Apakah kandungan menarik Anis isu November 2012 yang baru menjengah pasaran? Saya kongsikan di sini:
1.
Rencana
Kulit / Transformasi Diri (ms: 33)
Hijrah Menuju Fitrah
Sempena menyambut Maal Hijrah 1434, ANIS menyingkap
rasa hati artis-artis yang telah berhijrah dan menemui kebahagiaan baru ini.
Untuk itu, pertemuan diatur dengan dua orang sahabat artis, Haryati Hamzah atau
Yatt dan Nurdiyana Amir Hashim
atau Diana Amir. Bukan lagi
rahsia apabila umum mengetahui kisah di sebalik transformasi diri kedua-dua
pelakon ini. Biarpun dicerca dan diperli, mereka enggan menoleh ke belakang
lagi, di samping membiarkan saja dunia silam mereka berlalu pergi. Kini mereka
berdua, bersama beberapa teman seni yang lain, seiring menyertai program usrah
yang diadakan khusus untuk mereka. Perkumpulan yang dibentuk hujung tahun lalu,
yang dikenali sebagai Usrah Fitrah (UF) ini bertujuan memberi kefahaman Islam,
di samping meningkatkan tahap keimanan di kalangan mereka.
2.
Fokus
Utama (ms: 16-21)
Hati
Hidup Dengan Ilmu
Keperluan hati manusia terhadap cahaya ilmu
merupakan keperluan yang sangat utama. Sebagaimana perlunya bumi kepada hujan tatkala musim kemarau
panjang. Ilmu adalah mutiara yang sangat berharga bagi setiap Muslim. Dengan
ilmu, jiwa manusia akan hidup. Sebaliknya tanpa ilmu, jiwa manusia akan mati. Sebahagian
orang-orang yang arif berkata “Bukankah orang sakit akan mati jika dilarang
daripada makan, minum dan ubat-ubatan? Maka dijawab, “Tentu saja.” Mereka
berkata, “Begitu juga dengan hati jika terhalang daripada ilmu dan hikmah, ia
akan mati.”
Hujjatul Islam, Al-Imam al-Ghazzali Rahimahullah di
dalam kitabnya Manhajul ‘Abidin
menggariskan bahawa setiap hamba Allah akan menempuh dan merentasi tujuh halangan atau gunung berikut sebelum amalan-amalannya diterima
oleh Allah SWT. Tujuh halangan tersebut adalah;
·
Taubat
·
Ilmu
·
Penghalang
Ibadah
·
Perintang
Ibadah
·
Peningkat
Ibadah
·
Pencacat
Ibadah
·
Syukur.
Melihat kepada susunan di atas, jelaslah bahawa Imam
al-Ghazzali meletakkan halangan ILMU sebagai halangan yang kedua terpenting
selepas taubat. Imam al-Ghazzali tentu sahaja menggariskan panduan penting ini
berdasarkan pengalaman mujahadah dan rohani beliau yang bertahun-tahun lamanya.
Maknanya, kesedaran dan keinsafan yang mendalam
hasil taubat yang murni tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Sebaliknya ia
hendaklah dibaja agar terus subur, terjaga dan terpelihara. Maka, baja dan
pagar itu adalah ilmu pengetahuan. Fokus Utama ANIS kali ini akan menghurai 13 Keistimewaan Penuntut Ilmu dan
Jahil Itu Bahaya.
3.
Interviu
Fokus (ms: 22)
Wanita Wajib Menuntut Ilmu
Dalam melayari alam rumah tangga, perkara utama yang
perlu diambil perhatian ialah pendidikan agama. Baik suami, mahupun isteri
perlu ada ilmu agama yang baik dan sempurna. Jika si isteri tidak berilmu,
menjadi tanggungjawab suami mendidik isterinya dengan baik. Sebaliknya jika
suami tidak berilmu, bagaimana dia mahu mendidik isteri dan seterusnya
anak-anak yang bakal lahir menjadi insan berilmu? Sehubungan itu, isteri
perlulah juga mempersiapkan dirinya dengan ilmu di dada, di samping selalu
meningkatkan kefahaman sebagai persediaan jika wujudnya senario seperti ini
dalam rumah tangganya. Pensyarah di Jabatan Dakwah dan Pengurusan Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),Ustazah Nor Saleha Mohd Salleh memberi ulasan lanjut mengenai isu
ini. Di samping itu para Muslimah perlu juga ketahui apakah adab yang perlu
dititikberatkan ketika melangkah ke majlis ilmu.
Eksklusif:
Usrah Fitrah & Kumpulan Al-Mawlid: Majlis Pengajian Di Kalangan Artis -
Usrah
Fitrah:
Team ANIS meninjau sendiri kelas pengajian yang dinamakan
Usrah Fitrah yang diadakan di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Adat orang yang
ingin melakukan kebaikan, pasti dihujani dengan ujian. Di kala hati sedikit
goyah, kumpulan Usrah Fitrah yang dibentuk di kalangan para penggiat seni tanah
air ini menjadikan mereka terus bermotivasi. Di sini, mereka membina kekuatan
bersama-sama di samping meningkatkan tahap pengetahuan dan ilmu agama. Masing-masing
pernah merasai dunia glamour dan memahat nama di persada seni negara.
Penghijrahan yang dilakukan kini bukan alasan untuk mereka meninggalkan terus
kerjaya mereka, tetapi menjadikan mereka lebih berhati-hati. Ikuti rasa hati
Irma Hasmie, Zoey Rahman, Siti Nor Dina (Nana) setelah mengikuti Usrah Fitrah.
Begitu juga pandangan tenaga-tenaga pengajar mereka.
