Jerit
perih pasangan ini dalam menurunkan berat badan berbaloi malah usaha mereka
kini menjadi penawar buat ramai insan lain yang mengalami masalah serupa.
Dr. Mahathir Mohamed dan Dr. Nurhalina Azly Minhat. |
Siapa
sangka orang yang banyak membantu ramai insan dalam program penurunan berat
badan ini suatu ketika dahulu pernah dilanda masalah obesiti. Dengan berat
badan sebanyak tiga digit, Dr. Mahathir Mohamed, 37, hampir berputus asa kerana
masih gagal mengurangkan berat badannya biarpun pelbagai usaha telah
dijalankan.
Antaranya
beliau bersenam dan berjoging sejauh 800 meter hampir setiap hari di samping
mengamalkan pemakanan produk pelangsingan badan yang disyorkan rakan-rakan yang
bersimpati dengan nasib beliau.
Pemilik
Klinik Timeless yang menawarkan perkhidmatan anti-penuaan dan keremajaan kulit
di Kelana Jaya ini mengimbau, “Ketika bertugas di Sarawak dahulu, berat badan
saya mencecah 110 kg. Saya mengaktifkan diri dengan bersenam dan berjoging
namun berat badan saya macam yo-yo,” ujarnya tersenyum melihat isterinya, Dr.
Nurhalina Azly Minhat, 37, yang turut dilanda masalah berat badan selepas
melahirkan anak.
Hasil ujian
darah
Kesedaran
untuk menurunkan berat badan mulai timbul pada tahun 2006 iaitu apabila Dr.
Mahathir kematian sepupunya akibat penyakit jantung ketika berusia awal 40-an. Beliau
mengajak isterinya untuk menjalani ujian darah.
Hasil ujian darah kedua-duanya membongkar fakta yang menggerunkan. Kadar
kolesterol begitu tinggi di dalam darah, begitu juga paras gula menghampiri
penyakit diabetes. Apatah lagi sejarah keluarga beliau kebanyakannya mengidap
diabetes di samping ibunya sendiri menghidap kanser.
“Setelah
bersusah-payah dan tiada tanda-tanda kejayaan, saya rasa ‘give up’ dan
berasakan biarlah badan saya seperti ini sampai bila-bila. Sehinggalah kami
berdua pulang semula ke Semenanjung dan membuka klinik pertama di Taman Dato
Harun. Pada waktu itu isteri sudah melahirkan anak kedua, tetapi saya masih
‘mengandung’ lagi. Alasan saya senang nanti hendak mendukung anak sebab ada
perut besar,” kenang Dr. Mahathir sambil ketawa.
Pesakit terkedu
Ketika
bertugas di kliniknya, berlaku suatu peristiwa yang cukup mengetuk mindanya
selaku seorang doktor bertauliah. Suatu hari seorang pesakit datang ke klinik
beliau, tetapi sebaik melihat fizikal Dr. Mahathir, dia secara tiba-tiba membatalkan
hasrat untuk mendapat rawatan.
“Ketika
dia melangkah masuk, saya dapat melihat reaksi wajahnya yang terkedu melihat
saya. Apabila saya bertanya kenapa dia tidak jadi mendapatkan rawatan dia
berkata, ‘Tujuan saya datang ini untuk bertanya bagaimana hendak turunkan berat
badan tetapi saya lihat doktor pun sama. Dari situ saya mula berfikir,” sambung
Dr. Mahathir.
Rentetan
peristiwa tersebut menggerakkan hati Dr. Mahathir untuk mendalami bidang
perubatan berkaitan hormon. Dua tahun tempoh dilalui menyingkap misteri
berkaitan masalah berat badan yang dialami selama ini.
Dr.
Mahathir mengulas, “Masalah berat badan ini berlaku disebabkan hormon di dalam
badan seseorang itu tidak seimbang. Selepas beroleh ilmu tersebut saya cuba
mengaplikasikannya pada diri sendiri dan alhamdulillah saya berjaya menguruskan
badan daripada berat 110 kilogram kepada 75 kilogram sekarang ini,” ujar beliau
bersyukur bertemu formula tepat dalam menurunkan berat badan.
Sementara
itu, Dr. Lina pula berjaya menurunkan berat badannya daripada 75 kg kepada 56
kg. Dr. Mahathir berjaya mencapai bentuk tubuh yang ideal dalam tempoh setahun
manakala Dr. Lina dalam masa empat bulan sahaja.
“Sewaktu
saya obes saya cukup terasa betapa beratnya dugaan yang dialami. Mana tidaknya,
sekali makan tiga keping roti canai, itupun rasa belum cukup lagi. Apabila
sudah kurus begini terasa satu rahmat kerana badan kini lebih sihat dan segar,”
ulasnya di sambut senyuman isteri tersayang yang turut mengalami nikmat
kesihatan. Penampilan keduanya bukan sahaja semakin langsing malah tampak lebih
aktif sesuai dengan status mereka yang bergelar doktor.
Ternyata,
gelaran ‘Doktor Obes’ buat mereka hanya tinggal sejarah. Malah kini ia
membuahkan seribu rahmat apabila mereka berjaya membantu ramai pesakit lain
yang telah mengikuti program penurunan berat badan di Klinik Timeless yang
bermula sejak 2008.
