Catatan perjalanan di pentas kehidupan, perkongsian dunia penerbitan dan penulisan.
December 18, 2018
Travelog: Di Manakah Penawarku? (Catatan 1)
Pagi Jumaat itu, hati masih mahu bersedap-sedap dibalut selimut putih yang tebal. Mata merenung ke tepi jendela kaca yang terbuka luas. Jauh ke seberang melangkau katil yang dihuni Aci Perumal (bukan nama sebenar) di sebelah. Keempat-empat penghuni katil masing-masing masih terpaku di atas katil besi masing-masing.
.
Kelihatan kabus begitu tebal menyelimuti bukit-bukau yang menghijau di sekitar Hospital Selayang ini. Hati juga tiba-tiba berubah menjadi mendung.
.
Sungguh... mata ini masih mengantuk lagi. Seboleh mungkin saya mahu terus menarik selimut lagi untuk menyambung tidur. Namun, apakan daya ini bukan rumah sendiri. Tepat jam 7.30 pagi nanti akan ada misi meronda dari bilik ke bilik dan mengemas serta menukar cadar setiap pesakit.
.
.
Kelihatan kabus begitu tebal menyelimuti bukit-bukau yang menghijau di sekitar Hospital Selayang ini. Hati juga tiba-tiba berubah menjadi mendung.
.
Sungguh... mata ini masih mengantuk lagi. Seboleh mungkin saya mahu terus menarik selimut lagi untuk menyambung tidur. Namun, apakan daya ini bukan rumah sendiri. Tepat jam 7.30 pagi nanti akan ada misi meronda dari bilik ke bilik dan mengemas serta menukar cadar setiap pesakit.
.
Ternyata dua malam menghuni di wad 3B no katil 4, saya sudah menghafal jadual tugasan mereka di sini. Sekali gus rasa kagum menerpa memikirkan betapa mereka menjaga kami dengan penuh rasa prihatin sehingga sanggup mengenepikan keselesaan peribadi.Di kala mata saya sekejap terjaga sekejap terlelap, ada waktunya ia terus cergas membutang. Dalam masa yang sama terkebil-kebil dek terkejut dengan suara sang misi yang mengejutkan mahu mengambil sampel darah dan memberi ubat. Waktunya pula ketika hati sedang sedap dilamun mimpi sekitar 4.00 - 5.00 pagi. Dan tiba-tiba saja terasa cucukan picagari menembusi kulit. Allahu... sakitnya lalu kedua-dua anak mata pun terpisat-pisat dibuatnya!
November 27, 2018
Laksamana Keumalahayati dinobatkan sebagai Tokoh Pahlawan Nasional Indonesia 2017
Wawancara oleh wartawan TV One Indonesia kepada sekumpulan wisata dari Malaysia dalam rangka lawatan mereka ke bumi Aceh Darussalam.
Kami berpeluang mengikuti upacara penobatan tokoh wanita Aceh iaitu Laksamana Keumalayati sebagai Tokoh Pahlawan Nasional Indonesia.
Acara ini disambut secara besar-besaran pada 10 November 2017 lalu di seluruh Indonesia yang mengangkat tokoh-tokoh dari zaman terdahulu sehingga kini sebagai teladan untuk masyarakat. Kami terinspirasi dengan sejarah ketokohan wanita ini yang dikatakan sebagai Laksamana Pertama Di Dunia. Hebat wanita Aceh!
https://www.youtube.com/watch?v=f3CLQ8JAjPM&feature=share
Kami berpeluang mengikuti upacara penobatan tokoh wanita Aceh iaitu Laksamana Keumalayati sebagai Tokoh Pahlawan Nasional Indonesia.
Acara ini disambut secara besar-besaran pada 10 November 2017 lalu di seluruh Indonesia yang mengangkat tokoh-tokoh dari zaman terdahulu sehingga kini sebagai teladan untuk masyarakat. Kami terinspirasi dengan sejarah ketokohan wanita ini yang dikatakan sebagai Laksamana Pertama Di Dunia. Hebat wanita Aceh!
https://www.youtube.com/watch?v=f3CLQ8JAjPM&feature=share
September 20, 2018
Keunikan Rumoh Aceh
Rumoh Aceh
ini adalah rumah adat bagi masyarakat Aceh. Lokasi Rumoh Aceh ini ialah di
dalam pekarangan Muzium Nasional Aceh. Rumoh Aceh ini merupakan rumah
tradisional yang dipamerkan di Pameran Kolonial di Semarang pada tahun 1914. Ia
mempamerkan koleksi peribadi Kurator Muzium Aceh pada waktu itu iaitu F.W.
Stammehous selain barangan pembesar Aceh yang lain. Ia memenangi 4 medal emas,
11 perak dan penghargaan kerana menjadi pavilion paling lengkap. Rumah ini dikembalikan
ke negeri Aceh yang kemudian dirasmikan pada 31 Julai 1915 sebagai Muzium Aceh.
