Sepetang
bertemu dan berbual-bual bersama Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman, pengasas
syarikat kosmetik yang terkenal dengan tagline
‘Terlajak Laris’ saya dan team ANIS akhirnya mengakui satu perkara. Benarlah yang bulat tidak akan datang tergolek, yang
pipih tidak akan datang melayang.
Saya
yakin, kebanyakan kita mengkagumi pencapaian tokoh usahawan ini yang berjaya bergelar
jutawan pada usia 28 tahun. Ironisnya, ramai yang tidak nampak kegagalan demi
kegagalan yang beliau tempuhi sebelum menempah tiket kejayaan. Sebagai insan
berjiwa besar, beliau akui tidak terkesan dan ambil pusing dengan segala
kata-kata nista, cemuhan, termasuk pernah diludah dan menerima ugutan bunuh.
Dugaan juga datang dalam bentuk dibomohkan dan disihirkan (sila baca penuh
kisah beliau di kolum Personaliti ANIS
di ms: 32).
Apabila
direnungkan kisah-kisah sebegini, ia bukan sesuatu yang diragui. Manusia-manusia
yang diserang gejala Phd (penyakit hasad dengki) tetap wujud sampai bila-bila.
Lantaran itu Allah mengingatkan manusia tentang bahaya sifat hasad dengki dan
iri hati apabila tidak dikawal dengan iman.
Al-Quran ada menceritakan bagaimana
Iblis yang asalnya adalah ketua bagi malaikat sanggup ‘berpatah arang’ apabila
diminta sujud kepada Nabi Adam a.s. Dek percaya asal-usul dirinya lebih mulia
berbanding Adam a.s., maka ia mengisytiharkan permusuhan sehingga hari kiamat.
Serangan
licik Iblis laknatullah bermula apabila Adam a.s. dan isterinya Hawa tersingkir
daripada syurga. Namun dendamnya tidak akan puas lalu melalui konco-konconya,
jin dan syaitan akan terus menyerang makhluk manusia dengan pelbagai cara.
Berdepan
dengan musuh yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, Rasulullah SAW
tinggalkan kita al-Quran dan as-Sunnah sebagai pedoman hidup. Sunnah Nabi SAW
itu sendiri bukan saja mendidik kita menjadi hamba Allah yang kamil (sempurna)
tetapi ia benteng yang ‘original’ dan paling ampuh menangkis serangan sihir,
ilmu hitam dan segala penyakit berkaitan. Umpamanya, ucapan salam yang diucap
sebelum memasuki rumah secara automatik ia adalah benteng agar syaitan tidak
dapat masuk. Begitu juga adab-adab dan doa yang Baginda SAW anjurkan sebagai
amalan.
Semua
kupasan mengenainya akan dikupas satu persatu oleh Al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj
Mohd Joll selaku Penasihat Syariah Galeri Ilmu Media Group. Antara yang dikupas
ialah kenapa wanita sering menjadi sasaran makhluk halus? Bagaimana membenteng
diri daripada penyakit ‘ain – sihir yang disampaikan melalui pandangan mata. Apakah
amalan-amalan untuk pagar diri, keluarga dan rumah? Semuanya akan terjawab
dalam SUMBU ANIS bulan ini – BENTENG DIRI DARI SIHIR. Akhir kalam, selamat menyambut Aidil Adha
daripada kami semua.
Berikut ialah foto-foto seputar sesi fotografi Team ANIS bersama Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman di Wisma D’Herbs yang terletak di Kota Damansara, Selangor.
Kenalkah siapa insan ini? |
"ANIS Majalah terlajak hebat!" kata Dato' Aliff Terlajak Laris. |
Semuanya tersenyum ceria biarpun agak kepenatan bilamana penggambaran selesai jam 5.00 petang pada bulan Ramada lalu. |
No comments:
Post a Comment