments:
Post a Comment