Tanggal 31 Ogos ini kita bakal menyambut ulang tahun hari
kemerdekaan negara yang ke-57 tahun. Hampir enam dekad bebas daripada kuasa
penjajah, pelbagai perubahan dipacu sebaik mungkin sehingga nama Malaysia
menjadi antara negara Islam contoh di mata dunia. Walaupun penjajah sudah lama
meninggalkan kita tetapi realitinya semua umat Islam berdepan dengan penjajahan
medium baharu yang tak pernah difikirkan selama ini.
Jika suatu ketika dahulu emak ayah kita cukup risaukan
kemunculan televisyen hanya berwarna hitam putih, namun kini stesen TV ada
macam-macam rangkaian menarik. Malah kita kini berdepan dengan medium baharu yang
tidak dapat ditolak seiring dengan kemajuan teknologi. Sedar atau tidak, dengan
kecanggihan zaman langit terbuka hari ini setiap saat segala jenis ideologi
perlahan-lahan menyusup masuk ke minda anak-anak kita.
Memang benar, anak-anak yang lahir di era Milenium begitu
bertuah berbanding zaman kita yang hanya mengenal komputer pada zaman 80-an. Komunikasi
kini menjadi begitu mudah – namun jika dahulu kita risau anak-anak lepak di
luar bersama-sama rakan yang tak dikenali, hari ini lepak di alam maya lebih
merisaukan. Keindahan dunia digital yang memberi seribu satu kemudahan ibarat ‘ubat
mujarab’ yang boleh menjauhkan lagi jarak ibu bapa dan anak-anak sekiranya
mereka lebih percayakan Mr. Google
dan Uncle Youtube.
Implikasi buruk akibat kecanggihan dunia digital pun
bermacam-macam ragam. Bukan perkara aneh mendengar remaja wanita lari dari
rumah dan diperkosa kerana bertemu dengan rakan lelaki yang baru saja ditemui
di laman sosial. Itu belum lagi kisah remaja yang meng’upload’ gambar-gambar
tidak sepatutnya ditayangkan. Bangga dengan adegan keganasan membelasah
rakan-rakan sekolah sudah jadi trend. Allahu Rabbi ... pening kepala kita memikirkannya.
Sebagai ibu bapa apakah pendirian kita mendepani
perubahan zaman yang tidak dapat ditolak ini? Apa kaedah terbaik patut digunakan
supaya anak-anak kita tidak menjadi mangsa gajet? Sayidina Umar al-Khattab
pernah berkata, “Didiklah anak-anak mengikut zamannya,” sebagai pesanan supaya ibu bapa sentiasa peka
dengan persekitaran yang boleh ‘menculik’ anak-anak kita tanpa sedar.
Jika ibu bapa sendiri ketagih gajet dan tidak bijak
mengapikasikan teknologi untuk kebaikan, bagaimana pula mahu mendidik anak-anak
ke arah itu? Apakan senarai do’s dan
dont’s yang patut menjadi prinsip atau pioriti ibu bapa sebelum membenarkan
gajet-gajet ini masuk ke dalam rumah dan menguasai anak-anak tanpa sedar?
SUMBU ANIS
bulan ini mengupas persoalan semasa ini dengan tajuk Apabila Anak Ketagih Gajet! Dapatkan kupasan selanjutnya bersama Pengarah
Eksekutif, Akademi Sinergi Ikhlas, Tuan Fazrul Ismail. Ikuti tip-tip daripada
Penghias kulit ANIS bulan ini iaitu Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki yang menjadikan
teknologi untuk mendekatkan dirinya dengan anak-anak. Selain itu pelbagai artikel
menarik lain titipan para kolumnis lain bakal mencetus inspirasi anda sekeluarga
dalam perjalanan bergelar ibu bapa mithali. Sesungguhnya tanggungjawab kita tak
pernah terhenti selagi nyawa masih dikandung badan.
Ustazah Isfadiah dan suami, Ustaz Muhidin Mokter sama-sama menggembleng tenaga dalam dunia pendidikan di Brainy Brunch International Montessori. |
No comments:
Post a Comment