Anda mungkin tidak
akan bertemu dengan suami yang ideal, tetapi anda boleh melihat adanya
ciri-ciri ideal pada seorang suami.
Memang susah dan
hampir mustahil hendak mencari pasangan yang ideal. Oleh itu, jangan cari suami
yang ideal. Tapi, tidak salah mencari suami yang mempunyai sedikit sebanyak
ciri ideal atau ciriciri peribadi unggul. Ciri-ciri ideal bagi seorang suami itu
antaranya:
1.
Berlapang dada dan bersifat pemaaf
Suatu ketika Aisyah
ditanya tentang perlakuan Rasulullah terhadap isterinya. Maka beliau
menjawab: “Dialah
manusia terbaik akhlak dan segala-galanya. Dia tidak pernah berbicara kotor dan
berbuat kotor, tidak pernah bersuara keras terutama di pasar, tidak pernah membalas
perbuatan buruk dengan perbuatan buruk pula, tetapi selalu memberi maaf dan
ampunan.” (Riwayat Ahmad)
2.
Bersabar dengan kerenah yang didatangkan oleh isteri.
3.
Bersenda gurau ketika bersama isteri.
Sikap suka bersenda
gurau dant tidak terlalu serius terhadap isteri ini juga salah satu ciri ideal seorang
suami. Rasulullah s.a.w. menunjukkan contoh teladan yang begitu baik. Sikap
baginda dengan isteri-isterinya bagaikan seorang kanak-kanak. Ada
sindirmenyindir, cubit-mencubit dan sebagainya. Rasulullah s.a.w. biasa memicit
hidung Aisyah r.ha ketika dilihatnya Aisyah sedang marah. Aisyah r.ha
menerangkan kelembutan Rasulullah s.a.w. dengan berkata, “Rasulullah
adalah selunak-lunak manusia, sepemurahmurah manusia, banyak tertawa dan senyum.”
(Riwayat Ibnu Asakir)
4.
Sentiasa cemburu terhadap isterinya.
KLIK DI SINI |
Cemburu suami
mestilah mengikut garis panduan syariat, atas matlamat untuk menyekat supaya isteri tidak
melakukan perbuatan yang bertentangan dengan syariat. Inilah sebenarnya pengertian cemburuIronisnya
suami sering meletakkan cemburu di tempat yang kurang utama. Sebaliknya dalam hal-hal
agama dan pendidikan anak-anak, boleh pula bersikap berlebih kurang. Suami
tidak ada rasa cemburu apabila isteri malas menunaikan solat dan tanggungjawab
agama. Tidak cemburu apabila isteri tidak membataskan pergaulan. Di hadapan suami
mudah bertepuk tampar dan bergurau senda dengan lelaki lain. Cemburu dalam hal
agama begini perlu diletak di tempat utama. Suami yang tidak cemburu terhadap
isterinya yang melakukan dosa maka dia dicap sebagai dayus. Kata Nabi, orang
yang dayus tidak layak baginya syurga.
5.
Membantu isteri pada waktu lapang
Termasuk ciri ideal
seorang suami juga adalah suka membantu isteri dalam menguruskan keperluan rumah
tangga. Dia tidak menganggap membantu isteri dengan membuat kerja-kerja rumah
itu merendahkah martabatnya sebagai ketua keluarga. Sikap ringan tulang seperti
ini akan menambah kasih dan hormat isteri kepada suami. Kerja-kerja rumah bagi
isteri yang memiliki kerjaya tidak pernah menang tangan, apalagi jika punya anak
yang ramai dan masih kecil. Persefahaman dan toleransi seorang suami amat
dihargai.
Rasulullah s.a.w. sendiri turut membantu isteri baginda dalam urusan
rumah tangga. Padahal amanah dan tanggungjawabnya sebagai pemimpin ummah sudah
cukup berat. Namun baginda tiada halangan untuk memisahkan tanggungjawabnya ini
apabila berdepan dengan keluarganya. Ummul mukminin Aisyah r.ha berkata, “Di
rumah, beliau adalah manusia biasa yang melakukan pekerjaan menjahit
bajunya, memerah susu kambingnya, mengurus dirinya, menampal pakaiannya,
menjahit kasutnya.” Inilah jawapan beliau
setiap kali ditanya orang apa yang dilakukan baginda ketika di rumah. Tapi di
masa yang lain Aisyah menjawab, “Baginda mengerjakan setiap pekerjaan
isterinya, tetapi bila datang waktu sembahyang beliau keluar untuk
solat.” (Riwayat Bukhari)
6.
Dirinya menjadi role-model
Satu lagi ciri ideal
seorang suami ialah sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada isteri dan
anak-anak. Didikan secara tidak langsung ini akan lebih mudah dituruti berbanding
kata-kata. Dia tidak bersikap seperti ‘ketam yang menyuruh anaknya berjalan
lurus’ yang akan menyebabkan hilangnya wibawa seorang ketua keluarga. ✻
No comments:
Post a Comment