Catatan perjalanan di pentas kehidupan, perkongsian dunia penerbitan dan penulisan.
Showing posts with label Tip penulisan. Show all posts
Showing posts with label Tip penulisan. Show all posts
July 06, 2017
June 20, 2017
12 Tip Tulis Buku Berdasarkan Pengalaman Hidup
Catatan
hujung Ramadan 1438H:
1.
1. Kita hidup dilingkungi pengalaman
yang pelbagai. Sebahagian daripada kita Allah berikan kelebihan dan berkhidmat
mengikut bakat dan minat yang dimiliki. Malah, sebahagian dari kalangan rakan sudah
menghabiskan hampir keseluruhan tempoh perkhidmatan dalam bidang berkenaan.
2. 2. Inilah yang dipanggil ilmu kehidupan,
ilmu yang digarap dari teori dan praktikal yang kita lakukan saban tahun. Pengalaman
yang tidak dicatat akan ditelan oleh zaman. Ia tidak menjadi ilmu yang boleh
diwarisi generasi terkemudian. Sayangnya... lihat dan selak kembali sejarah
para ulama dan para ilmuwan Islam, kematian mereka dengan meninggalkan ratusan/
ribuan kitab. Untungnya mereka, rata-rata lingkungan usia mereka di sekitar
tempoh 60-70 tahun (jangka hayat manusia biasa) tapi nama mereka masih disebut dan
dikenang sehingga kini. Kerana apa? Mereka menulis dan mencatat pengalaman yang
mereka melalui.
3. 3. “Kalau begitu, saya pun nak jadi penulis!”
Baiklah, bercita-cita sahaja tak bawa ke
mana, Bercita-citalah dan kotakan ia dengan bentuk tindakan.
4. 4. Sekarang cuba senaraikan pengalaman
masing-masing dan rancanglah ia menjadi sebuah buku. Kaedahnya bagaimana? Buat
senarai pengalaman yang pernah anda alami terlebih dahulu, contohnya:
1. Pengalaman menjadi penulis
2. Pengalaman menjadi jururawat
3. Pengalaman merawat pesakit (doktor/ perawat Islam)
4. Pengalaman membuka pusat penjagaan kanak-kanak/ tadika
5. Pengalaman menjaga orang tua
6. Pengalaman mula berniaga di tapak pasar malam sehingga berjaya membuka kedai sendiri
7. Pengalaman menempuh sakit

dan banyak lagi pengalaman menarik yang pernah kita lalui.
5. Bagaimana nak susun semua kisah di atas menjadi sebuah
buku? Mudah sahaja! Satu buku memerlukan 40 hingga 50 buah kisah yang pendek.
Apabila ia dikompilasikan maka lengkaplah sebuah buku.
6. Jumlah patah perkataan bagi setiap bab? Satu bab
mengandungi 1000-1500 patah perkataan.
7. Kalau terlajak panjang, bagaimana? Iyalah bila ilham
melimpah habis air bah. hehe... tiada masalah, boleh saja tetapi pastikan ada
clif hanger atau unsur saspen pada penghujung bab.
8. Paling bagus, sebelum tulis buat buku tulis proposal dan
hantar kepada beberapa penerbit dahulu. Kalau dah lulus, memang laju lah jari
kita mengetik.
9. Buat desain cover buku tersebut supaya ia meransang
semangat dan motivasi kita untuk menulis dengan tekun. Selepas itu tampal atau
letak di sudut meja tulis/ di mana saja ruang yang kita selalu pandang. Ini
petua yang diamalkan sesetengah penulis. Nak buat silakan, yang penting
masing-masing ada cara tersendiri.
10. Setiap rumah penerbitan punya timeline dan deadline untuk
pastikan output (buku) dicetak mengikut masanya. Ini juga persoalan asas yang
perlu penulis fahami. Jangan langgar deadline ya. Maka tak perlulah tunggu
'sound direct daripada para editor/ rumah penerbit.
11. Buat timeline atau deadline anda sendiri untuk mencapai
target penulisan buku yang diimpikan. Rancanglah jadual penulisan yang efisien,
contohnya menulis selepas Subuh atau sebelum pergi kerja, selepas Isyak dan
lain-lain waktu yang anda fikirkan sesuai.
12. Minta ilham daripada Allah, jangan tinggalkan ibadah asas
serta perbanyakkan amalan sunat. Insya-Allah, ia jadi saluran barakah yang
melancarkan proses penulisan.
Semoga terinspisari.
P/s mana-mana rakan yang ada proposal nak tulis buku motivasi
berdasarkan kisah hidup dan pengalaman, boleh PM saya ya. Ada projek bagus.
Manuskrip ditagih, penulis tiada. Ater.. camner?
June 16, 2017
Tip menulis skrip yang baik
Saya
terkenang satu pengalaman ketika menulis skrip dokumentari. Lama sungguh...
tetapi pengajarannya saya ingat sampai bila-bila.
“Boleh
tolong saya?” suara suami tiba-tiba menerjah ke gegendang telinga.
“Nak tolong
apa?”
“Ini ha...
skrip ni, banyak yang perlu dirombak semula. Saya dah nak VO (voice over).”
Suami saya
jarang sekali meminta pertolonan saya berkaitan penulisan skrip. Beliau
merupakan ‘freelance writer’ selaku penulis skrip TV/ Jingle iklan termasuk
memberi khimat sebagai suara latar kepada rancangan TV.
