Catatan perjalanan di pentas kehidupan, perkongsian dunia penerbitan dan penulisan.
Showing posts with label Tip Editor. Show all posts
Showing posts with label Tip Editor. Show all posts
July 06, 2017
June 20, 2017
12 Tip Tulis Buku Berdasarkan Pengalaman Hidup
Catatan
hujung Ramadan 1438H:
1.
1. Kita hidup dilingkungi pengalaman
yang pelbagai. Sebahagian daripada kita Allah berikan kelebihan dan berkhidmat
mengikut bakat dan minat yang dimiliki. Malah, sebahagian dari kalangan rakan sudah
menghabiskan hampir keseluruhan tempoh perkhidmatan dalam bidang berkenaan.
2. 2. Inilah yang dipanggil ilmu kehidupan,
ilmu yang digarap dari teori dan praktikal yang kita lakukan saban tahun. Pengalaman
yang tidak dicatat akan ditelan oleh zaman. Ia tidak menjadi ilmu yang boleh
diwarisi generasi terkemudian. Sayangnya... lihat dan selak kembali sejarah
para ulama dan para ilmuwan Islam, kematian mereka dengan meninggalkan ratusan/
ribuan kitab. Untungnya mereka, rata-rata lingkungan usia mereka di sekitar
tempoh 60-70 tahun (jangka hayat manusia biasa) tapi nama mereka masih disebut dan
dikenang sehingga kini. Kerana apa? Mereka menulis dan mencatat pengalaman yang
mereka melalui.
3. 3. “Kalau begitu, saya pun nak jadi penulis!”
Baiklah, bercita-cita sahaja tak bawa ke
mana, Bercita-citalah dan kotakan ia dengan bentuk tindakan.
4. 4. Sekarang cuba senaraikan pengalaman
masing-masing dan rancanglah ia menjadi sebuah buku. Kaedahnya bagaimana? Buat
senarai pengalaman yang pernah anda alami terlebih dahulu, contohnya:
1. Pengalaman menjadi penulis
2. Pengalaman menjadi jururawat
3. Pengalaman merawat pesakit (doktor/ perawat Islam)
4. Pengalaman membuka pusat penjagaan kanak-kanak/ tadika
5. Pengalaman menjaga orang tua
6. Pengalaman mula berniaga di tapak pasar malam sehingga berjaya membuka kedai sendiri
7. Pengalaman menempuh sakit

dan banyak lagi pengalaman menarik yang pernah kita lalui.
5. Bagaimana nak susun semua kisah di atas menjadi sebuah
buku? Mudah sahaja! Satu buku memerlukan 40 hingga 50 buah kisah yang pendek.
Apabila ia dikompilasikan maka lengkaplah sebuah buku.
6. Jumlah patah perkataan bagi setiap bab? Satu bab
mengandungi 1000-1500 patah perkataan.
7. Kalau terlajak panjang, bagaimana? Iyalah bila ilham
melimpah habis air bah. hehe... tiada masalah, boleh saja tetapi pastikan ada
clif hanger atau unsur saspen pada penghujung bab.
8. Paling bagus, sebelum tulis buat buku tulis proposal dan
hantar kepada beberapa penerbit dahulu. Kalau dah lulus, memang laju lah jari
kita mengetik.
9. Buat desain cover buku tersebut supaya ia meransang
semangat dan motivasi kita untuk menulis dengan tekun. Selepas itu tampal atau
letak di sudut meja tulis/ di mana saja ruang yang kita selalu pandang. Ini
petua yang diamalkan sesetengah penulis. Nak buat silakan, yang penting
masing-masing ada cara tersendiri.
10. Setiap rumah penerbitan punya timeline dan deadline untuk
pastikan output (buku) dicetak mengikut masanya. Ini juga persoalan asas yang
perlu penulis fahami. Jangan langgar deadline ya. Maka tak perlulah tunggu
'sound direct daripada para editor/ rumah penerbit.
11. Buat timeline atau deadline anda sendiri untuk mencapai
target penulisan buku yang diimpikan. Rancanglah jadual penulisan yang efisien,
contohnya menulis selepas Subuh atau sebelum pergi kerja, selepas Isyak dan
lain-lain waktu yang anda fikirkan sesuai.
12. Minta ilham daripada Allah, jangan tinggalkan ibadah asas
serta perbanyakkan amalan sunat. Insya-Allah, ia jadi saluran barakah yang
melancarkan proses penulisan.
Semoga terinspisari.
P/s mana-mana rakan yang ada proposal nak tulis buku motivasi
berdasarkan kisah hidup dan pengalaman, boleh PM saya ya. Ada projek bagus.
Manuskrip ditagih, penulis tiada. Ater.. camner?
June 07, 2017
#NakTulisApa?
