“Umi, Maryam nak jadi penulis!”
Suara kecil anak bongsu saya menyentak hati saya pada suatu malam. Angin apa yang melanda si kecil ni, hari tu beria-ia nak jadi cikgu, sekarang nak jadi penulis pulak? Sambil meletakkan dagu di atas peha, dia menghulurkan buku catatannya. Tulisan tangannya cantik dan senang dibaca. Saya membaca satu persatu tulisannya.
Catatannya siap bertarikh.
6/2/2009:
“Aku lebih cinta Allah daripada cinta sesama manusia.
Aku tidak cinta manusia-manusia yang suka menipu manusia
Dan macam gedik dan berlagak dan tidak mahu berkawan dan tidak mahu mintak maaf.
Aku tidak suka orang-orang yang mengganggu manusia.
Saya mahu buat kerja rumah yang Ustazah dan ustaz bagi.
Aku sayang ustaz dan ustazah.”
Catatan bertarikh 7/2/2009:
Aku suka tinggal di bumi ini
Alhamdulillah. Seronok juge ye tinggal di alam sekitar ini.
Tapi dekat Palestinkan berperang tau
Kesiankan berperang di Palestin dan berperang di mana-mana sahaja
Tapi Malaysia aman sahaja.
Hem nak tau tak Israel dia nak ambil tempat di Gaza tau.
Aku tak suka orang-orang jahat tapi kita mesti tolong orang jahat yang sudah bertaubat.”
Catatan seterusnya pada tarikh yang sama:
7/2/2009:
“Aku suka membaca dan melukis
Aku suka duduk di rumah. Di rumah kan ada mainan lagi ada buku colour lagi boleh
main skuter dan layang-layang dan lagi main kasut roda Princess, best…
Hey boleh senaman main raket dan bola tangkis dengan Wani.
Hey tau tak Wani pun suka duduk rumah dia. Tapi dia suka main kasut roda Barbie tau. Tamat.”
Melihat satu persatu luahan hati si kecil yang baru berusia 7 tahun ini saya tertawa. Saya tertawa bukan kerana bahasa keanakannya tapi tertawa dengan diri sendiri. Sambil ketawa baru terperasan ada air jernih mengalir di kelopak mata. Saya terharu bukan sebab apa. Baru semalam cuma saya berpesan pada si anak kecil yang baru memasuki alam sekolah ini. “Maryam mulai hari ini Maryam mesti tulis dalam buku nota. Tulis apa yang Ustaz dan Ustazah pesan, sama ada ada kerja rumah atau tidak. Tulis jugak apa yang Maryam rasa nak tulis pada hari itu..."
Begitulah leteran panjang seorang ibu pada si anak yang hanya tahu hitam atau putih.
Namun begitulah jiwa anak-anak kita yang putih mulus dan menerima apa sahaja dari kita tanpa banyak soal. Dan malam itu wajah saya tersenyum melihat puteri saya ini sudah mula melahirkan potensi diri.
Semoga akan lahir seorang lagi 'rebung-rebung baru' untuk meneruskan perjuanganku ini. Ya Allah kau peliharalah putera puteri kami dan jadikan mereka khalifah-khalifah-Mu yang bakal menerangi dunia ini dengan kebaikan dan keamanan, doa tulus kupanjatkan tatkala saya menutup buku nota itu.
Catatan perjalanan di pentas kehidupan, perkongsian dunia penerbitan dan penulisan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan 17.10.2018
Pagi ini saya ada temujanji di Jabatan X-Ray, Hospital Selayang. Alhamdulillah, anakanda Syamil tolong hantarkan saya di si...
-
Jerit perih pasangan ini dalam menurunkan berat badan berbaloi malah usaha mereka kini menjadi penawar buat ramai insan lain yang mengalami...
-
Pada 8 hingga 12 Disember lalu, saya berkesempatan menjejakkan kaki ke Beijing, China. Syukur, alhamdulillah. Sudah lama rasanya mahu menjej...
No comments:
Post a Comment