Pendek
cerita, beliau memang pandai tulis skrip, berbanding dengan saya yang lebih
banyak terlibat dalam penerbitan majalah dan penulisan rencana. Tapi apabila
pertolongan begini diminta ketika situasi yang sudah mendesak, saya tidak
sampai hati. Ya, sudah proses masuk VO tetapi skripnya masih belum setel. Ayat
sentapnya, masih belum bersih sepenuhnya!
Saya ambil
helaian kertas yang diberikan dan mula membaca sekali lalu. Tiba-tiba terkeluar
rungutan, “Aduh, macam ni ke tulis skrip. Copy paste dari Google/ wikipedia
kemudian serah begitu saja?”
Tiba-tiba
hangin kus-kus pun datang. Kalau diikutkan dan menjadi amalan brutal di
sesetengah stesen TV dan rumah penerbitan lain, mahu dilempar saja
kertas skrip tersebut ke dalam bakul sampah.
“Sudahlah..
boleh tolong ke tidak ni, banyak lagi ni.” Suami menunjukkan helaian skrip lain
yang mempunyai tajuk-tajuk berlainan.
Hmm...
memandangkan masa kian suntuk untuk diserahkan kepada pihak ketiga, saya
bantulah juga. Saya berfikir juga, si penulis skrip ni memang bernasib baik,
kalau saya jadi penerbit mahu saya pulangkan semula dan sekat dulu bayaran
sebelum di setelkan sebaik mungkin. (Tu dia... jangan buat main-main dengan
saya. Walaupun nampak kool sekali dia sesekali bertukar jadi mak cik garang).
Dalam hati
saya berbaur rasa kesal dengan sikap penulis skrip yang seolah-olah melepaskan
batuk di tangga (tak bersungguh-sungguh). Walaupun saya
tidaklah mahir dalam penulisan skrip tetapi sekurang-kurang beberapa perkara
asas mengenai penulisan skrip saya ketahui juga.
- Skrip dokumentari yang baik
bukan sahaja berjaya menyampaikan maklumat (5W1H); tetapi perlu membawa
unsur rasa dan penghayatan di dalam kisah yang dipaparkan agar para penonton
turut dapat menghayatinya.
![]() |
| Foto Masjid Baitul Rahim yang lama ditemui dari laman https://www.muslimtravelvietnam.com |
- Membawa unsur ‘rasa’ ini agak payah dan sukar tetapi boleh dilakukan dengan jaya dengan cara penulis membuat kajian di lapangan. Jika tak pernah jejak tempat yang mahu kita tulis itu memang susah nak terjemahkan dan mengalihkan ‘feel’ tersebut kepada penulisan.
- Kaedah lain yang boleh diguna
pakai iaitu dengan mencari maklumat dari penulisan berkenaan subjek yang
kita ingin tulis ini. Jangan risau, kini sudah banyak bahan lain di
internet, Facebook, You Tube yang dikongsi oleh orang lain. Maknanya
jangan malas membuat kajian lebih mendalam sebelum mula menulis.
- Dah jumpa maklumat, janganlah
tiru sebijik-bijik segala info dan story yang disampaikan, ubah jadi ayat
anda sendiri. Jangan plagiat ya, nanti tak fasal-fasal dapat surat saman.
- Sudah cukup bahan baru sedap nak
menulis. Jangan lupa baca bismillah dan betulkan niat nak menulis. Buat
kerana nak redha Allah, barulah kerja bukan separuh masak!
June 07, 2017
#NakTulisApa?
Salam 13 Ramadan
Niat asal saya untuk lebih banyak mendiamkan diri di bulan Ramadan ini tidak berjaya. Lalu titik muhasabah itu bertukar dengan niat untuk terus berkongsi ilmu khususnya mengenai penulisan. Ini antara posting yang saya muatkan dalam Facebook yang saya kendalikan iaitu Nota Editor:
Baru-baru ini seorang pensyarah IPTA datang menjengah ofis.
Saya agak terkejut, maklumlah datang tanpa temu janji dan dalam masa yang sama
sedang kalut menguruskan sesi fotografi yang sudah ditetapkan.
Rupa-rupanya dia datang untuk bertanya prosedur untuk
menghantar tulisan. Beliau mengunjuk kad yang tertera nama dan kelulusannya.
Kami berdua bersembang panjang juga, apa tah lagi saya tertarik mendengar
kajian tesis beliau mengenai pembentukan kolesterol dan penyakit berkaitan dengannya. Saya memberi sedikit pendapat tentang apa yang perlu dan
tidak perlu untuknya sewaktu hendak menulis:
1. Tulis dahulu mengenai bidang/ kemahiran yang kita tekuni/ kuasai. Pendek kata kongsilah ilmu yang mana kita benar-benar arif mengenainya. Apabila menulis sesuatu yang kita arif dan mahir, ini mengurangkan masa untuk kita membuat banyak kajian mengenai topik yang ditulis.
2. Sebelum menulis, lakukan sedikit kajian mengenai majalah-majalah yang berada di pasaran. Ambil sedikit info tentang isu apa yang disentuh oleh majalah tersebut. Jika Majalah Anis, sudah pasti tumpuannya ialah pada isu-isu kekeluargaan yang dekat dengan pembaca wanita.
Jika anda berminat menulis buku, dapatkan gambaran corak dan gaya penulisan yang diamalkan oleh penerbit-penerbit yang sedia ada seperti Galeri Ilmu, Karangkraf, PTS dan lain-lain.