Apa uniknya Rumoh Aceh ini?
Rumoh Aceh
merupakan rumah panggung memiliki ketinggian yang sesuai dengan reka bentuk
rumah ini. Kebiasaannya tingginya sekitar 2.5 hingga 3 meter dari atas tanah.
Di dalamnya terdapat tiga atau lima ruangan utama. Dengan keluasan rumah ini sudah
pasti ia memerlukan tiang yang banyak untuk menyangga iaitu antara 16 tiang (
bagi rumah yang mempunyai 3 ruang) sehingga 28 tiang (bagi rumah yang mempunyai
lima ruang).
Bahagian rumah
Rumah ini
dibina kepada tiga ruang utama:
1. Seuramou-keu (serambi depan) – ruang menerima
kedatangan tetamu lelaki. Ia juga menjadi tempat tidur dan tempat makan tamu
lelaki. Di sini ruang untuk anak-anak belajar mengaji dan dijadikan ruang
berkumpul ketika upacara kenduri atau perkahwinan.
2. Seramao-likoot (serambi belakang),
ruang untuk menerima tamu perempuan dan lokasinya ialah di bahagian belakang
rumah. Ia juga boleh menjadi tempat tidur dan makan tamu kaum perempuan.
3. Rumoh-Inong (rumah induk) terletak di
antara serambi depan dan belakang. Posisi lantainya dibina lebih tinggi
berbanding kedua serambi di atas. Ruang ini dianggap suci dan sangat peribadi. Di
bahagian hujungnya didirikan kamar untuk ketua keluarga dan anak yang sudah
mendirikan rumah tangga.
4. Rumoh-dapu (dapur), yang terletak di
bahagian belakang atau bersambung dengan serambi belakang. Lantainya lebih
rendah berbanding lantai serambi belakang.
Pembinaan
1. Sebelum membina rumah secara bergotong-royong,
masyarakat gampong akan mengadakan mesyuarat bersama keluarga dan meminta
nasihat daripada Tengku (para ulama).
2. Atap - ia diperbuat dari rumbia. Jika
terjadi kebakaran atap rumbia boleh diturunkan hanya dengan memotong salah satu
tali pengikat yang dibuat dari rotan dan ijuk. Jadi ia mengelak api dari cepat
merebak.
3. Pintu masuk – ia terletak di bawah
rumah dan setiap orang yang ingin masuk harus menyondol pintu dengan kepala
supaya terbuka dan boleh masuk.
4. Bahagian bawah rumah dipanggil miyop moh digunakan sebagai ruang
bersantai dan melakukan aktiviti seperti menumbuk padi, menenun kain (bagi
wanita) dan tempat anak-anak bermain. Pelbagai benda diletak di sini seperti
jeungki (penumbuk padi) dan kroeng (bekas menyimpan padi).
5. Pembinaan rumah ini membuktikan kepakaran
seni bina masyarakat Aceh terdahulu kerana ia langsung tidak menggunakan paku,
sebaliknya ia hanya menggunakan pasak dan tali rotan. Rumah ini juga dikatakan
tahan gempa.
Rumah Aceh yang terdapat di perkarangan Muzium Nasional Aceh Darussalam. |
Dekorasi berasaskan flora dan fauna serta rona yang menyerlah. |
Rumoh Aceh dibina menghadap arah utara-selatan agar sinar matahari dapat memasuki rumah dari kedua-dua arah dan mengelakkan rumah mudah roboh.
Semakin indah perhiasan awan larat menentukan kedudukan pemilik rumah di kalangan masyarakat.
|
Suasana di bahagian Serambi Depan yang khusus untuk menerima kedatangan tetamu lelaki. |
Ruangan dapur yang dipenuhi dengan barangan dapur. Ruang ini biasanya didiami oleh kaum ibu dan anak perempuan. |
Bilik pengantin yang berhias seni tekat Aceh yang menawan hati. |
Apabila anak perempuan Aceh yang sudah berkahwin mereka akan diberikan bilik khas. |
Lampu atau Panyot yang diperbuat daripada tembaga. |
Pintu yang dibina melentang dan berciri keselamatan. |
Penutup kepala masyarakat Aceh mengikut daerah masing-masing. |
1.
7
Subscribe to:
Posts (Atom)
Catatan 17.10.2018
Pagi ini saya ada temujanji di Jabatan X-Ray, Hospital Selayang. Alhamdulillah, anakanda Syamil tolong hantarkan saya di si...
-
Jerit perih pasangan ini dalam menurunkan berat badan berbaloi malah usaha mereka kini menjadi penawar buat ramai insan lain yang mengalami...
-
Pada 8 hingga 12 Disember lalu, saya berkesempatan menjejakkan kaki ke Beijing, China. Syukur, alhamdulillah. Sudah lama rasanya mahu menjej...