Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera.
Anak-anak
perempuan sememangnya menggemari kisah-kisah sang puteri. Cinderella, Snow White, Rapunzel antara contohnya. Malah, alam
Melayu juga punya kisah-kisah menarik begini. Masih terbayang-bayang kesedihan
hati membaca kisah Bawang Putih Bawang
Merah, juga si Melor dan Tanggang
yang menjadi anak yatim piatu apabila ibu mereka ditelan batu belah batu bertangkup.
Bagaikan
suatu kebetulan - semua kisah-kisah ini berputar pada permulaan kisah tragis
dan sedih belaka. Anak tiri yang diseksa dan bernasib malang namun takdir hidup
mereka berubah seratus peratus apabila dikahwini anak raja. Tidak dinafikan kisah-kisah
begini ada pengajaran dan nilai murninya. Anak-anak kita dididik agar tidak bersikap
sombong dan angkuh serta menganiaya orang lain. Di samping itu, kesusahan dan
dan kesulitan seorang insan itu pasti diganjari dengan kemudahan dan kesenangan
di kemudian hari, insya-Allah.
Agak
saya kisah-kisah ‘happy ending’ – membina bahagia dengan bertemu cinta sejati
kemudian hidup senang-lenang dan kaya raya - menjadi faktor ia menjadi kegemaran ramai hatta sehingga ke
hari ini. Namun bagaimana pula agaknya jika kisah-kisah ‘sad ending’ seperti si
puteri yang asalnya kaya raya tetapi sanggup berkorban apa sahaja untuk cinta sejati
(true love) yang ditemui?
SUMBU
ANIS bulan ini akan mengangkat tema cinta luhur antara Sayidatina Siti Khadijah
r.a. dengan Nabi Muhammad SAW. Cinta Khadijah bukan cinta biasa-biasa kerana
berpaksikan keimanan yang mutlak terhadap Allah SWT. Maka tidak hairanlah Nabi
SAW tetap menyanjungi dirinya biarpun dia sudah tiada.
Itulah
salah satu keunggulan ‘first lady’ di hati Baginda SAW yang mekar dan mengharum
jasanya dalam dunia Islam. Khadijah r.a. - bukan saja wanita pertama memeluk
Islam tetapi keindahan peribadinya yang bukan saja rupawan tetapi hartawan dan
dermawan.
Keberadaannya
di sisi Baginda SAW umpama perisai yang setia - membelai, memujuk, mendorong
malah berkorban segala apa yang dia miliki demi melihat sinar Islam tegak di
muka bumi. Moga-moga dalam visi dan azam menjadi ‘supermom’ yang serba boleh di
era milenium ini, nama Ummahatul Mukminin ini menjadi contoh teladan di ranking
pertama!
Selamat Datang
2015
Jendela
2015 kini semakin terbuka. Tahun ini bermakna ANIS memasuki ambang ke-18 tahun
dalam dunia penerbitan tanah air. Bermula dengan niat untuk mengajak para
wanita menghayati peranan sebenar tugas seorang isteri dan ibu dalam mencorak
keluarga bahagia, sokongan yang kami terima daripada para pembaca dan seluruh
masyarakat tidak berbelah bahagi.
Insya-Allah,
Team ANIS akan sama-sama berusaha untuk sentiasa meng’upgrade’ ANIS agar bertambah
mantap dan berkualiti dari semasa ke semasa. Mulai isu Januari 2015 ini
terdapat 15 kolum baharu diperkenalkan dengan barisan panelis dari pelbagai
lapangan. Antara kolum-kolumnya ialah :
Ragam
Anak Muda,
Mahmudah vs Mazmumah,
Aksara Hati, Kamus Taharah,
Tarbiyatul Aulad,
Inspirasi Asmaul Husna,
Biar Berbekas,
Dari Menara UniKL
Bijak Zakat, Ma
Ma’na,
Wanita & Hadis,
Akidah Mukmin,
Ya Badratin dan
Zikir Harian.
Selamat
membaca. Kami mendoakan agar mudah-mudahan ilmu, iman dan takwa kita akan
bertambah mantap seiring meniti perjalanan menuju destinasi abadi. Amin.
Jangan lupa dapatkan Anis Januari 2015 yang berwajah baharu. |
No comments:
Post a Comment