Catatan perjalanan di pentas kehidupan, perkongsian dunia penerbitan dan penulisan.
September 26, 2012
September 25, 2012
ANIS Oktober in the making 2012
Team ANIS bergambar bersama setelah selesai sesi fotografi untuk isu Oktober 2012. |
Pagi itu wartawan, Hajidah dan jurufoto, Anis Suhaili sempat membeli sayur-sayuran tersebut di pasar raya berdekatan. Begitu juga papan pemotong dan penapis keluli. Periuk dipinjam daripada salah seorang staf, ini semua gara-gara nak cepat kejar deadline. Jurumekap ANIS iaitu Kak Intan Azlina (kanan sekali) telah datang awal untuk menata rias wajah Dr. Ezani.
Konsep Fokus
Untuk memenuhi konsep, kami mencari lokasi yang sesuai. Alhamdulillah, Armnet Integrated (Ruang) sudi menaja showroomnya yang meriah dengan pelbagai warna. Dalam keributan memburu 'deadline' yang perlu disudahkan sebelum cuti Aidilfitri (selama seminggu) bermula 18 hb Ogos lalu.
Pelbagai 'angle' lain turut diambil dengan latar baju dan lokasi yang berbeza. Namun selepas pilih punya pilih, Cover Dr. Ezani sedang memasak menjadi pilihan. Ini sesuai dengan tema Fokus ANIS kali ini iaitu SIHAT ITU ASET.
Kalau anda mahu lihat foto-foto sesi fotografi ANIS sebelum ini, esok saya akan upload. Sabar ya... .
Apa isu menarik Anis edisi oktober 2012
Assalamualaikum...
Kepada pembaca Anis yang dikasihi, majalah Anis telah pun berada di pasaran untuk edisi terkini. Fokus artikel utama majalah Anis kali ini adalah berkenaan 'Sihat itu Aset'.
Mari kita lihat majalah Anis di bawah ini untuk santapan jiwa.
Ini nota catatan editorial majalah Anis. Kali ini saya menulis berkenaan "Apabila Melanggar Sunnatullah...mahu tahu berkenaan dengan apa?
Dapatkan di kedai berhampiran anda |
Ini nota catatan editorial majalah Anis. Kali ini saya menulis berkenaan "Apabila Melanggar Sunnatullah...mahu tahu berkenaan dengan apa?
Sila ke kedai berhampiran untuk mengetahuinya...
"Simboliknya, amalkan sifat bersederhana dalam soal makan dan minum" |
Mengapa 'lelaki suka berjenaka' dan mengapa 'wanita lebih serius' pada muka surat 80 dalam ruangan 'Adam vs Hawa' |
Muka surat 60 ruangan Sketsarumahtangga bertajuk "Masih belum faham rupaya...oleh Hj Bad www.sketsarumahtangga.blogspot.com |
Muka surat 90 ruangan Tanya Doktor oleh Dr. Zubaidi Hj Ahmad Klik di sini berkenaan "Bolehkah Wanita Hamil Berurut?"
Kepada pembaca majalah Anis sekalian, anda di alu-alukan menghantar cadangan/idea berkenaan kandungan majalah Anis ke laman peminat majalah Anis di facebook atau ke majalahanis@yahoo.com.
Semoga majalah Anis menjadi wadah bacaan bermanfaat anda.
|
September 23, 2012
Bukan Bandar Seribu Kenangan...
Kalau anda tanyakan pada saya, bandar apakah yang paling menarik di dunia? Saya tidak ragu-ragu menjawabnya, ia adalah Kuala Kangsar. Ia bukan sahaja dikenali sebagai Bandar Diraja tetapi secara peribadi ia adalah kota seribu kenangan.
Mengapa saya katakan begitu?
KK - singkatan Kuala Kangsar bukan sahaja dianugerahkan Allah suatu pemandangan yang cukup menarik, dengan aliran sungai yang lemah gemalai memberi nadi kehidupan sejak zaman berzaman, di situ berhimpunnya budaya penduduk setempat yang memiliki keunikan tersendiri.
Kuala Kangsar banyak berjasa dalam hidup saya. Di sini saya dilahirkan dan menimba ilmu dari universiti kehidupan dalam ruang awal proses kedewasaan hidup saya. Maka atas sebab itulah terlalu banyak kenangan berputar dan berpusar pada kota yang kini semakin diterjah arus pembangunan.
Kini hampir dua dekad menjadi warga kota, kota KK akan tetap saya kunjungi. Biarpun hanya setahun sekali kala Aidilfitri menjenguk lagi dalam kamus diri. Insya-Allah, inilah janji saya, selagi ada hayat dikandung badan akan saya perturunkan pada pewaris generasi saya bahawa di sinilah kehidupan ibu mereka bermula. Harapan saya agar mereka menjadi anak-anak akan terus mengingati akar budaya mereka di samping kental mengekalkan jati diri biar sehebat mana ancaman dan dugaan menjengah zaman.
Wahai anak-anakku, ingatlah kota KK bukan sekadar bandar seribu kenangan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Catatan 17.10.2018
Pagi ini saya ada temujanji di Jabatan X-Ray, Hospital Selayang. Alhamdulillah, anakanda Syamil tolong hantarkan saya di si...
-
Jerit perih pasangan ini dalam menurunkan berat badan berbaloi malah usaha mereka kini menjadi penawar buat ramai insan lain yang mengalami...
-
Pada 8 hingga 12 Disember lalu, saya berkesempatan menjejakkan kaki ke Beijing, China. Syukur, alhamdulillah. Sudah lama rasanya mahu menjej...