Anis Februari 2015 yang menampilkan blogger Maria Elena Zarul yang berkongsi panduan kepada para blogger. |
“Apa aku akan dapat? Aku pun susah juga, tak ada siapa pun nak tolong... .” Dialog hati seperti ini sering merantai hati. Itulah sifat hati - mahu buat baik tetapi masih berkira-kira.
Oleh
itu, formula utama untuk suburkan sifat pemurah dan suka memberi, kita perlu selalu
mujahadah. Mula-mula terasa sakit, tetapi bila sudah selalu dibuat, pasti terasa
manisnya. Dalam soal bersedekah, sering ingatkan janji-janji Allah yang pasti
tidak akan dimungkiri.
Firman-Nya: “Bandingan
(derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama
seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu
pula mengandungi seratus biji, dan (ingatlah), Allah akan melipat-gandakan
pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat)
kurnianya, lagi meliputi ilmu pengetahuannya.” (Al-Baqarah 2: 261)
Dalam
kitab Syamail Rasulullah SAW, Cahaya Di
Atas Cahaya yang disunting dan disempurnakan oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad
Fahmi Zamzam, yang dipetik daripada kitab Sairus
Salikin susunan Syeikh Abdus Samad al-Falimbani diperjelaskan satu persatu
sifat pemurahnya Rasulullah SAW. Baginda tidak pernah menghampakan sesiapa yang
berhajat kepadanya. Malah sifat pemurah Baginda itu dikatakan begitu kencang di
bulan Ramadan, hingga diibaratkan seperti angin kuat yang berhembus.
Pernah
suatu ketika Baginda SAW menerima wang sebanyak 90 dirham, lalu diletakkan di
atas tikar dan wang itu dibahagi-bahagikan. Tiada seorang pun yang meminta
melainkan dibahagikan dan dihabiskan semuanya. Tiba-tiba datang seorang lelaki
dan meminta sesuatu kepada Rasulullah SAW. Baginda bersabda, “Sayang sekali saya sudah tidak punyai
apa-apa lagi, tetapi belilah sesuatu dengan berhutang dan hutangnya itu di
bawah tanggungan saya. Saya akan membayarnya.”
Sayidina
Umar Ibnu al-Khattab yang menyaksikan peristiwa itu menegur Nabi, “Ya
Rasulullah, Allah SWT tentunya tidak akan memaksa sesuatu yang tuan tidak mampu
melakukannya.” Nabi SAW ternyata kurang senang mendengar ucapan Sayidina Umar
r.a.
Tiba-tiba lelaki tadi bersuara, “Belanjakanlah hartamu dan janganlah kamu
takut kekurangan dari Tuhan yang menguasai Arasy.” Mendengarnya, terpancar
kegembiraan yang jelas terukir pada wajah Baginda yang mulia itu.
SUMBU
ANIS bulan ini mengangkat tema kelebihan sifat memberi dan bersedekah. Insya-Allah,
semakin kita memberi semakin murah rezeki kita. Dapatkan tip-tip untuk
mengikhlaskan hati dalam memberi dan bagaimana wanita selaku isteri dan ibu
mahu terapkan sifat baik ini kepada sesama ahli keluarga. Sama-samalah kita
menyuluh diri.
No comments:
Post a Comment