3. Menulis dengan bahasa Melayu Tinggi. Elakkan penggunaan bahasa yang berat dan sukar difahami, lebih-lebih lagi yang melibatkan istilah saintifik dan agama. Sedapat mungkin cari terjemahan maksud dalam bahasa Melayu. Ingat ya, penulis adalah perantara yang memudahkan penyampaian ilmu kepada pembaca. Semakin sukar kalimah yang ditemui, semakin menjauhkan jarak penulis dengan pembaca.
4. Kenal pasti siapa khalayak pembaca. Rajin-rajinlah membuat kajian dengan bertanyakan pendapat orang lain, apakah isu-isu yang mereka mahu tahu (yang berkaitan dengan bidang dan kemahiran kita). Kadangkala hal-hal yang kita rasakan remeh-temeh dan 'simple' pun masih ramai yang tidak tahu. Di situ peluang bagi penulis untuk mengetengahkan dan memberi solusi terbaik bagi sesuatu isu yang diutarakan.
December 05, 2014
Tip Penulisan - Sindrom Editor's Block
Assalam, copy paste daripada status terkini di FB saya, mudah-mudahan bermanfaat untuk yang mahu berjinak-jinak dalam dunia penulisan.
'Hari ini semua artikel sudah dihantar kepada artis grafik. Jadi rasa sangat-sangat lega. Kepala pun sudah ringan kembali sebelum berperang dengan deadline baru. Kali ni saya nak kongsi semula tip-tip penulisan. Kita sembang mengenai sindrom yang dialami para editor.
1. Bukan saja penulis dilanda sindrom writer's block, editor juga menghadapinya.
2. Masalah ini boleh diatasi apabila terdapat aliran idea yang baik dan tersusun daripada para penulis.
3. Penyuntingan artikel dan sebagainya menjadi lebih mudah apabila penulis sudah jelas motif penulisannya.
4. Penulis yang korup idea memberi efek pada editor juga. Jangan harap sentuhan miracle daripada editor jika unsur 'wow' tidak dicipta oleh penulis terlebih dahulu.
5. Penulis sebaiknya melakukan suntingan awal pada tatabahasa dan gaya bahasanya (self editing)
6. Perap idea dulu kemudian baca. Sebarang kejanggalan pada struktur ayat perlu diperbaiki. Namun ia agak mencabar apabila deadline yang mendesak.
7. Sentiasa punya rasa ingin memperbaiki penulisan dgn membaca semula artikel yang tersiar.
8. Banyak membaca dan jadikan tulisan orang lain sebagai rujukan.'

February 19, 2014
Tip Penulisan: Hubungan Penulis & Pembaca?
Penulis yang baik selalu meletakkan dirinya sebagai pembaca. Jadi berusahalah memahami apa kehendak pembaca. Misalnya, penggunaan bahasa yang mudah dan 'catchy', artikel yang ringkas dihiasi warna-warni dalam reka letak juga memainkan faktor utama pembaca terus melekat pada bahan bacaan tersebut.
Tiba-tiba hari ini ilham datang untuk berkongsi tip penulisan ini lantas saya terus 'post' di status Facebook saya. Saya bukanlah seorang penulis hebat yang layak hendak memberi tip itu dan ini - cuma peluang diberi Allah menekuni bidang penerbitan, sedikit sebanyak pengalaman itu boleh saya kongsika di sini.
Apa kaitan penulis dan pembaca? Seorang penulis sama ada buku, majalah atau mana-mana media sekalipun memerlukan pembaca untuk menghayati apa yang ditulis. Untuk menjadi seorang penulis yang baik, dia perlu letakkan dirinya sebagai seorang pembaca terlebih dahulu. Apa yang anda suka baca pada sesebuah karya atau artikel, maka itulah yang anda perlu terapkan ketika menulis untuk ditatap pembaca lain. Teorinya mudahkan?
Itu saja perkongsian kali ini. Sebenarnya banyak lagi tip-tip penulisan yang ingin saya kongsikan, selalunya ia terbit apabila ditanya oleh rakan-rakan atau sesiapa yang saya temui mengenai bidang penulisan. Doakan saya terus diberi ilham dan dapat mengumpul 101 tip penulisan yang boleh membantu insan-insan lain menulis. Yes, everybody can write!
Jika anda punya persoalan, emelkan kepada saya: shimahabdulrahman@gmail.com
September 03, 2013
Tip Kewartawanan - Kewartawanan Islam?
Seorang wartawan pulang ke pejabat dengan nada ceria. Walaupun
wajahnya tampak lelah namun keceriaan lebih menyerlah. Ini kerana wartawan
tersebut pulang bagaikan seorang perwira yang pastinya
membawa bekalan yang sarat. Bekalan itulah bahan berita yang akan ditulis,
digarap dan seterusnya dikongsi sebagai berita atau rencana buat tatapan pembaca di
seluruh tanah air.
Itulah keistimewaan insan-insan yang memilih kerjaya sebagai
wartawan. Wartawan merupakan ‘first person’ yang menerima suatu perkhabaran
atau berita. Hari ini dunia tidak lengkap tanpa ‘berita’. Apa perasaan anda andainya
dunia sepi tanpa berita. Buka TV tiada berita, cari suratkhabar tidak
dijual. Bayangkan seandainya suatu hari kita tidak dapat meng’akses’ atau
menerima sebarang berita, pasti kita berasa hidup di sebuah pulau tanpa manusia.
Justeru sedarlah, di sebalik suatu berita yang kita baca,
tatap dan komen, wujudnya insan-insan yang bergelar wartawan yang telah bersusah
payah mendapatkan sesuatu bahan berita. Wartawan yang amanah menyedari tanggungjawabnya
ini akan menggalas tugas ini dengan penuh komited, tanpa jemu, penat dan lelah. Mereka akan berterusan mencari berita selagi terdaya dan kudrat dikandung
badan.
