1.
Fokus Utama ms: 17
Isu Rumah Tangga@FB: Kongsi Atau Dedah?
Kehadiran FB dilihat dapat merapatkan jurang silaturrahim
sesama ahli keluarga, saudara-mara atau rakan yang jauh. Ini kerana aktiviti
komunikasi menjadi mudah dan menyeronokkan. Realiti yang berlaku, bersama
wujudnya zaman ‘diari terbuka’ ini, wujud pula suatu permasalahan baharu
apabila kita sering teruja untuk berkongsi apa sahaja tentang diri dan keluarga
kita, tanpa mengenal batas do’s and don’tsnya. Kita lupa, syariat Islam itu sekalipun ia
meraikan kebebasan berbuat dan bertindak, namun ia tetap ada adab dan batas.
Untuk mengetahui lebih
lanjut mengenainya, ikuti Fokus ANIS bulan ini.
2. Interviu Fokus ms: 22
Berdosa Dedah
Aib Rumah Tangga
“Dalam Facebook,
bukan sedikit orang yang tahu masalah rumah tangga jika kita mendedahkannya,
tetapi seluruh dunia mungkin mengetahuinya dan tentunya impak yang diterima
juga besar. Mendedahkan keaiban rumah tangga kepada orang ramai adalah
berdosa.” Pendakwah bebas, Ustaz Syed
Abdul Kader Al-Joofre turut menekankan dua perkara apabila menghadapi masalah
rumah tangga. Nak tahu apa dua perkara tersebut, ikutinya dalam Interviu Fokus.
3.
Tetamu Anis ms: 33
Noryn Aziz Nekad Hapus Foto Lama Di Internet
“Saya berikhtiar untuk membuang gambar-gambar lama yang
merunsing dan menyesakkan dada saya apabila melihatnya. Saya berusaha memohon
bantuan daripada pihak CMCF dan mendapat kerjasama yang amat baik daripada
mereka.” Mengapakah Noryn Aziz bertindak demikian, ketahuinya
dalam ruangan Tetamu Anis pada muka surat 33.
4.
CyberSecurity ms: 28
Selamatkah Facebook Anda?
Jika
dunia ini sempurna dan ideal, memang tidak menjadi masalah berkongsi maklumat.
Malahan ini memudahkan rakan-rakan kerana mereka hanya perlu merujuk maklumat
di FB untuk mendapatkan maklumat tentang rakan-rakan yang lain. Malangnya dunia
siber bukanlah sempurna. Ada kemungkinan maklumat peribadi kita jatuh ke tangan
penjenayah.
Ikuti
kupasannya secara eksklusif daripada Sandra Isnaji, CyberSecurity Malaysia.
5.
Nasihat Murshid ms: 12
Ukuran Kejayaan Wanita Seperti Lelaki?
Mengapa kaum wanita kena tutup aurat
yang banyak dan sukar, tetapi lelaki sedikit saja. Adilkah begitu?
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut,
ikuti kupasannya oleh Dr. Zaharuddin Abd. Rahman.
6.
Pra Nikah ms: 74
Siapa Mahu Bercerai?
Sebut sahaja perceraian, ramai orang yang pukul rata.
Semuanya tidak elok. Padahal, perceraian itu bukan semuanya keburukan. Meskipun
perceraian itu pahit tapi ia mungkin boleh menjadi ‘ubat’ dalam masalah-masalah
tertentu. Islam tidak mengharamkannya terus kerana kadangkala ia suatu
keperluan.
Walau bagaimanapun, Islam mengajarkan beberapa cara untuk
meminimumkan risiko perceraian, nak tahu? Dapatkannya dalam ruangan Pra Nikah
oleh Fatimah Syarha Mohd Nordin.
8.Imej Muslimah ms: 40
Bolehkah
Wanita Berwangi-wangian?
Pemilihan minyak
wangi yang berbau harum dan menyenangkan itu adalah dibenarkan. Namun pastikan
cara menggunakannya juga adalah BETUL di sisi syariat. Bagaimana cara paling
baik untuk wanita memakai minyak wangi? Ketahui tip-tipnya dan petua
tradisional untuk menghilangkan bau badan oleh Suraya Daud, Perunding Imej, SD
Image.
9. Harmoni ms: 56
Bercinta Biarlah Beradab ...
Pupuk tiga
perkara asas membina adab dalam rumah tangga demi mengundang rahmat Allah.
Apakah tiga perkara tersebut? Ikutinya dalam ruangan Harmoni oleh Ustaz Mohd
Shukri Samsudin.
10. Adam vs Hawa ms: 80
Beza Masa Kualiti Suami Dan Isteri
Kita mungkin sudah biasa dengan istilah ‘masa
berkualiti’, tetapi apakah ia benar-benar bermakna dalam kehidupan kita suami
isteri dan bagaimana sebenarnya kita menghabiskan masa berkualiti dengan
pasangan kita masing-masing. Ketahui lima soalan untuk membolehkan suami atau
lelaki memahami isteri atau wanita dalam ruangan Adam VS Hawa oleh Pak Utih.
No comments:
Post a Comment