Kami tidak terus ‘check-in’ hotel sebaliknya terus dibawa
ke Summer Palace atau Istana Musim Panas yang didirikan pada zaman Dinasti
Qing. Pemandu pelancong kami iaitu David Yang memberitahu, taman diraja yang
terbesar di China ini sangat cantik pada musim panas. Ia mekar indah dengan pohon
teratai yang berkembang menghiasi Tasik Kunming. Biarpun airnya sudah membeku
dan kami hanya menatap deretan pohon-pohon kering di sekelilingnya, ia tetap
menghadiahkan panorama menarik.
“Jika anda berjaya menawan Tembok Besar China, anda
adalah lelaki sejati!” Kata-kata popular di kalangan warga China ini menggambarkan
pengiktirafan tinggi bagi yang berjaya menawan kubu bersejarah ini.
Melihat binaan hebat yang dibina merentasi laluan sepanjang
8000 km ini, dapat dirasai kehebatan pemerintah China sebelum ini.
Namun, anda perlu tahu di sebalik kehebatan Tembok Besar
China yang dibina daripada jutaan batu-bata, ia
juga dikatakan dibina dari juraian air mata. Ini kerana para zaman
dahulu ramai kaum lelaki terpaksa berpisah dengan anak isteri lantaran dikerah
menjadi buruh paksa tanpa bayaran upah.
Teruja dengan kemegahannya, kami tidak peduli dengan cuaca
sejuk yang dialami. Rombongan kami yang diikuti kanak-kanak berusia lima tahun
hingga warga emas berusia 75 tahun, tetap meneruskan pendakian. Dalam masa satu jam setengah diberikan, ramai
yang telah bergelar wira dan wirawati di Tembok Besar China ini. Syabas
diucapkan!
Jika hari kedua, kami melawan arus sejuk untuk menawan
Tembok Besar China lain pula ceritanya pada hari ketiga kami di Beijing. Kami
terpaksa berjalan sejauh 8 km untuk merentasi Medan Tiananmen yang menyaksikan
medan kebangkitan rakyat China. Destinasi bersejarah ini terus bersambung
dengan Forbidden City atau Kota Larangan yang menempatkan istana Maharaja China
dari pelbagai dinasti.
Saya dan ahli rombongan berjalan masuk sambil mengira
berapakah jumlah pintu gerbang yang kami lepasi. Masya-Allah, kesemuanya berjumlah
tujuh lapis pintu gerbang sebelum kami benar-benar tiba di kediaman maharaja di
hujungnya.
Betapa strategik dan ketatnya pengawalan istana Maharaja
China yang mula diasaskan oleh Dinasti Han pada tahun 260 Sebelum Masihi ini.
Kunjungan di hari terakhir juga amat menarik. 2008
mencatat sejarah bagi negara China yang menganjurkan Sukan Olimpik. Di celah-celah kota metropolitan yang pesat
membangun, stadium ini menjadi kunjungan wajib buat para pengunjung di Beijing.
Dalam keterbatasan masa yang ada, kami bersyukur kerana
dihadiahkan pengalaman manis seperti upacara minum teh China yang unik dan
tersendiri. Selain itu lawatan ke pusat perusahaan kain sutera, Muzium Jed dan
Kristal di Ming Tombs, persembahan akrobatik, perusahaan ‘Burning Cream’ dan
‘Foot Massage’ ala Tibet mendekatkan kami lagi dengan budaya dan gaya hidup
warga China di Beijing.
1. Penerbangan KL-Beijing hanya memakan masa 5 jam sahaja.
2. Waktu di Malaysia dan Beijing adalah sama.
3. Bawa baju dan pakaian yang sesuai untuk musim sejuk.
Sarung tangan, mafla atau penutup muka bagi menghadapi angin sejuk.
4. Kasut yang sesuai ketika memanjat Tembok Besar China
kerana keadaannya agak licin dan haus.
5. Bawa tisu basah untuk kegunaan istinjak kerana tandas di
sini tiada kemudahan paip air.
“Ini kali pertama saya ke luar negara bersama anak,
menantu dan cucu. Memang seronok kerana banyak tempat dilawati. Walaupun tidak
berjaya menawan Tembok Besar China tapi saya tetap mendaki untuk merasakan
pengalaman manis itu.”
Pelajar IPTS
“Ini pengalaman pertama saya ke Beijing yang tidak
disertai ibu bapa. Maknanya saya jadi ‘ibu bapa’ kepada dua orang adik saya. Di
sini saya kagum melihat kehebatan sejarah dan tamadun China terutama di
Forbidden City yang dibina begitu kukuh dan strategik.”
Istana Musim Panas – bandar diraja terbesar di China.
|
Tasik Kunming menjadi beku - di musim panas dipenuhi teratai yang mekar berkembang. |
Tradisi minum teh orang - cara hidangan dan teknik minum teh China memperlihatkan seni budaya China yang begitu halus dan tertib dalam setiap perkara. |
Kenangan bergambar di Tembok Besar China. |
Saya dan Saadiah dan anak-anaknya, Haris dan Sarah. |
Mercu tanda di Medan Tiananmen. |
Posing lagi dalam Forbidden City yang begitu luas. Kaki mahu 'cramp' dibuatnya... tapi tetap ceria. |
Basikal roda tiga yang akan selalu anda lihat di China. |
Hari terakhir berpeluang melawat Stadium Olimpik - dari jauh kelihatan seperti sarang burung. Kompleks sukannya sangat luas dan menjadi kunjungan pelawat. |
Cikgu Airil dan isteri. Seronok timba pengalaman minum teh China. |
Mohd Hazeem (di tengah) mengembara bersama dua orang adiknya. Sempoi... gaya orang muda. |
Hj Husin (jaket oren) bersama anak menantu dan cucu-cucunya. Tidak kalah walaupun sudah berusia emas. |
Bergambar kenangan di tembok besar China. Sepanjang tembok ada jajaran mangga-mangga berkunci yang diletak pasangan kekasih. |
Aduh, lembutnya... mungkin itu yang diperkatakan ahli rombongan ini. Cadar yang diperbuat daripada kain sutera tulen memang halus tapi harganya pun boleh tahan. Sediakan duit sahaja. |
No comments:
Post a Comment