November 13, 2012

ANIS DISEMBER 2012 In The Making

Taufan Sandy hampir melumpuhkan warga New York dengan kerugian berbilion USD. Di tanah air kita apa kurangnya, bahang bencana akhir tahun iaitu banjir sudah mula dirasai dengan penduduk terpaksa dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat. 

Namun bagi kami warga media, apapun bencana yang datang melanda, 'life must be go on..." Deadline tetap seperti biasa, tiada kompromi. Saya sendiri hampir seminggu mengidap batuk yang teruk. Tapi demi komitmen pada tugasan iaitu menyiapkan Majalah ANIS kesayangan anda, semuanya itu diketepikan. Moga-moga pengorbanan itu Allah nilai di sana sebagai saham yang akan menebus diri ini daripada azab-Nya.

Dugaan dalam hidup memang tidak boleh diduga. Begitu juga dengan sesi fotografi Anis kali ini. Biarpun cadangan awal kami untuk mengadakan sesi fotografi di sebuah resort di pinggir ibu kota bagi menggambarkan suasana percutian, tetapi terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir. Maka Plan A bertukar menjadi Plan B. Walaupun agak kecewa tetapi kami menerima ini sebagai satu takdir. Yang penting kita telah berusaha untuk melakukan yang terbaik. 

Alhamdulillah, akhirnya Emperor Classic - syarikat perabot mewah sudi menaja lokasi untuk sesi fotografi cover ANIS kali ini. Untuk makluman Penghias Kulit ANIS Disember ini menampilkan dua insan yang bagaikan ibu dan anak; iaitu Siti Nordiana Alias (Penyanyi) dan Yani Bachtiar, seorang usahawanita berjaya dalam perniagaan busana Muslimahnya di Kenanga Wholesale City. Walaupun pernah mengalami kesukaran dalam hidup, kedua-dua ibu sangat mementingkan keluarga dan menjadikan percutian sebagai terapi diri dan keluarga.

Untuk anda, jangan lupa dapatkan ANIS Disember 2012 ini. Tajuk Fokusnya Cuti-cuti Jadi Ibadah. Banyak tip-tip percutian atau pelancongan yang boleh diaplikasikan untuk diri dan keluarga agar ia menjadi ibadah di sisi Allah. Insya-Allah, percutian anda yang biasa-biasa akan jadi 'luar biasa'. Selamat membaca... . 

Mencari sudut fotografi yang terbaik. 

Teknik pencahayaan amat penting dalam sesi fotografi 'indoor'.

Props atau aksesori juga penting bagi menaikkan seri. 

Pemakaian tudung - biar  labuh dan betul-betul menutup dada. 

Wartawan ANIS, Noor Hajidah sedang menembual Siti Nordiana (Nana) untuk Promo ANIS Disember 2012 .

Sdra. Hussin Omar sedang merakam suasana sesi fotografi ANIS Disember 2012. 
Akhirnya selesai sudah ... setelah seharian berkampung di Emperor Classic, Jalan Semantan.  Foto kenang-kenangan sahaja. 



No comments:

Catatan 17.10.2018

Pagi ini saya ada temujanji di Jabatan X-Ray, Hospital Selayang. Alhamdulillah, anakanda Syamil tolong hantarkan saya di si...