August 28, 2014

Siapa Mangsa Gajet?



Tanggal 31 Ogos ini kita bakal menyambut ulang tahun hari kemerdekaan negara yang ke-57 tahun. Hampir enam dekad bebas daripada kuasa penjajah, pelbagai perubahan dipacu sebaik mungkin sehingga nama Malaysia menjadi antara negara Islam contoh di mata dunia. Walaupun penjajah sudah lama meninggalkan kita tetapi realitinya semua umat Islam berdepan dengan penjajahan medium baharu yang tak pernah difikirkan selama ini. 

Jika suatu ketika dahulu emak ayah kita cukup risaukan kemunculan televisyen hanya berwarna hitam putih, namun kini stesen TV ada macam-macam rangkaian menarik. Malah kita kini berdepan dengan medium baharu yang tidak dapat ditolak seiring dengan kemajuan teknologi. Sedar atau tidak, dengan kecanggihan zaman langit terbuka hari ini setiap saat segala jenis ideologi perlahan-lahan menyusup masuk ke minda anak-anak kita.  

Memang benar, anak-anak yang lahir di era Milenium begitu bertuah berbanding zaman kita yang hanya mengenal komputer pada zaman 80-an. Komunikasi kini menjadi begitu mudah – namun jika dahulu kita risau anak-anak lepak di luar bersama-sama rakan yang tak dikenali, hari ini lepak di alam maya lebih merisaukan. Keindahan dunia digital yang memberi seribu satu kemudahan ibarat ‘ubat mujarab’ yang boleh menjauhkan lagi jarak ibu bapa dan anak-anak sekiranya mereka lebih percayakan Mr. Google dan Uncle Youtube

Implikasi buruk akibat kecanggihan dunia digital pun bermacam-macam ragam. Bukan perkara aneh mendengar remaja wanita lari dari rumah dan diperkosa kerana bertemu dengan rakan lelaki yang baru saja ditemui di laman sosial. Itu belum lagi kisah remaja yang meng’upload’ gambar-gambar tidak sepatutnya ditayangkan. Bangga dengan adegan keganasan membelasah rakan-rakan sekolah sudah jadi trend. Allahu Rabbi ... pening kepala kita memikirkannya.   

Sebagai ibu bapa apakah pendirian kita mendepani perubahan zaman yang tidak dapat ditolak ini? Apa kaedah terbaik patut digunakan supaya anak-anak kita tidak menjadi mangsa gajet? Sayidina Umar al-Khattab pernah berkata, “Didiklah anak-anak mengikut zamannya,”  sebagai pesanan supaya ibu bapa sentiasa peka dengan persekitaran yang boleh ‘menculik’ anak-anak kita tanpa sedar.
Jika ibu bapa sendiri ketagih gajet dan tidak bijak mengapikasikan teknologi untuk kebaikan, bagaimana pula mahu mendidik anak-anak ke arah itu? Apakan senarai do’s dan dont’s yang patut menjadi prinsip atau pioriti ibu bapa sebelum membenarkan gajet-gajet ini masuk ke dalam rumah dan menguasai anak-anak tanpa sedar?

SUMBU ANIS bulan ini mengupas persoalan semasa ini dengan tajuk Apabila Anak Ketagih Gajet! Dapatkan kupasan selanjutnya bersama Pengarah Eksekutif, Akademi Sinergi Ikhlas, Tuan Fazrul Ismail. Ikuti tip-tip daripada Penghias kulit ANIS bulan ini iaitu Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki yang menjadikan teknologi untuk mendekatkan dirinya dengan anak-anak. Selain itu pelbagai artikel menarik lain titipan para kolumnis lain bakal mencetus inspirasi anda sekeluarga dalam perjalanan bergelar ibu bapa mithali. Sesungguhnya tanggungjawab kita tak pernah terhenti selagi nyawa masih dikandung badan.

Team Anis di sebalik tabir penggambaran bersama Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki. Ikuti kisah beliau dan keluarganya di muka surat 32- Anis isu September 2014. Penggambaran dilaksanakan pada awal Ramadan lalu. 
Ustazah Isfadiah dan suami, Ustaz Muhidin Mokter sama-sama menggembleng tenaga dalam dunia pendidikan di Brainy Brunch International Montessori. 




August 22, 2014

Panas Lagi!!!




Isu Anis terkini. Masih panas lagi!!! Cepat dapatkannya di pasaran.


 KANDUNGAN MENARIK ANIS SEPTEMBER 2014:

1.      Sumbu ANIS ms: 17
Apabila Anak Ketagih Gajet!
Kemunculan gajet dilihat menjadi trend masyarakat. Dengan tawaran pelbagai aplikasi menarik di samping harganya yang semakin murah, semakin ramai yang mampu memilikinya. Namun, perlu diingat kehadiran gajet-gajet ini turut membawa kesan sampingannya, sehingga ia boleh membantutkan perkembangan anak-anak terutamanya yang masih berada di peringkat awal. Justeru, perlu disedari,  seandainya gajet-gajet yang digunakan anak-anak dengan panduan dan bimbingan yang betul oleh kita para ibu bapa, insya-Allah ia boleh menjadi wasilah yang membawa kita kepada ‘highway’ ke syurga.
SUMBU ANIS mengangkat tema ini untuk sama-sama dikupas dan diperhalusi. Agar matlamat murni kita untuk melahirkan anak-anak generasi soleh dan solehah tidak akan terbantut dek ledakan kemajuan dunia digital! Ikuti ulasannya dalam Sumbu ANIS bulan ini oleh Ustazah Maznah Daud.