Menyedari hal ini, seorang wartawan perlu berjiwa kental menghadapi apa jua cabaran dan rintangan. Wartawan berjiwa pejuang tidak kisah dirinya diteguri atau dimarahi kerana ia merupakan asam garam dalam dunia kewartawan yang perlu bergerak pantas dalam serba-serbi.
Berbanggalah dan bersyukurlah andainya anda diberikan amanah ini kerana anda adalah pengubah dan pencorak dunia. Ya, hanya dengan menggerakkan tulisan di hujung jari!
Seorang wartawan yang bergerak dalam landasan media Islam, mempunyai tanggungjawab yang lebih jauh daripada itu. Peranan anda bukan sekadar melaporkan sesuatu berita tetapi mencari sudut-sudut hikmah tersirat di sebalik sesuatu peristiwa. Pembaca seterusnya diajak untuk sama-sama berfikir lalu menghayati kebesaran dan keagungan Ilahi menerusi setiap inci tulisannya.
Dalam lain kalimah, anda bukan sahaja seorang wartawan tetapi anda juga daie yang akan menyentuh hati-hati insan agar subur dan kembali kepada fitrah yang murni. Apakah fitrah yang murni itu? Fitrah murni iaitu perasaan kehambaan (ubudiyyah) seorang hamba terhadap Allah al-Khaliq yang Maha Pencipta segala kejadian.

August 16, 2013
E-book 7 Rahsia Karya Diterima Editor Mula Dijual
Masa untuk mengetahui rahsia-rahsia editor bermula.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Mulakan membaca e-book '7 Rahsia Karya Diterima Editor' bagi perancangan penulisan buku-buku anda diterima oleh editor.
Sebelum menghantar karya anda kepada editor atau penerbit, anda seharusnya memahami 7 aspek utama dalam penghasilan sesuatu buku mengikut kaca mata editor:
1. Bahan yang diterima editor
2. Ciri-ciri karya yang dimahukan penerbit
3. Jenis karya yang diterima penerbit
4. Ciri-ciri karya yang disukai editor
5. Perkara yang disukai editor (ini mempengaruhi karya yang diluluskan penerbit)
6. Ciri-ciri penulis yang disukai editor
7. Cara terbaik untuk karya diluluskan editor / penerbit
Kepada bakal penulis, ketahuilah 7 aspek penting di atas.
Kepada para penulis, tingkatkanlah skil anda berkarya.
Ya ... bertindak segera!
Masa tidak menunggu kita.
Buat editor jatuh cinta pandang pertama membaca karya anda sekarang!
Selamat bertindak.
Dapatkan e-book '7 Rahsia Karya Diterima Editor' pada harga RM20.00 dengan membuat pesanan melalui e-mel hamzah125@gmail.com atau KLIK DI SINI untuk tempahan.
Bonus: E-book ini juga memberi contoh format dan lampiran yang sangat membantu untuk anda menghantar karya.
Terima kasih.

| Dapatkan segera |

August 10, 2013
Tip Penulisan: Penulis & Blog?
Saya sering menerima emel mahupun panggilan daripada ramai insan menyatakan hasrat hati mereka untuk menjadi kolumnis Majalah Anis. Apabila saya bertanya, "Tuan/Puan ada blog?" Dia menjawab, "Tidak ada!" Malah ada juga menjawab dengan nada yang agak sinis, "Puan, zaman sekarang orang dah tak baca blog. Orang dah beralih kepada Facebook dan lain-lain... ."
Ya, saya akui kebenarannya. Namun blog atau homepage anda ibarat tapak premis perniagaan di mana orang-orang yang mahu membeli akan berkunjung ke situ. Jika anda menjual pakaian misalnya, mereka akan membelek-belek dahulu pakaian yang anda peragakan. Bukan sekadar itu sahaja, bagi pelanggan yang agak teliti dan cerewet mereka akan menilai kualiti kain, harganya dan sebagainya. Apabila sudah berpuas hati baharulah mereka akan bersetuju membeli. Kemungkinan mereka akan menjadi pembeli tetap produk kita itu.
Dalam konteks dunia penulisan, penulisan di blog ia amat penting sekali. Walaupun blog seperti ketinggalan zaman ia tetap ada fungsinya tersendiri. Malah sudah terbukti ramai penulis buku 'bestseller' mencipta nama daripada penulisan mereka di blog.
Antaranya, blog Saifulislam.com oleh Ustaz Hasrizal Abd Jamil yang mencetuskan fenomena apabila buku 'Aku Terima Nikahnya' menjadi buku bestseller. Blog Prof Muhd Kamil Ibrahim iaitu www.muhdkamil.org juga elok dijadikan rujukan kerana beliau mempunyai puluhan ribu pembaca setiap bulan. Terkini beliau sudah menubuhkan universiti maya iaitu UMKI yang memiliki 6000 penuntut. Ternyata penulisan di blog mempunyai signifikan dengan penulisan buku beliau Anekdot Madinah dan Ilmu Kehidupan (bersama 4 penulis lain).
Bagi penulis-penulis baharu, penulisan di blog menjadi tapak untuk anda menajamkan skil penulisan. Bagi kami para editor (sama ada editor majalah atau suratkhabar) ia jadi jambatan untuk kami menilai gaya penulisan seseorang penulis itu sama ada sesuai dimuatkan dalam majalah atau tidak.