Kawal
Pemakanan
Sembilan puluh peratus proses penurunan berat badan ditentukan oleh gaya
pemakanan.
Melalui
program penurunan berat badan di Klinik Timeless, gaya pemakanan seorang
peserta akan diperbetulkan terlebih dahulu bagi memastikan proses penurunan
berat badan berjaya dicapai. Kaedah yang diguna pakai ialah 90 peratus kawalan gaya pemakanan dan
hanya sepuluh peratus pada teknik senaman yang benar-benar efektif.
Dr.
Mahathir mengulas, “Apa yang penting disiplin diri dan kekuatan untuk istiqamah
terutama pada dua bulan pertama kerana para peserta program tidak dibenarkan
makan di luar. Mereka juga perlu memasak sendiri bagi tujuan mengawal kalori
makanan yang dimakan. Karbohidrat yang ‘simple’ seperti nasi tiada langsung
dalam kamus mereka bagi menggalakkan lemak badan dibakar.”
Peserta
program sebelum itu diambil latar belakang dan sejarah kesihatan diri dan
keluarga. Seterusnya ujian darah diambil bakal menentukan tahap keseimbangan
hormon mereka.
“Sesetengah
wanita yang sudah menopaus akan mengalami hormon yang tidak seimbang. Jadi kami
perlu seimbangkan hormon mereka terlebih dahulu.”
Sejenis
hormon iaitu Hormon Chorionic Gonadotropin (HCG) turut digunakan untuk membantu
proses penurunan berat badan. Fungsinya
iaitu menstabilkan fungsi hipotalamus pada otak iaitu pusat memberitahu
badan kita sama ada dalam keadaan lapar atau kenyang.
HCG
juga pusat kawalan hormon di dalam badan, di samping mengawal kadar
metabolisme.
“Apabila
rawatan HCG digabung dengan pemakanan rendah kalori, pembakaran lemak akan
berlaku dan dipercepatkan,” tambah Dr. Mahathir mengenai kaedah pembakaran
lemak yang diaplikasikan di pusat rawatannya.
Biasanya,
dalam program diet selama dua bulan itu, kaum lelaki dapat menurunkan sebanyak
15-20 kg berat badan, manakala orang perempuan sebanyak 8-15 kg. Bagaimanapun
jumlah penurunan berat badan bergantung kepada tahap hormon seseorang itu.
“Cara
pemakanan begini bukannya perlu diamalkan seumur hidup. Selepas berjaya
menurunkan berat badan kita akan lebih mudah mengawal. Yang penting ketika
makan apabila sudah berasa kenyang tidak perlu ditambah lagi nasi atau mi dalam
hidangan, maknanya cukup kita hanya makan separuh hidangan dan ikut keperluan,”
tambah Dr Lina.
Salah Anggapan
Menurut
Dr. Mahathir apabila corak pemakanan seseorang indivitu itu dapat diubah, bukan
sahaja masalah obesiti dapat diatasi, penyakit-penyakit berbahaya seperti
serangan jantung, strok, darah tinggi dan kencing manis dapat dihindarkan.
“Sebagai
contoh, ramai mengatakan apabila seseorang menghidap penyakit darah tinggi atau
kencing manis dan diberi dos ubatan tertentu maka si pesakit tidak ada harapan
untuk sembuh. Malahan, pesakit itu akan berdepan dengan pelbagai penyakit yang
lebih kronik apabila ubatan yang dimakan memberi kesan sampingan terhadap buah
pinggang.”
Bagaimanapun
kajian klinikal membuktikan dengan membaiki corak dan gaya pemakanan,
penyakit-penyakit tersebut dapat dielakkan.
“Dengan
izin Allah, ada peserta yang mengikuti program kami dahulu memakai insulin
tetapi kini tidak bergantung lagi dengannya. Begitu juga penyakit-penyakit
kronik yang lain,” tambah Dr. Mahathir dan Dr. Lina yang gembira kerana dapat
memberi nafas baharu kepada insan lain.
Tambah
mereka, apabila seseorang itu semakin sihat, nikmat tersebut boleh disalurkan
dengan pelbagai aktiviti kebajikan yang lain. Malah yang lebih utama dapat
menunaikan ibadah dengan lebih sempurna.
Jika anda berminat menghubungi mereka sila klik di sini.
6 comments:
Terima kasih atas artikel yang sungguh bermakna ini!
*masih dalam proses untuk mendapatkan berat badan yang ideal untuk diri sendiri* >,<
Saudari Latifah boleh dapatkan tip dan pandangan Dr. Mahathir dari Timeless. Sudah ramai yang mendapat manfaatnya termasuklah diri saya sendiri.
Saya berkenalan dengan pasangan ini melalui Ustaz Hasrizal A Jamil (Kolumnis Majalah Anis - Bekal Di Jalanan) yang telah mengikuti program diet di klinik mereka. Saya yang membuat liputan mengenai kisah mereka turut mendapat manfaat dari sudut penjagaan kesihatan. Tidak rugi kita niat langsingkan badan untuk menjaga kesihatan kerana ia adalah aset yang cukup berharga. Terima kasih kembali.
salam..maaf brtanya dimana ya klinik timeless ni?
Klinik ini terletak di Kelana Jaya. Anda boleh lihat di hujung artikel, saya terus linkkan kepada blog Dr Nurhalina.
Post a Comment