Seminggu yang lalu, saya membuka laman Facebook. Apabila
musim 'deadline' menjelang, saya hanya mampu membaca status rakan-rakan terkini
sepintas lalu. Letih minta menatap aksara demi aksara membuatkan saya
seringkali hilang 'mood' untuk menulis di laman sosial. Allahu Akbar, faktor usia barangkali.
Tiba-tiba mata tertancap pada catatan rasa di Timeline Ummu
Naufal. Respon beliau dari yang kejauhan iaitu di Yanbu, Arab Saudi amat
menyentuh hati saya, malah hati tiba-tiba sebak dan mahu luruh air mata
dibuatnya.
Dan sebelum menyambung kembali rutin kerja saya menyemak dan
menyelia artikel-artikel untuk isu November 2015 ini, saya menarik nafas
panjang lalu mengaminkan doa tulus ikhlas yang dititipkan buat kami warga kerja Majalah Anis dan seluruh kakitangan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
"Ya Allah, Kau jadikan ini sebagai saksi-saksi yang
akan kami bawa ketika mana menghadap-Mu. Moga Kau jadikan ini sebagai amal yang
ikhlas di sisi-Mu. Amin... ."
Alhamdulillah, akhirnya Majalah Anis keluaran Oktober 2015
ini sampai jua ke bumi Saudi. Saya membelek satu persatu helaian Majalah Anis
ini. Keluaran bulan ini begitu sarat dengan kisah-kisah Anak Istimewa, Anak
Syurga.
Saya yakin pihak Galeri Ilmu begitu 'committed' dalam
membawa kesedaran perihal anak-anak ini dalam masyarakat kita. Malah enam
tahun yang lalu, melalui majalah Anis inilah saya mendapatkan buku
'Kembara Atiq Wazif 1: Satu Anugerah' lalu pengalaman mereka sekeluarga
dijadikan panduan buat kami sekeluarga pula dalam mendapatkan rawatan Balqis
hingga ke Amerika.
Kini siapa sangka, kisah Balqis pula dipaparkan di ruangan
Eksklusif - menceritakan pengembaraan kami sekeluarga, juga kisah perkongsian
pengalaman Anis Maya dan Afidah Ayob dalam membesarkan anak Cerebral Palsi di
dalam keluarga mereka. Diharap agar ramai lagi ibu bapa di luar sana yang juga
punya anak istimewa mendapat panduan dan motivasi diri yang luar biasa. Juga
agar masyarakat bertambah prihatin dan mudah menyantuni serta memahami
keperluan kehidupan yang berbeza yang dilalui oleh anak istimewa dan keluarga
mereka.
Membaca Catatan Editor awal-awal lagi sudah membuatkan saya
berair mata;
"Dia hanya tersenyum mendengarnya. Namun di sebalik senyuman manisnya itu saya fahami bebanan yang ditanggung pasti berganda-ganda berbanding saya yang hanya mampu sebak dan menangis menghayati bait-bait katanya dalam buku ini."
"Dia hanya tersenyum mendengarnya. Namun di sebalik senyuman manisnya itu saya fahami bebanan yang ditanggung pasti berganda-ganda berbanding saya yang hanya mampu sebak dan menangis menghayati bait-bait katanya dalam buku ini."
Benarlah kata-kata 'dari mata jatuh ke hati'. Tidak disangka
mata yang melihat senyuman yang saya hulurkan ketika pertemuan saya bersama
Editor Anis Puan Norhashimah, beberapa hari sebelum saya berangkat pulang ke
Saudi, sampai ke lubuk hatinya. Dari senyuman itu beliau dapat membaca apa yang
tersimpan rapi, yang sukar dinyatakan dengan kata-kata lalu cuma senyuman dapat
dilemparkan sebagai pengubat jiwa. Sungguh tidak saya duga, ia tetap boleh
dibaca. Maka catatan ringkas beliau di ruang ini sudah cukup membuatkan
menitisnya air mata saya. Subhanallah.
Di ruang Dari Menara UniKL, Prof Kamil pula menulis dari
hatinya;
"Akhirnya saya pasti Balqis, Aiman dan Atiq Wazif akan kembali ke syurga, insya-Allah dan saya doakan ibu bapa mereka bersama adik-beradik yang lain mengikut sama. Kami meyakini mereka akan menunggu kesemua mereka yang melayani beliau sebagai ujian Allah dengan senyuman dan ucap selamat seumpama mereka yang lain. Mudah-mudahan kami dapat memerhatikan saat-saat indah ini."
"Akhirnya saya pasti Balqis, Aiman dan Atiq Wazif akan kembali ke syurga, insya-Allah dan saya doakan ibu bapa mereka bersama adik-beradik yang lain mengikut sama. Kami meyakini mereka akan menunggu kesemua mereka yang melayani beliau sebagai ujian Allah dengan senyuman dan ucap selamat seumpama mereka yang lain. Mudah-mudahan kami dapat memerhatikan saat-saat indah ini."
Lalu menitis-nitis lagi air mata ini selesai mengakhiri membaca perenggan terakhirnya.
Segala ilmu dan maklumat yang dikongsikan di dalam Majalah
Anis ini dan segala yang diusahakan oleh pihak Galeri Ilmu Sdn. Bhd. untuk
ummah ini, saya yakin sungguh besar ganjaran di sisi-Nya. Semoga setiap warga
mereka dianugerahkan syurga-Nya di sana.
Ummu Naufal ~Dari Yanbu Kami Bercerita~
Akhir kata, sebelum mengundurkan diri, saya inign mengucapkan Salam Maal Hijrah 1437H buat semua pembaca blog ini. Sempena Maal Hijrah ini, marilah sama-sama kita berazam untuk berhijrah menuju Allah.
No comments:
Post a Comment