Mana tahu selepas mempunyai himpunan artikel-artikel yang menarik, anda berpeluang diundang untuk menulis di mana-mana ruang.
Kuasai sedikit demi sedikit teknik penulisan ini dan mula berlatih menulis dari sekarang. Jika boleh tambahkan ilmu dengan mengikuti mana-mana kursus penulisan. Jadikan blog anda sebagai jambatan untuk kita berkongsi ilmu dan pengalaman bersama masyarakat. Semoga ia menjadi nilaian di sisi-Nya yang akan menjadi saham kita di dunia dan di akhirat.

February 01, 2013
Tip Wartawan - Jangan Tertipu Dengan Pita Rakaman
"Kak, macam mana ni, tape-recorder ni rosak, tak dengar suara apa-apapun!" jerit seorang wartawan baru. Saya pergi melihat dan membelek tape-recorder tersebut.
"Tak rosak, mungkin awak tersalah tekan."
"Habis tu, nak buat macam mana ni?" rintih suaranya kedengaran.
"Hmm, awak tak catat langsungkah?"
Dia menggeleng kepala, lemah sekali.
Situasi ini seringkali saya hadapi. Iaitu berhadapan dengan wartawan-wartawan yang terlalu bergantung degan tape-recorder atau pita rakaman. Itulah kesilapan terbesar wartawan tersebut,' a big mistake' yang tak boleh dimaafkan. Kenapa?
Walaupun pita rakaman sangat penting dalam dunia seorang wartawan, tetapi seorang wartawan atau penulis tidak boleh bergantung seratus peratus kepada alat tersebut semata-mata. Memang, ia ibarat rakan karib seorang wartawan/penulis, seperti jua pen dan buku nota ketika dia hendak menemubual seorang responden atau merakam apa juga suasana seperti press conferense, forum, wacana dan sebagainya. Lebih-lebih lagi, kalau petik butang perakam kemudian terlena atau tertidur ketika suasana berlangsung. Oh, itu bukan seorang wartawan atau penulis sejati!
Seorang wartawan/penulis perlu menajamkan dua skil kemahiran iaitu 'mendengar' dan 'mencatat' sebarang informasi yang didengar, meskipun ketika itu pita rakaman tersebut sedang 'on' atau merakam. Namun, inilah kesilapan lazim yang sering dilakukan.
Kemungkinan besar ramai daripada kita tidak sedar bahawa dalam seni menulis dan mencatat mempunyai kelebihan tersendiri. Ini berkait rapat dengan daya ingatan (memori) yang dikurniakan Allah SWT kepada kita makluk-Nya.

Setiap perkataan yang ditulis ibarat 'kata kunci' atau 'keyword' yang akan mengingatkan kita semula (recall) maklumat yang telah didengar. Mungkin anda pernah mendengar kisah bagaimana Dato A. Samad Said menulis di atas kertas tisunya. Ya, setiap maklumat berharga perlu dicatat dengan segera, supaya ia tidak hilang begitu saja... . Baca semula entri saya sebelum ini iaitu idea ibarat burung yang jinak.
Dan perlu diingat, walaupun anda dibekalkan dengan pita rakaman canggih sekalipun, ia hanya sekadar membantu ingatan anda semula terhadap fakta-fakta yang mungkin anda kurang dapat menangkapnya sebelum itu. Catatan anda itulah yang lebih banyak membantu mencerna idea-idea dalam penulisan selepasnya.
Selamat mencuba.
Selamat mencuba.
December 04, 2012
Nilai Sepuluh Sen
Oleh:
Farah
Loceng
waktu rehat berbunyi. Murid-murid bergegas keluar daripada kelas menuju ke
kantin. Seperti biasa, Aishah mengeluarkan bekalnya untuk dimakan. Aishah
belajar di dalam kelas Enam Amanah dan dia bakal menghadapi peperiksaan UPSR
pada tahun ini. Aishah seorang pelajar yang bijak dan aktif. Lantaran itu, dia
dicemburui oleh Murni, rakan sekelasnya.
Aishah
dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Ayahnya meninggal dunia akibat
lemas di laut kerana botnya karam. Aishah mempunyai empat orang adik beradik
dan dia merupakan anak sulung. Sejak kehilangan bapanya, ibunya memikul
tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Selepas habis waktu persekolahan, Aishah
akan menyiapkan kerja sekolahnya di rumah kerana dia akan membantu ibunya
menjual kuih dan nasi lemak di waktu petang. Tanggungjawab sebagai anak sulung
membuatkan Aishah tekad mahu belajar bersungguh-sungguh untuk membantu ibunya.
Di
sekolah, Murni kerap kali memperlekehkan Aishah hanya kerana Aishah memakai
baju sekolah yang sudah lusuh, kasut yang sudah kehausan tapak, dan jarang ke
kantin membeli makanan. Namun begitu, Aishah tidak pernah membalas perlakuan
Murni. Aishah teringat akan pesanan ibunya, “Biarlah orang mengeji kita Aishah,
asalkan kita tidak membuat perkara yang sama. Dahulu Rasullullah S.A.W juga
dikecam ketika mahu menyebarkan dakwah, namun Rasullullah S.A.W tidak pernah
membalasnya.. Hasilnya, semakin ramai tertarik dengan pekerti baginda.”
Di
sekolah, Murni kerap kali membawa alat tulis yang mahal untuk membuat Aishah
cemburu. Malahan, Murni juga kerap menghasut rakan-rakan lain supaya menjauhi
Aishah kerana bagi Murni, anak orang kaya tidak boleh berkawan dengan orang
miskin. Aishah tetap bersabar dengan perbuatan Murni kerana fokus Aishah hanya
mahu mendapat 5A di dalam UPSR.
