Kata orang, apabila kita cuba berada ‘di dalam kasut’
orang lain, barulah kita dapat rasai penderitaan kita tidaklah seberat
mana. Baru-baru ini seorang guru di sebuah sekolah rendah di ibu kota berkongsi
kisahnya.
Cerita beliau, apabila berdepan dengan murid-murid yang bermasalah, beliau akan memanggil ibu bapa pelajar tersebut ke sekolah. Namun, kebiasaannya yang datang ke sekolah ialah ibu-ibu mereka. Selepas dikorek latar belakang pelajar tersebut, ia membongkar realiti yang cukup menyayat naluri. Di sebalik kisah si anak, terbongkar kisah si isteri puas didera oleh suami yang panas baran.
Itu baru satu kes, banyak lagi kisah tragis lain yang
beliau temui sehingga dia terfikir merangka satu program ziarah ke rumah
pelajar-pelajar bersama guru-guru lain. Hasilnya cukup memberangsangkan.
Mendengar kisah sayu ini, saya juga bersetuju dengan
kenyataan guru tersebut. Apabila anak-anak membesar dalam keluarga bermasalah,
tidak mustahil anak-anak juga dilanda stres ... .
Ya, walaupun kita sering mengimpikan yang indah-indah, hidup kita tidak sunyi daripada masalah. Oleh itu kita perlu satu mekanisme dalam menangani apa jua masalah. Indahnya Islam apabila memberi kaedah yang tepat dan praktikal iaitu dengan kita selalu berlapang dada dan bersangka baik dengan Allah yang Maha Pencipta.
Untuk itu sama-samalah hayati Fokus Utama Anis Februari 2013: Stres Itu OK!. Ketahui 17 langkah efektif dalam menangani tekanan hidup yang sewajarnya kita hadapi dengan cara yang positif.

Selain itu, mulai bulan ini, ruangan Jalan-Jalan Cari Iman bakal memberi tip dan panduan untuk anda mengembara ke luar negara. Untuk keluaran sulung ini, saya akan membawa anda merasai suasana musim sejuk di Beijing pada 8 hingga 12 Disember 2012 lalu.
Apabila berkelana ke luar negara, banyak pengalaman baru yang diraih menginsafkan diri. Benarlah kata pepatah, ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’. Terima kasih MASholidays yang sudi menaja trip pelancongan Pakej Muslim bersama Majalah Anis sepanjang tahun 2013.
Di
Sebalik Tabir
Berat
sama pikul, ringan sama dijinjing.
Tuan Mohd Niza Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Taman Botani, Putrajaya mengalu-alukan kedatangan Team Anis untuk sesi fotografi Cover Anis Februari 2013. |
Suasana ketika sesi fotografi. Teknik pencahayaan amat penting sekali. |
Majalah Anis di Beijing – bersama Yuna, warga Cina Muslim yang seawal pagi sanggup menunggu pelancong-pelancong dari Malaysia. |
Penulis dan ahli rombongan melakar kenangan indah di Tembok Besar China. |
4.
6.
Mengabadikan kenangan di Imperial Garden, Forbidden City. Hanya di kawasan taman diraja ini ditanam pokok-pokok yang dihiasai landskap menarik. |
No comments:
Post a Comment