Salam 13 Ramadan
Niat asal saya untuk lebih banyak mendiamkan diri di bulan Ramadan ini tidak berjaya. Lalu titik muhasabah itu bertukar dengan niat untuk terus berkongsi ilmu khususnya mengenai penulisan. Ini antara posting yang saya muatkan dalam Facebook yang saya kendalikan iaitu Nota Editor:
Baru-baru ini seorang pensyarah IPTA datang menjengah ofis.
Saya agak terkejut, maklumlah datang tanpa temu janji dan dalam masa yang sama
sedang kalut menguruskan sesi fotografi yang sudah ditetapkan.
Rupa-rupanya dia datang untuk bertanya prosedur untuk
menghantar tulisan. Beliau mengunjuk kad yang tertera nama dan kelulusannya.
Kami berdua bersembang panjang juga, apa tah lagi saya tertarik mendengar
kajian tesis beliau mengenai pembentukan kolesterol dan penyakit berkaitan dengannya. Saya memberi sedikit pendapat tentang apa yang perlu dan
tidak perlu untuknya sewaktu hendak menulis:
1. Tulis dahulu mengenai bidang/ kemahiran yang kita tekuni/ kuasai. Pendek kata kongsilah ilmu yang mana kita benar-benar arif mengenainya. Apabila menulis sesuatu yang kita arif dan mahir, ini mengurangkan masa untuk kita membuat banyak kajian mengenai topik yang ditulis.
2. Sebelum menulis, lakukan sedikit kajian mengenai majalah-majalah yang berada di pasaran. Ambil sedikit info tentang isu apa yang disentuh oleh majalah tersebut. Jika Majalah Anis, sudah pasti tumpuannya ialah pada isu-isu kekeluargaan yang dekat dengan pembaca wanita.
Jika anda berminat menulis buku, dapatkan gambaran corak dan gaya penulisan yang diamalkan oleh penerbit-penerbit yang sedia ada seperti Galeri Ilmu, Karangkraf, PTS dan lain-lain.
3. Menulis dengan bahasa Melayu Tinggi. Elakkan penggunaan bahasa yang berat dan sukar difahami, lebih-lebih lagi yang melibatkan istilah saintifik dan agama. Sedapat mungkin cari terjemahan maksud dalam bahasa Melayu. Ingat ya, penulis adalah perantara yang memudahkan penyampaian ilmu kepada pembaca. Semakin sukar kalimah yang ditemui, semakin menjauhkan jarak penulis dengan pembaca.
4. Kenal pasti siapa khalayak pembaca. Rajin-rajinlah membuat kajian dengan bertanyakan pendapat orang lain, apakah isu-isu yang mereka mahu tahu (yang berkaitan dengan bidang dan kemahiran kita). Kadangkala hal-hal yang kita rasakan remeh-temeh dan 'simple' pun masih ramai yang tidak tahu. Di situ peluang bagi penulis untuk mengetengahkan dan memberi solusi terbaik bagi sesuatu isu yang diutarakan.
December 05, 2014
Tip Penulisan - Sindrom Editor's Block
Assalam, copy paste daripada status terkini di FB saya, mudah-mudahan bermanfaat untuk yang mahu berjinak-jinak dalam dunia penulisan.
'Hari ini semua artikel sudah dihantar kepada artis grafik. Jadi rasa sangat-sangat lega. Kepala pun sudah ringan kembali sebelum berperang dengan deadline baru. Kali ni saya nak kongsi semula tip-tip penulisan. Kita sembang mengenai sindrom yang dialami para editor.
1. Bukan saja penulis dilanda sindrom writer's block, editor juga menghadapinya.
2. Masalah ini boleh diatasi apabila terdapat aliran idea yang baik dan tersusun daripada para penulis.
3. Penyuntingan artikel dan sebagainya menjadi lebih mudah apabila penulis sudah jelas motif penulisannya.
4. Penulis yang korup idea memberi efek pada editor juga. Jangan harap sentuhan miracle daripada editor jika unsur 'wow' tidak dicipta oleh penulis terlebih dahulu.
5. Penulis sebaiknya melakukan suntingan awal pada tatabahasa dan gaya bahasanya (self editing)
6. Perap idea dulu kemudian baca. Sebarang kejanggalan pada struktur ayat perlu diperbaiki. Namun ia agak mencabar apabila deadline yang mendesak.
7. Sentiasa punya rasa ingin memperbaiki penulisan dgn membaca semula artikel yang tersiar.
8. Banyak membaca dan jadikan tulisan orang lain sebagai rujukan.'

February 19, 2014
Tip Penulisan: Hubungan Penulis & Pembaca?