2.      Bicara Tokoh ms: 22
Bukan sesuatu yang menghairankan apabila melihat anak-anak di bawah umur sekarang ini membawa gajet ke mana-mana sahaja. Bukan setakat gajet, kemudahan melayari internet juga disediakan agar anak-anak mudah untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.
Jika anak-anak ini memiliki gajet-gajet berinternet tanpa pengawasan ibu bapa, dikhuatiri ia akan membawa kesan buruk kepada dirinya. Bagaimana untuk meminimumkan kesan buruk penggunaan gajet ini? Tuan Fazrul Ismail, Pengarah Eksekutif, Akademi Sinergi Ikhlas akan mengupas isu ini.

3.      Personaliti ANIS ms: 32
Teknologi Dekatkan Ustazah Isfadiah Dengan Anak-Anak
“Abi dan Umi (Ustaz Muhidin dan Ustazah Isfadiah) yang tetapkan masa untuk bermain gajet. Kalau hendak mencari maklumat pun kadang-kadang Umi berada di sebelah untuk memantaunya. Umi amat tegas dalam bersosial di media sosial. Kalau mahu post sesuatu dalam facebook, perlu yang bermanfaat sahaja. Dahulu, Ummi pernah menghukum adik kerana post sesuatu sehingga membawa pergaduhan antara dia dengan kawannya. Selepas itu, Umi menghukumnya dengan tidak membenarkannya membuka facebook selama sebulan.” Itu adalah komen Faizatul Wafa’ (anak sulung kepada Ustazah Isfadiah). Nak tahu lebih lanjut tentang panduan dalam menggunakan teknologi komunikasi terutamanya di kalangan anak-anak dan keluarga amnya, ketahuinya dalam ruangan Personaliti ANIS pada muka surat 32.

4.      Kamar Syariah ms: 10
Perceraian: Apakah hak-hak isteri?
Sepasang suami isteri telah berkahwin selama sepuluh tahun dan dikurniakan lima orang anak. Si suami sepanjang hidup dengan isterinya kerap kali memukul isterinya hingga cedera. Nafkah pula sering diabaikan walaupun suami mempunyai pendapatan yang banyak. Suami sentiasa pulang lewat dan menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Si isteri tidak lagi tahan tinggal bersama suaminya dan sering kali mengalami tekanan mental.
Apa tindakan yang sepatutnya diambil oleh si isteri?

5.      Hai Darling! ms: 30
Gajet: Lelaki VS Wanita
The App Store, syarikat yang menyediakan aplikasi melalui telefon jenama Apple, pernah membuat kajian terhadap 275,000 pengguna, didapati orang lelaki banyak memuat turun aplikasi sukan dan isi kandungan mengenai automotif. Wanita pula lebih berminat kepada aplikasi kalatog beli belah dan yang berkaitan dengannya. Sesungguhnya lelaki dan wanita mempunyai minat yang berlainan dalam menggunakan aplikasi teknologi komunikasi. Malah kanak-kanak juga mempunyai kecenderungannya yang tersediri. Oleh itu, kita perlu tahu bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Dapatkan tip yang dikongsikan oleh Pak Utih.
  
6.      Solat Wanita ms: 60
Mengerti akan 8 Maksud Doa Solatmu
Solat ertinya doa. Dalam solat banyak tempat kita berdoa. Seawal solat hingga akhir solat, pelbagai doa dibaca. Namun, sejauh mana kita mengerti akan maksudnya. Atau hanya digerakkan pada bibir tanpa dihayati oleh qalbi?
Doa antara dua sujud, apakah kita faham maksudnya? Adakah kita menghayatinya? Sudahkah kita laksanakan selepasnya? Hayati lapan maksud doa duduk antara dua sujud dalam ruangan Solat Wanita.

7.Tanya Doktor ms: 64
Panadol & Paracetamol: Racun @ Ubat?
Paracetamol adalah ubat demam yang biasa dijual secara meluas di pasaran sama ada boleh dibeli dari farmasi, kedai runcit, toko jamu, atau diberikan oleh doktor di klinik. Panadol, paracetamol dan acetaminophen adalah ubat yang sama, berfungsi untuk menurunkan suhu badan individu yang demam dan mengurangkan rasa kesakitan pada tubuh. Adakah ia berbahaya dan berapakah dos yang dibenarkan? Ketahui ulasannya dalam ruangan Tanya Doktor oleh Dr Zubaidi Ahmad.

8. Q&A Tauhid ms: 66
Hukum Pagar Rumah
“Kami akan berpindah ke rumah baru di sebuah taman perumahan berdekatan dengan tempat tinggal ibu mertua saya tidak lama lagi. Minggu lepas semasa saya menziarahi ibu mertua, beliau mencadangkan agar saya memagar rumah kami dengan menggunakan khidmat seorang bomoh, sebelum berpindah masuk ke rumah tersebut. Alasan beliau ialah untuk menghindarkan dari gangguan jin dan syaitan. Saya agak keliru dengan cadangan tersebut dan ingin memohon penjelasan daripada ustazah bagaimana cara memagar rumah menurut pandangan Islam.” Ketahui jawapannya dalam ruangan Q&A Tauhid.






Catatan 17.10.2018

Pagi ini saya ada temujanji di Jabatan X-Ray, Hospital Selayang. Alhamdulillah, anakanda Syamil tolong hantarkan saya di si...