Suatu
hari, sewaktu Aishah sedang bertugas membersihkan kelas, Aishah terpandang duit
syiling sepuluh sen yang terjatuh daripada dompet Murni. Lantas, Aishah
mengutip duit syiling itu dan meletakkannya di atas meja Murni. “Murni, duit
sepuluh sen awak terjatuh. Ambillah semula.” Mendengar kata-kata Aishah, lantas
Murni menjawab dengan angkuhnya, “Saya tidak perlukan duit syiling sepuluh sen
ini. Tiada nilainya bagi saya. Ayah saya boleh beri sepuluh ringgit sehari.
Awak sajalah yang ambil duit sepuluh sen ini. Saya tidak hairan.” Mendengar
kata-kata Murni yang amat mengguris hati itu, Aishah mengambil duit sepuluh sen
itu dengan harapan dapat memberikannya juga kepada Murni kerana itu bukan
haknya.
Tengah
hari itu, Aishah balik agak lewat kerana dia berjumpa dengan Cikgu Zakiah untuk
bertanyakan tentang matapelajaran Sains. Aishah mengayuh basikalnya keluar
daripada pagar sekolah dan ketika itu, dia terpandangkan Murni yang sedang
duduk di tepi pagar. Aishah berasa hairan mengapa Murni tidak pulang sedangkan
hampir jam tiga petang. Aishah lantas menegur Murni, “Mengapa kamu tidak pulang
lagi Murni? Tiada siapa menjemput kamukah?” Murni yang sedang gelisah ketika
itu, memandang Aishah dan berkata “Saya tidak tahu mengapa Pakcik Akob tidak
menjemput saya hari ini. Saya tidak tahu bagaimana untuk menghubungi ibubapa
saya kerana saya sudah kehabisan wang.”
Mendengar
kata-kata Murni, Aishah terus mengeluarkan duit syiling sepuluh sen daripada
begnya. Duit itulah yang dipandang remeh oleh Murni sewaktu Aishah mahu
memulangkannya. “Ambillah duit sepuluh sen awak ini Murni. Walaupun sedikit,
awak boleh gunakannya di pondok telefon depan sana untuk menghubungi ibubapa
awak.”
Murni
yang ketika itu berasa amat malu dengan Aishah, menangis teresak-esak sambil
berkata, “Maafkan saya Aishah, saya berasa amat malu dengan perbuatan saya
selama ini. Saya sebenarnya cemburukan kejayaan kamu. Hari ini, kamu tetap mahu
menolong saya walaupun saya kerap menghina kamu. Maafkan saya Aishah, saya
kesal.”
Aishah
yang turut berasa sebak dan terharu dengan permohonan maaf Murni, memeluk Murni
dan berkata, “Tidak mengapa, saya maafkan. Saya harap kita dapat jadi kawan
baik selepas ini.” Aishah terbayang akan pesanan ibunya dan tidak henti-henti
mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah membuka pintu hati Murni. Sejak
daripada kejadian itu, Aishah dan Murni bersahabat baik dan saling bantu
membantu di dalam pelajaran.
Nurfarahani
binti Roslan
4-1-23,
Jalan Metafasa U16/3, Pangsapuri Kiambang, 40150, Taman Bukit Subang, Shah
Alam, Selangor.
901028-06-5614
22
tahun
CIMB
BANK: 1-230-007-3199524
Beginilah cerpen yang baik untuk dihantar ke Majalah ASUH. Jika anda mempunyai anak yang mempunyai bakat menulis dan mahu mengembangkan bakat anak anda itu sila hantar cerpen anak anda itu ke SINI. Jika karya anak anda dipilih sejumlah wang sebagai honararium akan masuk ke akaun bank anda.
October 15, 2012
Idea ibarat burung jinak
Artikel bertajuk 'Mahu Tulis apa?" saya petik daripada blog Zakaria Sungib yang merupakan sifu penulisan Islami Galeri Ilmu.
Saya teringat untuk menulis satu perkara, tetapi saya lupa perkaranya. Ya, ketika saya sudah duduk untuk menulis perkara yang saya mahu tulis, tiba-tiba saya terlupa apa perkaranya.
Baiklah, terlanjur saya sudah duduk menulis, ada satu perkara yang saya boleh kongsikan yang ada kaitan dengan apa yang berlaku pada saya. Buku nota ialah dompet penulis, dan pena ialah duitnya. Seperti orang yang hendak mendapatkan satu-satu barang di kedai, dia akan mengeluarkan dompet dan mengeluarkan duit dari dompet. Jika hanya ada dompet dan duit tetapi tidak dikeluarkan, dompet dan duit tidak akan berguna untuk mendapatkan barang itu. Itulah yang terjadi pada saya.
Saya memiliki buku nota dan pen, tetapi apabila terlintas idea dalam fikiran, saya tidak terus mencatatnya. Saya fikir, ah tidak mengapalah, nanti saya tulislah terus di komputer. Sekarang ketika saya hendak menulis, saya sudah lupa apa yang saya hendak tulis itu.
Mungkin pernah saya kongsikan, apabila idea yang datang tidak ditampung, berkemungkinan besar ia akan hilang untuk tidak kembali. Sekarang saya merasai betul kebenarannya.
Ya Allah, Maha Suci Engkau yang tidak tidur dan tidak lupa.
