Beijing yang diselimuti musim beku. Foto arca di hadapan Stadium Olimpik Beijing yang saya rakam pada Disember 2012.
Selepas
Majalah Anis direhatkan dahulu, saya menerima beberapa mesej WhatsApp daripada
beberapa penulis yang mengatakan kerinduan menerima amaran saya setiap bulan.
Haha... mahu
ketawa saya membaca pengakuan mereka.
"Wah,
rindukan mesej garang saya ke?" Balas saya semula.
Sebagai
Editor yang diamanahkan mengemudi bahtera pelayaran Majalah Anis setiap bulan,
itulah rutin saya iaitu mengejutkan para penulis agar tidak leka.
Mengingat-ingatkan mereka agar sentiasa alert (peka) dengan dateline
penghantaran artikel setiap bulan. Fitrah setiap insan itu memang sentiasa
lupa, jadi kitalah yang perlu mengingatkan.
Apa itu
dateline?
“Dateline
adalah 'hantu' yang mengejar si penulis. Bila seorang penulis tersasar dari
garisan dateline tersebut dan tidak menghantar karyanya setiap bulan, dikira si
penulis itu sudah koma dari alam penulisan. Haha...kelakarkan tapi itulah
realitinya!”
Mula-mula
sebulan berasa tidak apa, lama kelamaan apabila dibiarkan ia membuahkan satu
habit (tabiat) yang tidak baik iaitu rasa malas untuk kembali menulis. Tulisan
pun jadi tumpul ibarat pisau yang dibiarkan berkarat kerana tidak
berasah.
Justeru,
sesibuk mana pun jadual seorang penulis itu usah biarkan dirimu koma selalu.
Koma sikit sikit itu biasalah tapi jangan dibiasakan. Takut tak bangun-bangun
langsung. Adeh... terus jadi arwah. Editor pun sudah jemu hendak meminta kerana
asyik tidak mendapat bahan yang dinantikan, seolah-olah menunggu buah yang
takkan gugur!
Visi & misi
yang jelas akan mengejutkan si penulis dari koma. Ciptakan BIG WHY atau
asbab-asbab lain untuk mendorong anda agar terus konsisten menulis.
|
No comments:
Post a Comment