Penulis yang baik selalu meletakkan dirinya sebagai pembaca. Jadi berusahalah memahami apa kehendak pembaca. Misalnya, penggunaan bahasa yang mudah dan 'catchy', artikel yang ringkas dihiasi warna-warni dalam reka letak juga memainkan faktor utama pembaca terus melekat pada bahan bacaan tersebut.
Tiba-tiba hari ini ilham datang untuk berkongsi tip penulisan ini lantas saya terus 'post' di status Facebook saya. Saya bukanlah seorang penulis hebat yang layak hendak memberi tip itu dan ini - cuma peluang diberi Allah menekuni bidang penerbitan, sedikit sebanyak pengalaman itu boleh saya kongsika di sini.
Apa kaitan penulis dan pembaca? Seorang penulis sama ada buku, majalah atau mana-mana media sekalipun memerlukan pembaca untuk menghayati apa yang ditulis. Untuk menjadi seorang penulis yang baik, dia perlu letakkan dirinya sebagai seorang pembaca terlebih dahulu. Apa yang anda suka baca pada sesebuah karya atau artikel, maka itulah yang anda perlu terapkan ketika menulis untuk ditatap pembaca lain. Teorinya mudahkan?
Itu saja perkongsian kali ini. Sebenarnya banyak lagi tip-tip penulisan yang ingin saya kongsikan, selalunya ia terbit apabila ditanya oleh rakan-rakan atau sesiapa yang saya temui mengenai bidang penulisan. Doakan saya terus diberi ilham dan dapat mengumpul 101 tip penulisan yang boleh membantu insan-insan lain menulis. Yes, everybody can write!
Jika anda punya persoalan, emelkan kepada saya: shimahabdulrahman@gmail.com
December 25, 2012
Bersama Teh Syuhaida
Semalam Cuti Krismas, pasti anda berjalan-jalan bersama seisi keluarga bukan? Saya pula dan Team ANIS seharian suntuk di Taman Botani, Putrajaya. Untuk apa? Kami mengadakan sesi fotografi untuk Cover Anis bulan seterusnya iaitu isu Februari 2013.
Ha, gempak sedikit bulan ini sebab kami mahukan kelainan untuk sesi tahun 2013 dengan hiasan cover yang lebih segar dan ceria.
Siapa bakal Cover Girlnya? Siapa lagi kalau bukan Teh Syuhaida Sharip, Pengacara Wanita Hari Ini, TV3. Walaupun cuti umum, tapi beliau sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama sepenuhnya, biarpun kami bertukar beberapa lokasi.
Banyak tempat menarik di dalam Taman Botani, Putrajaya ni, saya sendiri pertama kali datang ke sini. Sebelum masuk menaiki tren khas, kami disambut oleh Timbalan Pengarah Taman Botani iaitu Tuan Mohd Niza Abdul Aziz yang datang dengan sut bikersnya. Wah terharunya...
Dalam bual-bual ringan itu tak sangka beliau sangat aktif dengan acara berbasikalnya dan sempat berkongsi mengenai keistimewaan yang ada di Taman Botani ini. Harapnya, kami para penggiat media boleh menyebar luaskan lagi peranan mereka di sini. Insya-Allah.
Dalam sesi fotografi, Team ANIS disertai dua orang pelatih dari KIPSAS yang mengambil jurusan Media Islam. Ha, baru mereka tahu penatnya untuk mengadakan sesi fotografi di luar (outdoor). Apa tah lagi apabila hujan tiba-tiba turun, nak buat macam mana?
Namun itu adalah asam garam dalam penerbitan media, walaupun cuti umum, anda harus bekerja demi mendapatkan kualiti yang terbaik.
Untuk anda, jika mahu tahu apa cerita menarik mengenai Teh Syuhaida, nantikan ANIS edisi Februari 2013 nanti. Banyak isu menarik bakal menemui anda.
| Sebelum Cover Girl muncul, perlu ditentukan dahulu lokasi dan pencahayaannya. |
| Wartawan ANIS sedang buat apa tu? Tembak lighting ke arah Teh Syuhaida. |
| Sudah puas posing di tiang, bergaya di depan pintu di Astaka Morocco di Taman Botani, Putrajaya. Memang cantik seni binanya. |
| Teh Syuhaida tersenyum manis. |
| Yang di belakang tu, anak saya Maryam. Kasihan kalau asyik ditinggal di rumah, boleh juga belajar ... |
| Hebat sungguh tuan jurufoto ini, Sdra Nazir Sufari sampai perlu dipayungkan. Sebenarnya hujan mula turun. |
| Lokasi seterusnya. |
| Ini pula di Jambatan Canopy - serba hijau menggamit tenang dan damai. Hilang stres kan? |
| Tiba-tiba ada satu famili nak bergambar dengan Teh Syuhaida. Tidak apa, beri laluan saja. |
| Sempat juga berposing tapi selepas kami menunaikan solat di Masjid Putra. Lepas itu makan beramai-ramai. menghadap Tasik Putrajaya yang indah. |
October 05, 2012
Peranan Seorang Editor
Pagi tadi saya diserang migrain lagi. Sebenarnya sudah lama tidak diserang migrain - saya fikir ini pastinya gara-gara penangan 'deadline' yang perlu diselesaikan pada hari ini juga. Aduhai ... nasib seorang Editor, walaupun mahu cuti MC, tapi terpaksa dikorbankan hati dan perasaan.
