Mencari teladan dalam hidup berumah tangga,
selak kembali sirah Nabi Muhammad SAW.
Sering diriwayatkan bahawa baginda apabila
hendak bersama dengan isteri-isterinya, baginda akan memakai bau-bauan wangi seperti
ambar dan kasturi.
“Baginda akan bersihkan diri dengan mandi dan
berwuduk terlebih dahulu. Ini menunjukkan kebersihan diri itu penting dalam hubungan
suami isteri,” ujar Datin Sharifah Anisah Prof Tan Sri Syed Agil Barakbah dalam
satu majlis diskusi mengenai ‘Rahsia Sihat Anggun
Wanita’kira-kira 5 tahun lalu.
Katanya dalam sebuah hadis qudsi mengatakan,
Allah itu Indah dan Dia menyukai sesuatu yang indah. Hadis ini membawa mesej agar
para wanita tampil anggun dan menawan di hadapan suami. Dalam mengekalkan
kekemasan diri, cukuplah air sebagai penyeri diri. Mandilah selalu terutamanya selepas
memasak sebelum menghidang makanan di depan suami. Hatta hendak memilih ‘perfume’ pun, Datin Sharifah Anisah
menyarankan wanita elok minta pandangan suami.
“Wanita elok tanya pandangan suami ‘perfume’ mana yang lebih dia sukai.
Tidak terlalu kuat sehingga mengganggu pernafasan orang sekeliling kita pula,
pakailah yang sederhana dan lembut baunya. Dalam rumah tangga elok berbincang,
kalau tak boleh berbincang itu bukan berumah tangga namanya,” ulasnya memberi
pandangan dalam soal berkaitan penampilan diri sebagai seorang isteri.
Memasak dan menyediakan hidangan boleh.Tapi
seorang isteri juga mesti tahu keutamaan dirinya. Selepas menyiapkan hidangan
bersiap dan berdandanlah untuk diri sendiri dan suami. Seperti mana kemas dan
rapinya kita hendak keluar rumah, begitulah terlebih lagi untuk suami yang kita
sayang dan hormati. ✻
No comments:
Post a Comment