Oleh:
Farah
Loceng
waktu rehat berbunyi. Murid-murid bergegas keluar daripada kelas menuju ke
kantin. Seperti biasa, Aishah mengeluarkan bekalnya untuk dimakan. Aishah
belajar di dalam kelas Enam Amanah dan dia bakal menghadapi peperiksaan UPSR
pada tahun ini. Aishah seorang pelajar yang bijak dan aktif. Lantaran itu, dia
dicemburui oleh Murni, rakan sekelasnya.
Aishah
dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Ayahnya meninggal dunia akibat
lemas di laut kerana botnya karam. Aishah mempunyai empat orang adik beradik
dan dia merupakan anak sulung. Sejak kehilangan bapanya, ibunya memikul
tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Selepas habis waktu persekolahan, Aishah
akan menyiapkan kerja sekolahnya di rumah kerana dia akan membantu ibunya
menjual kuih dan nasi lemak di waktu petang. Tanggungjawab sebagai anak sulung
membuatkan Aishah tekad mahu belajar bersungguh-sungguh untuk membantu ibunya.
Di
sekolah, Murni kerap kali memperlekehkan Aishah hanya kerana Aishah memakai
baju sekolah yang sudah lusuh, kasut yang sudah kehausan tapak, dan jarang ke
kantin membeli makanan. Namun begitu, Aishah tidak pernah membalas perlakuan
Murni. Aishah teringat akan pesanan ibunya, “Biarlah orang mengeji kita Aishah,
asalkan kita tidak membuat perkara yang sama. Dahulu Rasullullah S.A.W juga
dikecam ketika mahu menyebarkan dakwah, namun Rasullullah S.A.W tidak pernah
membalasnya.. Hasilnya, semakin ramai tertarik dengan pekerti baginda.”
Di
sekolah, Murni kerap kali membawa alat tulis yang mahal untuk membuat Aishah
cemburu. Malahan, Murni juga kerap menghasut rakan-rakan lain supaya menjauhi
Aishah kerana bagi Murni, anak orang kaya tidak boleh berkawan dengan orang
miskin. Aishah tetap bersabar dengan perbuatan Murni kerana fokus Aishah hanya
mahu mendapat 5A di dalam UPSR.
Suatu
hari, sewaktu Aishah sedang bertugas membersihkan kelas, Aishah terpandang duit
syiling sepuluh sen yang terjatuh daripada dompet Murni. Lantas, Aishah
mengutip duit syiling itu dan meletakkannya di atas meja Murni. “Murni, duit
sepuluh sen awak terjatuh. Ambillah semula.” Mendengar kata-kata Aishah, lantas
Murni menjawab dengan angkuhnya, “Saya tidak perlukan duit syiling sepuluh sen
ini. Tiada nilainya bagi saya. Ayah saya boleh beri sepuluh ringgit sehari.
Awak sajalah yang ambil duit sepuluh sen ini. Saya tidak hairan.” Mendengar
kata-kata Murni yang amat mengguris hati itu, Aishah mengambil duit sepuluh sen
itu dengan harapan dapat memberikannya juga kepada Murni kerana itu bukan
haknya.
Tengah
hari itu, Aishah balik agak lewat kerana dia berjumpa dengan Cikgu Zakiah untuk
bertanyakan tentang matapelajaran Sains. Aishah mengayuh basikalnya keluar
daripada pagar sekolah dan ketika itu, dia terpandangkan Murni yang sedang
duduk di tepi pagar. Aishah berasa hairan mengapa Murni tidak pulang sedangkan
hampir jam tiga petang. Aishah lantas menegur Murni, “Mengapa kamu tidak pulang
lagi Murni? Tiada siapa menjemput kamukah?” Murni yang sedang gelisah ketika
itu, memandang Aishah dan berkata “Saya tidak tahu mengapa Pakcik Akob tidak
menjemput saya hari ini. Saya tidak tahu bagaimana untuk menghubungi ibubapa
saya kerana saya sudah kehabisan wang.”
Mendengar
kata-kata Murni, Aishah terus mengeluarkan duit syiling sepuluh sen daripada
begnya. Duit itulah yang dipandang remeh oleh Murni sewaktu Aishah mahu
memulangkannya. “Ambillah duit sepuluh sen awak ini Murni. Walaupun sedikit,
awak boleh gunakannya di pondok telefon depan sana untuk menghubungi ibubapa
awak.”
Murni
yang ketika itu berasa amat malu dengan Aishah, menangis teresak-esak sambil
berkata, “Maafkan saya Aishah, saya berasa amat malu dengan perbuatan saya
selama ini. Saya sebenarnya cemburukan kejayaan kamu. Hari ini, kamu tetap mahu
menolong saya walaupun saya kerap menghina kamu. Maafkan saya Aishah, saya
kesal.”
Aishah
yang turut berasa sebak dan terharu dengan permohonan maaf Murni, memeluk Murni
dan berkata, “Tidak mengapa, saya maafkan. Saya harap kita dapat jadi kawan
baik selepas ini.” Aishah terbayang akan pesanan ibunya dan tidak henti-henti
mengucapkan syukur kepada Allah kerana telah membuka pintu hati Murni. Sejak
daripada kejadian itu, Aishah dan Murni bersahabat baik dan saling bantu
membantu di dalam pelajaran.
Nurfarahani
binti Roslan
4-1-23,
Jalan Metafasa U16/3, Pangsapuri Kiambang, 40150, Taman Bukit Subang, Shah
Alam, Selangor.
901028-06-5614
22
tahun
CIMB
BANK: 1-230-007-3199524
Beginilah cerpen yang baik untuk dihantar ke Majalah ASUH. Jika anda mempunyai anak yang mempunyai bakat menulis dan mahu mengembangkan bakat anak anda itu sila hantar cerpen anak anda itu ke SINI. Jika karya anak anda dipilih sejumlah wang sebagai honararium akan masuk ke akaun bank anda.
2 comments:
Salam, Puan. Boleh saya bertanya di sini, berkenaan cerpen yang saya hantar untuk menyertai sayembara cerpen ANIS?
Adakah selamat sampai kerana saya tidak menerima maklumbalas setelah mengirim cerpen tersebut.
Terima kasih.
Mohd Helmi Ahmad
Alhamdulilah telah diterima dan akan disiarkan untuk isu Anis Februari 2013. Tahniah dan jangan lupa beli majalah Anis nanti.
Post a Comment