Rumoh Aceh
ini adalah rumah adat bagi masyarakat Aceh. Lokasi Rumoh Aceh ini ialah di
dalam pekarangan Muzium Nasional Aceh. Rumoh Aceh ini merupakan rumah
tradisional yang dipamerkan di Pameran Kolonial di Semarang pada tahun 1914. Ia
mempamerkan koleksi peribadi Kurator Muzium Aceh pada waktu itu iaitu F.W.
Stammehous selain barangan pembesar Aceh yang lain. Ia memenangi 4 medal emas,
11 perak dan penghargaan kerana menjadi pavilion paling lengkap. Rumah ini dikembalikan
ke negeri Aceh yang kemudian dirasmikan pada 31 Julai 1915 sebagai Muzium Aceh.
Apa uniknya Rumoh Aceh ini?
Rumoh Aceh
merupakan rumah panggung memiliki ketinggian yang sesuai dengan reka bentuk
rumah ini. Kebiasaannya tingginya sekitar 2.5 hingga 3 meter dari atas tanah.
Di dalamnya terdapat tiga atau lima ruangan utama. Dengan keluasan rumah ini sudah
pasti ia memerlukan tiang yang banyak untuk menyangga iaitu antara 16 tiang (
bagi rumah yang mempunyai 3 ruang) sehingga 28 tiang (bagi rumah yang mempunyai
lima ruang).
Bahagian rumah
Rumah ini
dibina kepada tiga ruang utama:
1. Seuramou-keu (serambi depan) – ruang menerima
kedatangan tetamu lelaki. Ia juga menjadi tempat tidur dan tempat makan tamu
lelaki. Di sini ruang untuk anak-anak belajar mengaji dan dijadikan ruang
berkumpul ketika upacara kenduri atau perkahwinan.
2. Seramao-likoot (serambi belakang),
ruang untuk menerima tamu perempuan dan lokasinya ialah di bahagian belakang
rumah. Ia juga boleh menjadi tempat tidur dan makan tamu kaum perempuan.
3. Rumoh-Inong (rumah induk) terletak di
antara serambi depan dan belakang. Posisi lantainya dibina lebih tinggi
berbanding kedua serambi di atas. Ruang ini dianggap suci dan sangat peribadi. Di
bahagian hujungnya didirikan kamar untuk ketua keluarga dan anak yang sudah
mendirikan rumah tangga.
4. Rumoh-dapu (dapur), yang terletak di
bahagian belakang atau bersambung dengan serambi belakang. Lantainya lebih
rendah berbanding lantai serambi belakang.
Pembinaan
1. Sebelum membina rumah secara bergotong-royong,
masyarakat gampong akan mengadakan mesyuarat bersama keluarga dan meminta
nasihat daripada Tengku (para ulama).
2. Atap - ia diperbuat dari rumbia. Jika
terjadi kebakaran atap rumbia boleh diturunkan hanya dengan memotong salah satu
tali pengikat yang dibuat dari rotan dan ijuk. Jadi ia mengelak api dari cepat
merebak.
3. Pintu masuk – ia terletak di bawah
rumah dan setiap orang yang ingin masuk harus menyondol pintu dengan kepala
supaya terbuka dan boleh masuk.
4. Bahagian bawah rumah dipanggil miyop moh digunakan sebagai ruang
bersantai dan melakukan aktiviti seperti menumbuk padi, menenun kain (bagi
wanita) dan tempat anak-anak bermain. Pelbagai benda diletak di sini seperti
jeungki (penumbuk padi) dan kroeng (bekas menyimpan padi).
5. Pembinaan rumah ini membuktikan kepakaran
seni bina masyarakat Aceh terdahulu kerana ia langsung tidak menggunakan paku,
sebaliknya ia hanya menggunakan pasak dan tali rotan. Rumah ini juga dikatakan
tahan gempa.
Rumah Aceh yang terdapat di perkarangan Muzium Nasional Aceh Darussalam. |
Dekorasi berasaskan flora dan fauna serta rona yang menyerlah. |
Rumoh Aceh dibina menghadap arah utara-selatan agar sinar matahari dapat memasuki rumah dari kedua-dua arah dan mengelakkan rumah mudah roboh.
Semakin indah perhiasan awan larat menentukan kedudukan pemilik rumah di kalangan masyarakat.
|
Suasana di bahagian Serambi Depan yang khusus untuk menerima kedatangan tetamu lelaki. |
Ruangan dapur yang dipenuhi dengan barangan dapur. Ruang ini biasanya didiami oleh kaum ibu dan anak perempuan. |
Bilik pengantin yang berhias seni tekat Aceh yang menawan hati. |
Apabila anak perempuan Aceh yang sudah berkahwin mereka akan diberikan bilik khas. |
Lampu atau Panyot yang diperbuat daripada tembaga. |
Pintu yang dibina melentang dan berciri keselamatan. |
Penutup kepala masyarakat Aceh mengikut daerah masing-masing. |
1.
7
No comments:
Post a Comment