Kumpulan
Al-Mawlid:
Amer Munawer Yusoff, 35, bekas anggota kumpulan
Ruffedge berkongsi detik-detik penghijrahannya pada tahun 2007. Penghijrahan
Amer menjadi pemangkin kepada penghijrahan sahabat-sahabatnya yang turut sama mencari sesuatu yang tidak dapat
mereka temui dalam dunia mereka sebelum ini. Penghijrahan ini menyatukan mereka
semua dalam satu kumpulan yang dinamakan Al-Mawlid. Kini, mereka selesa duduk
bersama-sama mendalami ilmu agama serta mendekatkan diri kepada Allah SWT. Amer
yang mewakili kumpulan itu berkata, mereka kini giat mengikuti Majlis Taklim Darul Murtadza pimpinan Habib Ali
Zaenal Abidin yang diadakan pada hari Jumaat setiap minggu di Masjid Muadz bin
Jabal, Setiawangsa.
Adab
(ms: 30)
Beradablah...
Beradablah sebelum menuntut ilmu. Beradablah ketika
menuntut ilmu. Beradablah juga setelah menuntut ilmu. Itulah pesanan berharga
daripada ulama-ulama silam yang soleh. Kita sering menyebut ketinggian ilmu
yang dimiliki oleh Imam Syafi’i, Imam Abu Hanifah dan Imam Bukhari. Kita juga
sering mendendangkan kehebatan tokoh-tokoh
ilmuwan pada zaman Abbasiah. Namun, berapa ramai di kalangan kita yang benar-benar menyelusuri
lembaran perjalanan mereka dalam menuntut ilmu lantas mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian.
Hasanah (ms: 43)
Umur Kedua
Walaupun ramai orang tidak gemar bercakap fasal
mati, setiap orang pasti menuju ke sana. Orang Islam patut selalu berfikir
fasal mati, kerana dia tahu hidup di dunia ini sementara. Apabila berfikir
tentang umur, tentang hidup, dia berfikir juga fasal mati. Kerana selepas mati,
setiap orang akan diberi ‘umur kedua’ iaitu hidup di alam kubur dan alam
akhirat. Keadaan seorang hamba di umur kedua ini, sama ada berbahagia atau
celaka, ditentukan oleh umur pertama di dunia. Dalam bahasa mudah, umur pertama
di dunia adalah kesempatan yang diberi oleh Allah untuk mencorak umur kedua di
akhirat.
Manja Sihat (ms: 90)
Pertumbuhan Gigi Bayi
Suatu masa dulu, ramai menyangka bahawa jika bayi
mempunyai gigi ketika dilahirkan, ia adalah petanda buruk. Pada hal, proses
pembentukan gigi bermula semenjak mereka di dalam rahim lagi. Semua ini takdir
Allah dan tidak ada kena mengena dengan nasib manusia. Gigi yang keluar ketika
bayi disebut sebagai ‘gigi susu’ adalah gigi yang sementara sebelum digantikan
dengan gigi yang lebih kuat. Pertumbuhan gigi tidak akan mengoyakkan gusi,
namun gusi hanya akan membengkak dan kemudian lembut bagi memudahkan laluan
untuk pertumbuhannya. Ramai ibu bapa yang risau apabila bayi mereka agak lambat
mengeluarkan gigi berbanding dengan bayi-bayi yang lain. Mereka seharusnya
tidak perlu risau. Berilah masa untuk bayi anda mengeluarkan gigi mereka.
Pra-Nikah (116)
Cinta Allah Pun Bersyarat!
Musibah itu ada dua jenis. Ada yang datang
‘diundang’ dan ada yang datang ‘tidak diundang.’ Jika musibah tetap terjadi
meskipun kita sudah pun mengambil langkah pencegahan dan langkah berhati-hati,
ia suatu musibah ‘tidak diundang’. Sudah tentu rahmatnya besar di sisi Allah.
Keadaan ini lebih baik daripada gagal membuat jangkaan dan mencegah datangnya
musibah, kerana risiko berlakunya musibah pada bila-bila masa jauh lebih besar.
Rasa tidak tenang lebih kerap hadir. Sebelum bernikah, kita sepatutnya sudah
bijak membaca kriteria pasangan yang berpotensi untuk curang setelah bernikah.
Fikah Wanita
Mesin Automatik @ Semi-Auto: Cucian Mana Lebih Bersih?
Soalan: Ada sesetengah orang berpendapat kain yang
dibasuh dengan mesin automatik tidak bersih berbanding kita mencucinya
menggunakan mesin semi-auto (separuh automatik). Bagaimana pandangan ustazah,
pandangan yang mana satukah mahu kita gunakan? Ikuti penjelasannya dalam
ruangan ini.
Ruangan Baharu:
1. Tinta
Wardina – Wardina Safiyyah (Pengacara, Pelakon & Selebriti
TV) mengungkapkan mengenai keindahan berusrah dalam ruangannya ini. Selalu kita
dengar apa itu usrah – tertanya-tanya apa kepentingannya, jadi untuk mengetahui
rahsia keindahannya bacalah perkongsian daripada beliau.
2 2. Warkah Buat ANIS
– Nukilan Pn. Roza Roslan iaitu isteri Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim yang sebelum
ini mengisi kolum Sekali Air Bah
dan Bukan Sekadar Resipi – berkongsi
kisah penghijrahan dan pengalaman beliau dan keluarga berhijrah ke bumi Madinah al-Munawwarah.
Sekarang beliau bertugas sebagai Pensyarah di Universiti Taibah – pasti banyak
kisah-kisah menarik ditempuhi dan ingin dikongsi bersama pembaca ANIS.
No comments:
Post a Comment