Ikuti di sebalik tabir penggambaran Anis Julai 2014 ini yang memaparkan Ustazah Sharifah Khasif & Siti Nordiana yang dijalankan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara. Terima kasih kami ucapkan kepada pengurusan masjid ini yang sudi memberikan kerjasama buat kesekian kali.
Demi menghidupkan aura Ramadan, Team Anis sanggup mendaki suasana perbukitan di sekitar masjid ini. Walaupun cuaca panas bahang mulai dirasai akibat fenomena El Nino, tepat jam 9.00 pagi kesemuanya sudah berkumpul di laman masjid. Alhamdulillah, penggambaran berjaya dihabiskan menjelang waktu Zuhur. Terasa damai menyinggah hati mendengar laungan azan, seolah-olah bumi tandus basah disirami air hujan. Ternyata sebaik kami meninggalkan perkarangan masjid ini, hujan benar-benar turun membasahi kawasan persekitaran. Subhanallah!
Semoga aura Ramadan yang masih berbaki memberi kita peluang untuk memecut selaju-lajunya dan semaksimum tenaga bagi meraih keredhaan Ilahi. Ingatlah, inilah satu-satunya masa Allah memberi kita peluang dengan dipasung syaitan agar mudah kita menundukkan nafsu yang liar dan sukar dijinakkan. Bak kata penghias kulit Anis bulan ini iaitu Ustazah Sharifah Khasif. "Kadang-kadang kebaikan itu bersifat memaksa. Oleh itu paksa diri kita untuk membaca al-Quran," ujar Qariah Antarabangsa yang giat melatih anak-anak muda untuk mendalami al-Quran seperti dirinya.
Dapatkan Anis Julai edisi Ramadan yang masih berada di pasaran.
http://www.youtube.com/watch?v=bBVSubnZTp0
Catatan perjalanan di pentas kehidupan, perkongsian dunia penerbitan dan penulisan.
July 10, 2014
July 01, 2014
Ramadan 1435 H – Apa ‘Target’ Kita?
Ramadan
datang lagi – bersama jutaan rahmat dan kasih sayang Allah untuk
hamba-hamba-Nya. Berbanding amalan-amalan lain berbentuk perintah berbuat
seperti solat, zakat dan haji, puasa pula merupakan perintah yang mengkehendaki
kita meninggalkan segala apa yang dilarang Allah.
Bermula
dari niat puasa kala waktu sahur sehingga waktu berbuka, kita bukan sahaja
dilatih menahan diri daripada makan minum, kita juga disuruh meninggalkan
segala perbuatan-perbuatan keji yang Allah larang kerana ia akan mengurangkan
‘indeks pahala’ atau kualiti puasa di sisi Allah. Allah Maha Hebat kerana telah
mengatur suatu medan ‘training’ yang disusun indah bagi melahirkan hamba-hamba
yang bertakwa.
Namun
perlu kita ingat-mengingati, menggapai puasa ‘high class’ di sisi Allah bergantung
kepada sejauh mana kefahaman kita dalam menyambut Ramadan. Adakah ia seperti
tetamu istimewa yang perlu kita raikan sungguh-sungguh atau umpama tetamu ‘biasa-biasa’
yang hanya dipandang sebelah mata? Oleh itu mari perbaharui azam agar Ramadan
kali ini kita sambut dengan sepenuh jiwa. Mana tahu mungkin inikah Ramadan
terakhir kita.
Kepada
para wanita bergelar ibu, usah bersedih hati andai tugasan hakikimu dalam
mengurus rumah tangga dan melayan telatah anak-anak tidak pernah berkesudahan. Walaupun
mungkin ibadahmu tidak sekencang kaum
lelaki, namun ingatlah Islam tidak menzalimi. Dalam Islam, ibadah bukan sahaja dalam betuk ritual seperti
solat dan zikir, tetapi apa jua pekerjaan baik yang kita lakukan tetap dikira
sebagai ibadah andainya dilakukan dengan penuh ikhlas.
Firman
Allah SWT: “Sesiapa yang beramal soleh,
dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan
menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akanmembalas
mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah
kerjakan.” (An-Nahl 16: 97)
Sempena
bulan Ramadan ini, ANIS terpanggil untuk menjawab resah hati para wanita
sekalian yang tersepit dalam dilema. Segalanya akan terjawab dalam kolum SUMBU ANIS bertajuk Puasa Seorang Wanita: Antara Pahala @
Tanggungjawab?
Buat
para suri rumah dan wanita berkerjaya ada tip-tip khusus dititipkan Ustazah
Maznah Daud bagaimana cara menghidupkan amalan puasa. Manakala Bicara Tokoh menemubual Ustazah
Isfadiah Mohd Dasuki iaitu Penasihat Syariah, Brainy Brunch International Montessori
dan juga pendakwah yang menyarankan para wanita merancang masa sebaik-baiknya
demi mencapai target sebenar puasa terbilang di sisi Allah.
Untuk
menghidupkan roh Ramadan, banyak lagi artikel-artikel menarik yang boleh kita
sama-sama hayati. Antaranya titipan kolum Bersamamu
Di Firdaus (Prof Muhd Kamil Ibrahim), Warkah
Buat ANIS (Roza Roslan), Hasanah
(Zakaria Sungib), Solat Wanita
(Shahrul Zaman Lukman), Sketsa Rumah
Tangga (Haji Badrul Hisham), Kalimat
Cinta (Dr. Nik Yusri Musa) dan banyak lagi. Tak lupa juga kami kepilkan tip
diet sihat ketika Ramadan sebagai ulang kaji
bersama.
Jangan
lupa ajak suami dan anak-anak mencapai target puasa sebenar dalam Poster Adab-adab dalam bulan Ramadan serta Petua Khatam Quran 30 Hari. Mudah-mudahan di akhir Ramadan ini kita
tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertakwa. Amin... .
Subscribe to:
Posts (Atom)
Catatan 17.10.2018
Pagi ini saya ada temujanji di Jabatan X-Ray, Hospital Selayang. Alhamdulillah, anakanda Syamil tolong hantarkan saya di si...
-
Jerit perih pasangan ini dalam menurunkan berat badan berbaloi malah usaha mereka kini menjadi penawar buat ramai insan lain yang mengalami...
-
Pada 8 hingga 12 Disember lalu, saya berkesempatan menjejakkan kaki ke Beijing, China. Syukur, alhamdulillah. Sudah lama rasanya mahu menjej...