February 18, 2009

Nur di hati NORA


Tenaga-tenaga yang terlibat dalam sesi fotografi Penghias Kulit Majalah Anis Mac 2009. Terima kasih atas sokongan kalian semua.

Pagi itu diri saya seakan tidak percaya menatap wajah Nora yang nampak begitu ayu bertudung litup. Datang dengan pembantu peribadinya, kehadiran Nora mengejutkan tenaga kerja Majalah Anis pagi itu. Ramah bersalam dan menegur sapa tenaga-tenaga kerja Majalah Anis sebelum meneruskan misi kami untuk sesi fotografi Cover Majalah ANIS Mac 2009 (kini berada di pasaran).
Menyorot perkembangan penyanyi wanita yang cukup terkenal dengan suaranya gemersik merdu dan telah menerima pelbagai anugerah di pentas hiburan, Nora tampil dengan cerita menarik berlaku dalam hidupnya. Ternyata tanda tanya itu mula bermula apabila Nora tampil dengan imej muslimah pada tanggal 26 Julai 2008. Satu keputusan bagi Nora diambil setelah berfikir semasak-masaknya akan pro dan kontra.
Selama setengah hari bersama Nora, sempat saya mengorek dan berkongsi sedikit rentetan diari hatinya tentang hijrah dirinya. Kagum saya mendengar kisah Nora yang bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri selepas tampil bertudung.
Saban malam akui Nora dia sanggup berguru dengan anak sendiri yang mahir mengaji al-Quran. Ketahui juga apa cabaran mendatang ditempuhi Nora selepas tampil dengan imej muslimah. Dan ketahui juga aktiviti Nora terkini yang turut sibuk menjaga kedua-dua ibu dan ibu mentua yang hilang penglihatan.
Sepatah bicaranya sebelum menyalami kami semua, "Memang Tuhan tetap bagi ujian tetapi apabila hati kita sudah redha dan yakin dengan Dia, insya-Allah apa jua masalah yang melanda kita mampu hadapi dengan tenang."

Untuk mengetahui kisah lanjut mengenai penghijrahan dan azam baru Nora dapatkan majalah Anis Mac 2009 di pasaran.

Sempena bulan Maulidurrasul yang bakal disambut nanti, dapatkan juga tip dan panduan dalam ruangan Fokus bertajuk, 'Kunci' mencintai dan dicintai Nabi SAW, Rasul junjungan pemimpin umat yang amat kita sanjungi.

Selamat Membaca dan Salam Maulidurrasul. Semoga kita menjadi umatnya yang sentiasa menjunjung kasih Ilahi dan mencintai baginda dalam segenap kehidupan kita. Amin...

No comments:

Catatan 17.10.2018

Pagi ini saya ada temujanji di Jabatan X-Ray, Hospital Selayang. Alhamdulillah, anakanda Syamil tolong hantarkan saya di si...