Catatan perjalanan di pentas kehidupan, perkongsian dunia penerbitan dan penulisan.
September 23, 2012
Bukan Bandar Seribu Kenangan...
Kalau anda tanyakan pada saya, bandar apakah yang paling menarik di dunia? Saya tidak ragu-ragu menjawabnya, ia adalah Kuala Kangsar. Ia bukan sahaja dikenali sebagai Bandar Diraja tetapi secara peribadi ia adalah kota seribu kenangan.
Mengapa saya katakan begitu?
KK - singkatan Kuala Kangsar bukan sahaja dianugerahkan Allah suatu pemandangan yang cukup menarik, dengan aliran sungai yang lemah gemalai memberi nadi kehidupan sejak zaman berzaman, di situ berhimpunnya budaya penduduk setempat yang memiliki keunikan tersendiri.
Kuala Kangsar banyak berjasa dalam hidup saya. Di sini saya dilahirkan dan menimba ilmu dari universiti kehidupan dalam ruang awal proses kedewasaan hidup saya. Maka atas sebab itulah terlalu banyak kenangan berputar dan berpusar pada kota yang kini semakin diterjah arus pembangunan.
Kini hampir dua dekad menjadi warga kota, kota KK akan tetap saya kunjungi. Biarpun hanya setahun sekali kala Aidilfitri menjenguk lagi dalam kamus diri. Insya-Allah, inilah janji saya, selagi ada hayat dikandung badan akan saya perturunkan pada pewaris generasi saya bahawa di sinilah kehidupan ibu mereka bermula. Harapan saya agar mereka menjadi anak-anak akan terus mengingati akar budaya mereka di samping kental mengekalkan jati diri biar sehebat mana ancaman dan dugaan menjengah zaman.
Wahai anak-anakku, ingatlah kota KK bukan sekadar bandar seribu kenangan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Catatan 17.10.2018
Pagi ini saya ada temujanji di Jabatan X-Ray, Hospital Selayang. Alhamdulillah, anakanda Syamil tolong hantarkan saya di si...
-
Jerit perih pasangan ini dalam menurunkan berat badan berbaloi malah usaha mereka kini menjadi penawar buat ramai insan lain yang mengalami...
-
Pada 8 hingga 12 Disember lalu, saya berkesempatan menjejakkan kaki ke Beijing, China. Syukur, alhamdulillah. Sudah lama rasanya mahu menjej...
No comments:
Post a Comment