![]() |
| Tulis sahaja apa yang terlintas di fikiran |

October 09, 2012
Teknik Menulis Tanpa Sedar
Artikel yang bertajuk "Kemahiran Menulis Di Luar Sedar" ini saya petik daripada blog Tuan Hj Zakaria Sungib.
Semoga ada manfaatnya untuk pembaca.
Ketika memulakan sesi bengkel penulisan untuk ahli-ahli jemaah pengajian Yayasan PAKSI di Alor Setar pada Jumaat dan Sabtu kelmarin, saya berkongsi dengan 30 orang peserta tentang empat tahap pembelajaran. Empat tahap pembelajaran (learning stage) ini merujuk kepada empat tahap yang perlu dilalui oleh seseorang yang hendak menguasai sebarang bentuk kemahiran (skill). Dalam konteks ini, kemahiran menulis.
Empat tahap itu (memetik daripada buku Speak To Influence oleh Susan Berkeley) adalah:
1. Unconscious incompetence
Di tahap ini, seseorang itu tidak tahu apa yang dia tidak tahu. Dalam konteks menguasai kemahiran menulis, dia tidak tahu apa yang dia tidak tahu berkaitan dengan penulisan.
2. Conscious incompetenceDi tahap ini, seseorang calon penulis mula sedar dan tahu apa yang dia tidak tahu. Timbul keinginan untuk mempelajari dengan lebih mendalam ilmu-ilmu penulisan. Peserta-peserta bengkel atau kursus penulisan akan berada di tahap ini.
3. Conscious competence
Apabila sampai ke tahap ini, calon penulis sudah mula menulis dan sudah mula menguasai kerja menulis, tetapi masih di peringkat 'dalam sedar'. Ibarat seorang pelatih memandu, dia sudah boleh memandu tetapi masih melatih-latih diri untuk mengawal pemanduan seperti memastikan kaki kanannya sentiasa bersedia untuk menekan brek jika perlu berhenti mengejut atau memastikan gear berada di posisi yang betul.
Bagi seorang penulis, di tahap ini dia masih melatih-latih diri untuk menjadikan intro tulisannya menarik dan sedap dibaca, untuk memasukkan 'rencah' yang secukupnya dalam tulisannya. seperti memasukkan kisah dan analogi untuk memahamkan pembaca kepada satu-satu saranan atau gagasan, untuk menutup tulisannya dengan penutup yang baik, dan sebagainya. Jika dia menulis novel, dia masih melatih-latih diri untuk memastikan setiap penghujung bab ada elemen 'cliff hanger' atau unsur tanda tanya yang boleh menarik pembaca untuk menyelak ke bab seterusnya, juga untuk memastikan latar cerita memadai, memastikan watak-watak berkembang, dan sebagainya. Semua itu dilakukan dalam sedar atau masih berlatih-latih, belum sebati.
4. Unconscious competence
Di tahap ini, penulis mampu menulis dengan baik 'di luar sedar' (unconsciuos).

Di tahap unconscious competence, penulis tidak lagi 'sedar' dia menulis dengan olahan yang kemas, bahasa yang baik, dan isi yang mantap. Kerja menulis sudah menjadi sebati. Dia sudah benar-benar berkemahiran menulis. Tulisannya mengalir cantik di luar kesedaran. Bahasanya kemas dan indah tanpa dirancang-rancang. Isi tulisannya menarik dan bermanfaat. Ibarat pemandu kereta yang sudah benar-benar mahir, dia mampu mengelak dan membrek secara mengejut apabila berlaku kecemasan. Dia memandu secara santai, malah sambil berbual-bual. Gerak pemanduannya lebih kepada refleks, bukan lagi difikir-fikirkan.
Untuk mencapai tahap unconsciuous competence, seseorang penulis mesti banyak dan konsisten menulis. Untuk mampu menulis dengan baik secara berterusan, penulis mesti banyak membaca, malah mesti lebih banyak membaca daripada menulis. Membaca, membaca, membaca ... dan menulis.
Lama-kelamaan, berlakulah apa yang selalu diungkapkan: Practice makes perfect.
October 08, 2012
Patutkah Seseorang Penulis Mempunyai Blog?
![]() |
| Perlukan bantuan membina blog? |
Pada masa ini banyak penulis genre Islami mula berkarya untuk lapangan majalah. Sebagai contoh, mereka menghantar karya ke majalah ANIS, ASUH, Q&A dan kepada syarikat penerbitan yang lain.
Ada penulis menyerahkan karya-karya mereka bulat-bulat kepada penerbit. Dengan harapan karya mereka diterima dan menjadi bonus apabila royalti pula memasuki kocek.
Namun kekurangan yang ada kepada mereka ialah mereka tidak mempunyai blog untuk meluaskan pengaruh dan mencipta kesan 'orang suka membaca diri mereka' setiap masa.
Untuk mengelakkan masalah ini penulis mestilah mempunyai blog dan terus menulis apa sahaja pandangan mereka. Melalui blog penulisan dan jenama penulis lebih berpengaruh dan diterima ramai.
Faktor yang menyebabkan penulis masih tidak mempunyai blog:
1. Tidak tahu cara-cara 'setting blog'.
2. Tidak yakin tulisannya akan dibaca oleh ramai orang.
3. Blog tidak berpengaruh, menghantar karya kepada penerbit lebih berpengaruh.
4. Yakin, tanpa blog nama mereka tetap disebut-sebut oleh pembaca
5. Tidak tahu apa itu blog.
Dalam apa jua bidang penulisan, kita wajib mempunyai blog dengan mencipta konsep sendiri supaya orang kenal samada kita ini A atau B.