Kunjungan Pelawat
Saya masuk ke ruang pejabat lebih kurang jam 11 pagi tadi selepas migrain di kepala berkurangan (setelah memaklumkannya melalui SMS kepada Pengurus Majalah). Dalam perjalanan ke ofis yang hanya memakan masa lima minit sahaja saya singgah sebentar membeli panadol di petrol pam berdekatan.
Apabila melangkah masuk, tiba-tiba satu grup pelawat masuk ke ruang Editorial. Sememangnya pejabat GISB sering menjadi pilihan para pelawat yang ingin meninjau lebih dekat proses penerbitan Majalah Anis, Asuh mahu pun Q&A, majalah terbaharu kami.
Proses penerbitan
Cuma apa yang membanggakan saya apabila dimaklumkan grup pelawat ini merupakan tim Editorial Majalah Sinergi dari syarikat Sinergi Media. Membanggakan apabila mengetahui majalah kompek yang dihulurkan kepada kami ini adalah buah tangan siswa-siswi dari Universiti Teknologi Petronas. Meskipun berbeza jurusan daripada bidang Komunikasi Massa, anak muda ini sama-sama berganding bahu menerbitkan majalah khusus untuk golongan remaja seperti mereka. Malah Editornya iaitu Nurul Rawaida Ain bt. Burhani dan teman-temannya yang lain masing-masing sedang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan PhD. Bermula dengan modal yang diusahakan secara kolektif, cita-cita kecil ini akhirnya berjaya direalisasikan ke pasaran dengan jumlah terbitan terkini sebanyak 10,000 naskhah. Biarpun diterbitkan hanya 4 bulan sekali namun saya amat kagum melihat cita-cita besar mereka dalam mengemudi pemikiran anak muda kita yang kini berdepan dengan pelbagai pancaroba.
Sesi perkongsian
Dalam sembang-sembang santai ini, saya cuba berkongsi peranan seorang Editor dalam membawa hala tuju penerbitan sesebuah majalah. Bermula dari sesi brainstroming hinggalah ke peringkat akhir ia dicetak - segalanya perlukan team-work yang padu dengan dipandu seorang Editor yang perlu tegas dalam mencapai sesuatu 'deadline'. Ayat mudah saya, "By hook or by crook, majalah perlu disiapkan ikut tarikhnya tidak kira kita sakitkah, peningkah, mahu kahwin atau sebagainya ... " sambil disambut ketawa mereka.
Banyak lagi tip-tip yang dikongsi selain proses penerbitan yang amat memberangsangkan minat mereka, bagaimana melakukan promosi dan sebagainya demi memastikan mereka mencapai 'target' pada setiap keluaran.
Nampaknya mereka amat berpuas hati malah menyatakan ingin mendapatkan lagi penjelasan untuk sesi akan datang. Janji saya insya-Allah jika saya punya kelapangan waktu pulang ke Ipoh, Perak (kediaman ibu bapa saya), mana tahu saya diizinkan Allah, saya boleh melencong ke Tronoh untuk bertemu mereka semula.
Pendek kata, saya 'jatuh cinta' dengan semangat dan jiwa anak muda seperti mereka!
Saya kongsikan foto-foto lawatan Team Editorial Majalah Sinergi:

| Pertama kali bertentang mata dengan Editor Majalah Sinergi, Nurul Ruwaida Ain (kanan). |
| Kagum dengan semangat anak muda yang berwawasan tinggi ini. |
| Tn. Hj. Wan Azmin, Pengarah Penerbitan GISB (tiga dari kiri) membawa grup ini ke bilik DTP Artist. |
| Agak-agaknya apa yang sedang diperkatakan Sdra. Amir Hamzah (kiri) Editor Buku GISB ini ya. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Catatan 17.10.2018
Pagi ini saya ada temujanji di Jabatan X-Ray, Hospital Selayang. Alhamdulillah, anakanda Syamil tolong hantarkan saya di si...
-
Jerit perih pasangan ini dalam menurunkan berat badan berbaloi malah usaha mereka kini menjadi penawar buat ramai insan lain yang mengalami...
-
Pada 8 hingga 12 Disember lalu, saya berkesempatan menjejakkan kaki ke Beijing, China. Syukur, alhamdulillah. Sudah lama rasanya mahu menjej...