Klik di sini |
1.
Fokus Utama ms: 17
Surah an-Nur: Pembela Kaum Wanita
Para ulama mengatakan bahawa Surah an-Nur ini surah yang
menjadi pembela kepada seluruh wanita Islam tidak kira mereka di mana.
Mereka berkata sedemikian kerana bilamana surah ini dinuzul
ia dikaitkan sebagai pembelaan dan penghormatan khusus kepada Ummul Mukminin
Sayidatina Aisyah r.a. − wanita mulia yang telah difitnah oleh kaum munafik. Maka
surah ini jugalah yang akan berfungsi dan berperanan sebagai pembela kepada sekalian
Muslimah.
Untuk mengetahui
bagaimana dan kenapa surah ini dikatakan sebagai pembela wanita, ikuti Fokus
ANIS bulan ini.
2. Interviu Fokus ms: 22
Ajarlah Anak
Gadismu Surah an-Nur
Surah
an-Nur dimulakan dengan suatu ayat penegasan daripada Allah SWT. Tiada surah lain dalam al-Quran yang
dimulakan dengan penegasan yang sangat keras kecuali Surah an-Nur. Allah
SWT memberi penegasan bahawa apa yang terkandung dalam surah ini sangat penting
untuk dilaksanakan, dihayati dan diaplikasikan. Untuk mengetahui dengan lebih
lanjut apa yang ditegaskan oleh Allah dalam surah ini, ikuti ulasannya oleh Ketua
Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia,
Ustazah Maznah Daud.
3.
Tetamu Anis ms: 33
Pierre Andre
-Pelihara Maruah Wanita Dalam Karyanya
Perjalanan menuju cahaya Ilahi bukanlah suatu
perjalanan yang mudah. Sudah pasti, beliau juga turut diuji dengan pelbagai
bentuk ujian duniawi. Baginya, tiada laluan mudah dalam melalui perjalanan
mencari keredhaan abadi.
Ketahui titik perubahan dalam hidup Pierre Andre dan
misinya dalam berdakwah dalam ruangan Tetamu Anis pada muka surat 33.
4.
Kembara Eksklusif ms: 44
Lukisan Hati Anak-anak Gaza
“Lukisan anak-anak di Malaysia lebih tertumpu kepada gaya hidup dan
hiburan. Namun, lukisan yang dilukis oleh anak-anak di Gaza menceritakan
tentang hidup dan mati. Mereka melukis orang yang ditembak, bangunan dibom,
kereta kebal, senapang dan macam-macam lagi. Mereka melukis apa yang mereka
nampak pada setiap hari dan untuk hari-hari yang mendatang.”
Ikuti pengalaman yang dikongsikan oleh Puan Zaliza Binti Alias, Pengasas
Genius Aulad yang berpeluang mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza bersama Islamic
Relief Malaysia (IRM).
5.
Kapsul Kitab ms: 98
Hapuskan
Al-Khujul!
Ada malu yang perlu disimpan dan ada
malu yang perlu dibuang. Apakah malu tersebut dan bagaimana membuangnya?
Ketahuinya dalam ruangan Kapsul Kitab.
6.
Pra Nikah ms: 80
Murah Atau Mudah Lebih Baik?
Kita sering mendengar seruan agar kaum wanita
meletakkan mahar ‘murah’. Apa yang kita faham tentang mahar ‘murah’? Apa
bezanya dengan mahar ‘mudah’? Islam mengajar kita bagaimana? Dapatkannya dalam ruangan Pra Nikah oleh Fatimah Syarha Mohd Nordin.
8.Manja Sihat ms: 62
Anakku
Pelik?
Anaknya memasuki
usia dua tahun, namun belum dapat bercakap dengan baik
seperti kanak-kanak seusianya. Jika berada dalam suasana orang ramai anak
beliau tidak begitu mesra dan lebih suka bermain sendirian. Adakah itu
tanda-tanda Autism? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Autism, ikuti
kupasannya oleh Dr. Zubaidi Ahmad dalam ruangan Manja Sihat.
9. Harmoni ms: 56
Suamiku Curang?
Siapakah
yang tidak bimbang dan tidak takut pasangan mereka curang? Namun, adakah kita
cukup sempurna dan hebat untuk menghalangnya daripada terjadi? Ketahui
tip-tip untuk mengeratkan hubungan suami isteri dalam ruangan Harmoni oleh
Ustaz Mohd Shukri Samsudin.
10. Tinta Wardina ms: 114
Beginilah Mencari Cinta
Cinta tidak salah, perasaan berahi dalam
bercinta juga tidak salah kerana ia fitrah, namun apa yang anda lakukan dengan
perasaan itu akan menentukan jalan cerita yang seterusnya. Bagaimana mencari
cinta yang sebenar, ikuti ulasannya oleh Wardina Safiyyah.
1 comment:
menarik gandingan kali ni, ibu dan anak..kalau hari ibu nanti mungkin boleh cari gandingan ibu dan anak lagi.
Post a Comment