Dengan konsep yang dibawa, maka akan lebih ramai orang mengenali kita dan banyak pula orang akan mengingati kita.
Terlalu banyak penulis yang menghantar karya kepada majalah ANIS, tetapi mereka tidak mempunyai blog.
Memulakan langkah memerlukan peralatan, skill dan ilmu yang betul.
Selamat membina BLOG!
October 07, 2012
Menulis Novel 30 Hari
![]() |
| Walaupun di mana sahaja anda berada |
Entri pada hari ini saya petik daripada blog Tuan Haji Zakaria Sungib, Pengurus Penerbitan buku Galeri Ilmu Sdn Bhd.
Beliau merungkai jawapan tentang kaedah dan teknik yang ditunjukkan oleh mentor beliau tentang bagaimana penulis dapat menulis dalam masa yang singkat. Ya, hanya dalam masa 30 hari sahaja maka penulis dapat menghasilkan sebuah novel.
Sesuatu hakikat penulisan itu memang tidak dapat dicapai tanpa usaha. Berikut adalah salinan daripada blog beliau yang bertajuk "Menulis Novel dalam Masa 30 Hari".
Kalau anda pernah mengikuti bengkel penulisan saya, insya-Allah anda akan mendengar saya berkongsi mengenai teknik-teknik penulisan. Oleh kerana ia merupakan perkara teknikal, ia mungkin serasi dan mungkin juga tidak dengan gaya berkarya seseorang. Untuk memastikan ia serasai atau tidak, kita hanya perlu mencubanya.
Dalam entri ini, saya ingin kongsikan Program Menulis 30 Hari daripada Cikgu Sri Rahayu Mohd Yusop, novelis yang merupakan guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Ampang, Selangor. Siapa yang mengikuti Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) setiap tahun, pasti biasa dengan nama beliau. Pada tahun lepas, beliau memenangi hadiah pertama kategori novel remaja HSKU bagi kali keenam berturut-turut.
Dalam Program Menulis 30 Hari beliau, atau mana-mana program dan teknik menulis, perkara paling penting yang perlu ada adalah sasaran dan disiplin menulis. Apabila kita sudah menetapkan sasaran tarikh siapnya karya, kita perlu mendisiplinkan diri menulis untuk mencapai sasaran itu. Saya sarankan kepada calon-calon penulis, terutama yang bercita-cita melahirkan novel tarbiah/Islamiah, supaya mencuba kaedah ini.
Berikut adalah catatan Cikgu Sri Rahayu dalam blog beliau tanpa saya ubah walaupun satu huruf:
Menulis novel adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa-paksakan. Namun, jika hati sudah memasang niat, tapi tidak dipaksa, susah untuk mendapat hasilnya. Jadi, sekadar untuk memberi galakan kepada rakan-rakan penulis, saya ingin kongsikan rahsia ini iaitu Program Menulis 30 Hari.
HARI 1: Fikirkan plot lengkap. Latar tempat, watak, konflik, isu & ideologi. Sebab anda kesuntukan masa, anda tiada pilihan selain memikirkan cerita anda down to the last detail dalam masa SATU hari.
HAR1 2: Bab 1 & 2 (2000 patah. Patah perkataan, bukan abjad. Bahagian ini senang sebab anda baru hendak establish watak - latar, konflik. Touch and go)
HARI 3: Bab 3 (4000 pp) ( Dari sini, lembab sikit)
HARI 4: Bab 4 (6000 pp)
HARI 5: Bab 5 (8000 pp)
HARI 6: Bab 6 (10 000 pp)
HARI 7: Bab 7 (12 000 pp)
HARI 8: Bab 8 (14 000 pp)
HARI 9: Bab 9 (16 000 pp)
HARI 10: Bab 10 (18 000 pp)
HARI 11: Bab 11 (20 000 pp)
HARI 12: Bab 12 (22 000 pp)
HARI 14: Bab 13 (24 000 pp)
HARI 15: Bab 14 (26 000 pp)
HARI 16: Bab 15 (27 000 pp)
HARI17 : Mantapkan Bab 1 & 2
HARI 18: Mantapkan Bab 3 & 4
HARI19: Mantapkan Bab 5 & 6
HARI 20: Mantapkan Bab 7 & 8
HARI 21: Mantapkan Bab 9 & 10
HARI 22: Mantapkan Bab 11 & 12
HARI 23: Mantapkan Bab 13 & 14
HARI 24: Mantapkan Bab 15 & bab tambahan yang tiba-tiba muncul
HARI 25: Intensif tatabahasa & ejaan (Bab 1-7)
HARI 26: Intensif tatabahasa & ejaan (Bab 8-15)
HARI 27: Format
HARI 28: Mencetak
HARI 29: HARI KELUAR DARI GUA
• Lawatan ke kedai fotokopi (Buat salinan & jilidan)
• Lawatan ke pejabat pos
HARI 30: Cari obsesi baru
Seperti kata orang putih: All the Best!

Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam proses menghasilkan karya yang mudah-mudahan menjadi amal soleh.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Catatan 17.10.2018
Pagi ini saya ada temujanji di Jabatan X-Ray, Hospital Selayang. Alhamdulillah, anakanda Syamil tolong hantarkan saya di si...
-
Jerit perih pasangan ini dalam menurunkan berat badan berbaloi malah usaha mereka kini menjadi penawar buat ramai insan lain yang mengalami...
-
Pada 8 hingga 12 Disember lalu, saya berkesempatan menjejakkan kaki ke Beijing, China. Syukur, alhamdulillah. Sudah lama rasanya mahu menjej...