Bolehkah
dikatakan cabaran wanita hari ini cukup berbeza dengan wanita zaman dulu?
Pada
saya, jawapannya boleh jadi ya dan tidak. Kenyataan ini ada benarnya jika kita
merujuk situasi melanda kehidupan wanita era milenium ini.
Saban
pagi sudah menjadi satu pemandangan biasa, melihat para wanita sama-sama
beriringan keluar rumah untuk sama-sama mencari rezeki. Dengan kos sara hidup
yang semakin meningkat, saya fikir ramai wanita tidak mampu ‘duduk diam’ dan
membiarkan suami sahaja yang
bertungkus-lumus mencari nafkah.
Apakah
wanita-wanita dahulu tidak merasai kemelut yang melanda wanita hari ini?
Pengalaman dibesarkan ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa pada era 70-an, wanita-wanita
era itu juga turut membuat ‘side-income’ sama ada mengasuh anak jiran di rumah,
berniaga kecil-kecilan malah apa saja aktiviti untuk membantu kaum bapa.
Itu
belum lagi difikirkan kemudahanan prasana yang serba daif. Jika di kampung,
penduduknya masih bermandikan air telaga dan berlampukan gasolin di malam hari.
Menoreh getah, bersawah bendang dan berkebun - itu antara sumber pendapatan
utama sebelum ekonomi negara tumbuh rancak sehingga apa yang dilihat pada hari
ini.
Wanita hari ini lebih bertuah
kerana peluang diberikan untuk mereka menerima pendidikan dan seterusnya
meluaskan karier dalam bidang yang diminati.
Bahkan ramai wanita hari ini mampu memikul jawatan-jawatan penting sama
ada di sektor kerajaan mahupun swasta.
Sememangnya,
Islam tidak menghalang wanita untuk membina karier walaupun pada asalnya isteri
tidak dipertangungjawabkan mencari nafkah demi menyara diri apatah lagi
keluarga. Namun sekiranya mereka mahu bekerja, wanita wajib patuh pada beberapa
syarat:
1.
Mendapat
keizinan suami
2.
Keluar
dengan menutup aurat
3.
Elakkan
pergaulan bebas dan berdua-duan dengan lelaki di tempat kerja
4.
Pastikan
pekerjaan itu halal di sisi syarak
5.
Ada
persepakatan antara suami dan isteri.
Kedua-dua
suami isteri perlu fahami apa yang dilaksanakan isteri adalah untuk membantu
suami. Bukannya mengambil alih tugas wajib suami dalam mencari nafkah keluarga.
Walaupun isteri kaya atau berkerjaya sekalipun, kewajipan tetap pada suami.
Walau bagaimanapun, isteri boleh membantu suami sekiranya suami tidak mampu
menampung ekoran kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat dan
seterusnya menghalang suami dari menunaikan tanggungjawab tersebut.
Pada
wanita pula, perbelanjaan yang dicurahkan untuk keluarga hasil titik peluhnya
akan dikira sebagai satu sedekah yang pastinya punya ganjaran berlipat kali
ganda di sisi-Nya.
Inilah
panduan yang perlu dihadamkan bersama agar tidak timbul konflik dan
perselisihan berpanjangan di kemudian hari. Insya-Allah, semua persoalan ini
bakal dijawab melalui kupasan SUMBU ANIS
iaitu Bermudah-mudah Soal Nafkah?
ANIS
kali ini mendapatkan dua orang tokoh iaitu Ustaz Shahrizan b Daud At-Turabi dan
Dr. Nik Salida Suhaila, untuk berkongsi isu kali ini.
Semoga
perkongsian kali ini dapat menghurai kekusutan
Ambillah
panduan berlandaskan agama
Insya-Allah,
rumah tangga pasti bahagia.
- Norhashimah Abd Rahman
Catatan Editor Anis April 2015 -